Translate

Saturday, October 18, 2008

TUBUH SURUHANJAYA DI RAJA: BILA MUSANG BERBULU AYAM.

Tidak semestinya musang terus menerus
menang melawan keluarga ayam.
.
Bila politik sudah menjadi hidangan sarapan, makan tengahari, dan makan malam akibatnya perut telah masuk angin rasa kenyang bagai telah menjamu selera di hari raya terbuka hari pertama. Tidurpun bagai dibuai mimpi berada di taman, dengan anak-anak sungai mengalir riang, sedang bidadari dengan bau wangi-wangian memenuhi udara yang cukup nyaman dan mengasyikkan.

Cuma barangkali, bagi orang politik hyper dan sewel pasti akan merasa boring berada di sana kerana bidadari akan tetap enggan memasang poster “undilah saya” atau memasang banner “tubuh suruhanjaya di raja”. Orang politik pasti akan marah dan menghentak meja. Tanpa tak sedar dia menghentak kepala isterinya yang tidur lena di sisinya. Astagfirullah ilaziim.. Teruknya orang politik.

Dalam Kes Video Linggam dulu desakan pernah dilakukan agar satu Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan bagi membersihkan Badan Kehakiman dan sistem judiciari yang lebih terus. Sudahpun tertubuh dan laporan Suruhanjaya telahpun dibuat. Namun kesannya semakin banyak klip video di net yang dimulakan dengan “CORRECT, CORRECT, CORRECT”. Rungutan terhadap Badan Kehakiman tidak juga terhenti. Barangkali inilah yang dikatakan “mulut manis, hati lain-lain” . Maka membuat helahlah si musang. Musng berbulu ayam.

Kalau niat untuk membersihkan nama YAB Dato Seri Najib Tun Razak, bakal Perdana Menteri; maka Suruhanjaya Diraja ditubuh, seperti syor Lim Kit Siang, konon agar Perdana Menteri Malaysia tidak jadi bahan lelucuan dunia, amat ketara di depan mata kita “niatnya adalah lain-lain”. Maaf saya katakan kiranya itulah niatnya, membersihkan nama Najib, itu adalah niat “kura-kura”. Siapa yang mencemar Najib?. Hatta, tiba-tiba orang BN lain yang jadi Perdana Menteri, misalnya Dato Jamluddin Jarjis sekalipun, pasti dicaci dan dikata oleh orang-orang seperti LKS dan cyber troopernya (CT). Mereka tidak akan pernah puas. Barangkali, andainya Lim Guan Eng jadi perdana Menteri barulah LKS an CT bernada lain.

Perkara ini tidak lebih dari helah mereka yang subscribe kepada budaya “musang berbulu ayam” disangka rakan sebaya tetapi sebaliknya pemangsa yang licik. Saya kira lebih tepat niat disebalik kemahuan dan desakan menubuhkan Suruhanjaya Diraja tersembunyi niat dan persoalan “kenapa Najib jadi PM bukan Anwar”. So, sila siasat. Jangan nanti suruhanjaya menjadi "suruhaniayah".
.
Jawaban saya amat ringkas dan padat-"Anwar dan PRnya kalah dalam pilihanraya kerana itulah Anwar tidak jadi Perdana Menteri. Kalau kalah jangan buat-buat menang".
.
Najib tidak terlibat dengan kes Altantuya dan telah bersumpah. LKS tak akan faham makna “sumpah” kerana ketebalan keraguan dihatinya.

Kalau video Linggam masih “korek, korek, korek”, kes Altantuya tetap akan jadi “Mongolia, Monggolia, Monggolia”. Akhir ul kalam tidak banyak berubah. Sebaiknya jangan dipersenda suruhanjaya di Raja dek ketagihan, kecanduan, dan kerakusan politik. Bina maruah, bina bangsa dan tanahair yang merdeka, bermaruah dan bertamadun.

3 comments:

Anonymous said...

Salam...
Tepat sekali saranan itu, kerana yang mendesak di ujudkan suruhanjaya itu adalah terdiri dari kaum-kaum yang terdesak..
Semakin kerajaan terikut-ikut dengan rentak pembangkang, semakin lantang mereka bersuara..NAH,LEPAS PEMBANGKANG TEGUR,BARU KERAJAAN BUAT.....!!
Jangan jadi lalang, ikut arah angin bertiup.. jadilah diri kita yang berakal rasional.. janganlah kerana kita dengar guruh dilangit, air di tempayan kita tumpahkan ke tanah....
Terer juga kamu 2 dengan solymone bertutur dusun... jeles lak sya.

SABAHKITA said...

Lepas kerajaan didesak dengan pelbagai isu seperti makanan mcm "dog food", Video Linggam, isu Bar council mempersoal kedudukan Islam dalam perlembagaan Malaysia, Isu pengharaman Hindraf kini kerajaan didesak pula dengan Suruhanjaya Diraja untuk Menyiasat YAB Dato Najib. Ini terlebih sudah!. Raja-Raja kita jangan diperalat. Saya setuju dengan Senjaliza dan Jomosama "2 are run. Ini adalah tidak lebih sebahagian dari usaha “desperado” bagi menghalang Najib dari menjadi PM. INSYALLAH, Pak Najib akan menjadi PM dan dapat merpatkan lagi saf-saf semua komponen BN. Ini adalah amalan demokrasi yang nyata. Yang menang akan memerintah dan melantik PM. Bukan yang kalah dilantik atau melantik PM.

lihatlah usaha menulis dan menyebarkan "Menifesto Najib" dalam internet seperti Malaysiakini (barangkali sudah dipadam walaupun ramai yang sudah membacanya - Macam lontar batu sembunyi tangan). Usaha-usaha itu adalah taktik kotor dan tidak beretika di samping tersirat niat "udang di sebalik batu". Sikap demikian hanyalah "a tip of iceberg" dari timbunan muslihat demi muslihat menjijikkan yang masih tersimpan dalam stor besar para pembalun. Sikap ini menunjukkan “brand” dan kualiti kepimpinan yang ada pada mereka. Apakah ini BUKAN isyarat awal yang nyata dan terang kepada rakyat Malaysia yang menunjukkan antara INTAN VS KACA. Kita perlu jadikan ini semua sebagai perbandingan antara yang benar dengan yang bathil.. Suruhjaya ini tak patut kerana nawaitunya tersasar jauh. Benarlah kata Senjalia ianya nanti bakal dijadikan "SURUHANIAYA" suruh dan aniaya. Jangan juga ada di antara yang lain jadi MAKHLUK seperti "burung tiong" apa tuannya cakap, itu juga yang siburung tiong ulang dan ulang sedang ia sendiri tak faham maknanya. Senjaliza dan denakan Jomosama 2 r run., "yang benar tetap benar". U r 1 of a kind. go! go!.

Senjaliza said...

Thank Sabahkita. Please visit my blog more frequent.. and dont just visit BUT commentttt.TQ.