Translate

Friday, October 17, 2008

Apakah Salah Malaysia Pada Anwar?

Rakyat Indonesia Anti Malaysia di Indonesia suatu waktu dulu. Apakah mereka dipenasarankan?

Lawatan kerja DSAI ke Indonesia baru-baru ini menampakkan kita bagaimana DSAI mengerjakan Malaysia. Dia mengupas Malaysia menggunakan pisau tumpul dan berjeriji. Malaysia yang menjadi pilihan sebilangan besar rakyat Indonesia untuk mencari peluang ekonomi dengan pekerjaan digambarkan DSAI sebagai “negara pasung” tempat rakyat Indonesia didera dan diekploitasi. Kegembiraan, nikmat hidup yang lebih baik, dan ketinggian keinginan rakyat Indonesia untuk menjadi penduduk tetap Malaysia tidak langsung disentuh. Pendiknya, hanya gambaran yang negatif mengenai rakyat Indonesia yang bekerja di Bumi Malaysia diberikan keutamaan dengan cara mercikkan api kemarahan rakyat Indonesia kepada Kerajaan Malaysia.

Pada hari berikutnya, ternyata rakyat Indonesia di bumi Indonesia tiba-tiba menjadi “penasaran” kerana baranya ditiup DSAI.

Akhbar-akhbar di Indonesia mula menyiarkan rakyat negaranya yang teraniya di Malaysia. Digambarkan kanak-kanak bawah umur dibiarkan menjadi buruh memungut buah kelapa sawit di Malaysia. Digembar-gemburkanlah beberapa pembantu rumah yang didera majikannya. Kesemuanya digambarkan seolah-olah seluruh warga Indonesia mendapat layanan yang tidak berperikemanusiaan di bumi Malaysia. Seolah-olah tindakan tidak berperikemanusiaan oleh segelintir para majikan yang zalim adalah tindakan Malaysia. Seolah-olah Negara Malaysia adalah Negara yang kejam dan zalim terhadap rakyat Indonesia.

Apakah salah Malaysia terhadap DSAI dalam kes ini?. Bukankah semakin hari semakin ramai rakyat Indonesia yang menginginkan untuk bekerja di Negara ini. Kalau boleh mereka memohon untuk diberi kerayaatan Malaysia. Bukankah ini gambaran bahawa mereka lebih senang berada di bumi Malaysia.

Rakyat Indonesia yang ditimpa kemalangan apabila tongkang/boat/kapal yang membawa mereka karam semasa cuba menyusup secara haram ke Malaysia adalah insiden malang yang mampu jadi iktibar. Ini menunjukkan ada segelintir pihak yang menjalankan aktiviti yang menyalahi undang-undang di kedua-dua negara, Malaysia dan Indonesia, yang cuba mengekploitasi rakyat Indonesia. “Ada pembeli maka adalah penjual; ada permintaan maka adalah penawaran”. Tetapi aktiviti ini bukan aktiviti Kerajaan Malaysia. Boat bukan boat rakyat Malaysia.

Amerika, Australia dan England adalah negara-negara yang telah maju. Isu pendatang tanpa izin masih mereka hadapi. Presiden mereka silih berganti namun masalah pendatang tanpa ini berterusan. Apakah dengan DSAI menjadi PM maka negara ini bebas dari pendatang tanpa izin? aApakah pula kata-kata pujian Gus Dur terhadapa DSAI mampu mempengaruhi rakyat Indonesia?

Mudah-mudahan hubungan baik negara dan rakyat kedua negara ini tidak mampu dipenasarankan oleh mana-mana pihak.

Ingat catatan sejarah. Sejarah bilamana batalion tentera elite Indonesia mendarat di Kalabakan Sabah dalam usaha “mengganyang Malaysia”. Setibanya mereka di situ tiada siap yang “ingin berperang dengan mereka” kerana sebenarnya Kalabakan masa itu aman damai. Apa yang berlaku hanyalah gestapo di Indonesia yang diterajui oleh mereka yang berfahaman komunis. Meraka berjaya mempanasarankan tentera elite Indonesia lalu meninggalkan buminya dan akhirnya tidak dapat mempertahankannya kerana mereka di Kalabakan.

13 comments:

Ajin b. Gagah said...

Senja Liza,
Topik “ Apa salah Malaysia pada Anwar ? “ atau “ Apa salah Anwar pada Malaysia ? “, sama sahaja. Pilih topik yang mana satu sekali pun, namun jawapan nya tetap sama.

Isu yang menarik . Penuh dengan persoalan yang mistik lagi antik.
Cerita yang banyak mengaitkan DSAI dengan Malaysia. Seakan-akan ia nya telah menjadi satu batu ukiran.

Kalau di biarkan, ia nya hanya saperti seketul tunggul. Tetapi kalau di besar-besarkan , ia nya boleh meletup sebesar letupan gunung Merapi.

DSAI yang saya kenal , pada suatu ketika , semasa saya mewakili Malaysia dalam program pertukaran belia sedunia di Kanada, tidak jauh beza dengan DSAI yang kini. Knowledgeable, charming, out spoken and extremely very religious.

Saorang anak melayu yang layak di gelarkan ‘jejaka mistri nusantara’. Unik dan mempunyai minda bertaraf tujuh bintang atau world class.

Saperti Tun M, ‘ political career ‘ beliau penuh dengan cabaran yang membara. Mereka masing-masing terpaksa mengalami masa lalu yang penuh dengan liku-liku. Beza nya, Tun M telah pernah menjadi PM Malaysia. DSAI belum.

