Translate

Sunday, October 12, 2008

"PERDANA MENTERI MALAYSIA MENJELANG AIDIL ADHA"

Iklan Kempen Mencegah Demam Denggi "saya sokong" . Tapi Janji Palsu saya bantah.

Yang Berhormat Dato Seri Anwar bin Ibrahim berjanji lagi. Kali ini katanya bukan lagi olok-olok. (jadi yang lepas-lepas itu olok-olok?). Ini ungkapan janji-janji ke berapa ribu kali..sukar dibilang kerana terlalu berkali-kali diulang, diungkit dilaungkan dan sebaginya.

Kali ini dengan formula yang sama yang lapuk, MP BN lompat, DSAI kata December 2008, Dia bakal jadi perdana menteri. BN KONON akan jatuh dan PR naik dan DSAI jadi PM. Jadi barangkali rakyat Malaysia akan "bakal" merayakan Hari Raya Aidil Ahda dengan "Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Anwar Bin Ibrahim"!!!!.

Mudah-muahan saya diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dan murahkan rezeki. "Saya nanti dapat melihat 'PERUTUSAN AIDIL ADHA SEORANG PERDANA MENTERI" di kaca TV.

Astagfirullah ilaazim. Ini janji ke berapa oiii? Ini Janji Bulan Purnama yang ke berapa?. lebih Istimewa kerana "Janji ini bukan janji olok-olok ok. Janji dulu memang olok-olok. Kali ini bukan olok-olok. Ingat ya, kali ini bukan olok-olok. Dengar baik-baik BUKAN OLOK OLOK. Janji dulu memang olok-olok. Tapi janji kali ini (eja baik-baik) BUKAN OLOK OLOK, December ...Ya December kerajaan Baru, PM baru..". Cuma "memuakkan" Tambah memuakkan lagi bila DSAI menyatakan agar tiada siapa yang mempersoal "kemahuannya". "Don't question my credibility" http://www.malaysiakini.com/news/91107. Saya teringat tulisan Tuan Haji Subky Latif mengenai kerajaan ".....raja Firaun dan Namrud...." yang tidak boleh dikritik dan dipersoal. Andainya inilah kenyataannya, saya khuatir "demokrasi di negara ini akan mati" dibunuh.


Saya pohon kepada Tuan Guru, "Yang Mulia Yang Amat Berhormat Tuan Guru Dato Nik Aziz Nik Mat..Tolonglah nasihatilah orang itu. Jangan sampai dia tergelicir jauh. Lidahnya memang sejak lama dulu tergelincir". Terima kasih.

1 comment:

Anonymous said...

Biarpun agak lambat,namun saya tetap tergerak hati nak gatal tangan menulis tentang isu ini.
DSAI seperti yang kita sedia maklum pada waktu ini, (waktu dulu dia okay bah, kini ja yang dia ni sudah terjangkit penyakit SARS....)
memang selalu buat janji-janji yang terang jelas (tak perlu lampu suluh)menampakkan kebodohan seorang yang kononnya menjadi professor jemputan di sebuah Universiti di AMERIKA. Universiti mana yang bodoh sangat ni ambik seorang yang tiada PhD jadi professor?? Berjanji akan menubuhkan sebuah kerajaan baru pada bulan Disember akan datang..setelah mendapat cukup kerusi dari Kedai mamoth dan Chan furniture,kemudian angkat sumpah depan YDP Agung (Gambar saja)di ruang pejabat beliau sendiri dengan dihadiri oleh para pemimpin Pakatan Rakyat,(yang terpaksa bawa kerusi masing-masing dari rumah kerana pejabat DSAI tak cukup kerusi..walaupun baru ambik dari Mamoth store dan Chan furniture).
Demikianlah al-kisahnya perjalanan hidup pemburu bayangan yang sedikit waktu lagi akan sampai ke destinasinya..Hospital Tanjung Rambutan!!