Saya rasa apa yang berlaku masa kini, ada lah tragedy sedih yang bukan sengaja di rancangkan oleh Tun M atau DSAI. Tetapi ia nya saperti satu percaturan yang di tentukan oleh destiny from the frontier of heaven.

Dalam persoalan siapa salah siapa, saya rasa tidak mudah untuk kita hakimi . Kerana missi, visi dan perjuangan DSAI maseh belum selesai. Orang kata, takdir dan rezki terletak di tangan Allah.

Ruang untuk kita menunggu maseh ada. Terutama sekali satelah Pak Lah secara rasmi menyerahkan kuasa pada Dato Najib. Selepas itu, apa-apa pun boleh terjadi. Tidak samesti nya, berpunca dari DSAI . But could be coming from a magic hand at work.

Secara peribadi, saya tidak lah terpengaruh atau fanatik sangat terhadap hala-tuju DSAI. Saya mempunyai pendirian dan pandangan sendiri tentang apa yang terbaik untuk negeri Sabah.
Terdapat perbezaan dengan deklarasi yang di persetujui oleh DSAI dengan PKR Sabah.

To me, the interest of the people of sabah must come first. Saya tidak banyak masaalah dengan kerajaan sekarang atau pun Shadow Government DSAI. Pada saya apa yang yang penting ia lah pemimpin-pemimpin yang sedia ada, perlu di overhaul, restructured or replaced.

At last but not least, they can take away my body or my soul but they can never take away my dream for a beautiful sabah.

Senjaliza said...

Tq Soleymone. DSAI now is not DSAI used to be. He was The fighter for Agama, Bangsa dan Tanahair. After clashed with TM and UMNO and BN, he has resorted assistance frm foreign force and foreign countries. Dia membela dirinya melalui video pas mengenai IMF tetapi skip krisis ekonomi 1997dan 1998 yang menjadi asas utama. Di sinilah titik perubaha beliau. Interest rate above 9%, perniagaan kecil besar merundum. Dollar mengalir masuk denga nilai yang terlalu tinggi. Dia diselamatkan dengan pagging sistem. Thailand, Indonesia, Korea dan yg lain negera mengalami krisis matawang kerana penyangak matawang. DSAI tak jawab ini.. Umur dia dah lanjut seakan tak sabar menggapai jawatan PM. Ingat, masa TM, DSAI jatuh kerana tak sabar. Kini dia nampak tak sabar juga jadi PM sehingga resorted apa yang istilahkan "pembohongan" yang hampi-hampir menyamai "cubaan rampas kuasa". Sebenarnya dia tidak perlu berbuat demikian. kiranya di memelihara situasi dengan mengimbangi BN sebagai "check n balance" saya rasa come GE13 DSAI, kalao panjang umur, tercapai cita-cita jadi PM.Kerana BN ternyata lemah. Tapi dia kurang sabar. Sehingga mentipiskan peluangnya yang sudah terbuka. Sentiment perkauman sebenarnya bermula dari ketidaksabarannya sehingga meretakkan hubungan kaum hasil politik agresifnya. Karismanya tidak dipersoal. Tetapi karisma jika disalahguna juga lebih bahaya. Saya napak peralihan kuasa kini, mendatangkan cabaran getir bagi DSAI. Jika berlaku pengukuhan semula perpaduan dan perancangan pembangunan ekonomi berjaya melepasi kemelesetan ekonomi dunia. BN akan kembali kelandasan kkukuh dan peluang DSAI dan rakan-rakan mula tipis.

Ajin b. Gagah said...

Liza terima kasih kembali,
Berlarutan pula cerita fasal DSAI ni. Ingat kan liza sudah melupakan nya. Nampak nya , feel mu terhadap beliau maseh membara. Sepatut nya kita bergerak maju kehadapan, lupakan DSAI buat semantara waktu. Focus kita seharus nya kepada Najib selaku PM baru. Mampu kah beliau, menyelesai kemelut yang sedang melanda negara kita kini. Ia itu, Political turmoil, economy and national security.
Dalam blog saya tertulis peringatan yang saya rasa relevan untuk kita fikir bersama“ Hubungan beliau dengan negara barat terutama sekali negara Amerika telah di besar-besar kan di sana sini. Seakan-akan cerita ini telah menjadi satu batu ukiran atau tugu peringatan.
kalau di biarkan, mungkin ia nya hanya berkembang setakat menjadi sebuah buku sastera atau 'story tales'.
However, kalau cerita ini terus juga di perhangat-hangatkan, tidak heran kalau ia nya boleh bertukar menjadi energy saperti sebuah gunung berapi. Bila meletup, susah padah nya.
Di hujung sana ' young, intellectual and very intelligent voters' sedang memerhati perkembangan ini. " The more we talks, the more they disagree with us".
Maksud nya, saya ragu-ragu kita tidak putus-putus membincang dan mengutuk DSAI, proses ‘chain reaction’ akan terjadi. Pada saya itu lah norm nya. Untuk itu saya telah buat kajian strategic. Berupa ‘Data collection through statistical and stimulation technique’, di kalangan entrepreneurs, businessmen, Government officers and agencies and our potential voters of tomorrow the ‘silent youths’.
Suka atau tidak, mereka mula simpati pada DSAI bila mana beliau kerap di kutuk dan persalahkan selalu. Mereka faham, tidak semudah itu DSAI mengambil alih tampuk kerajaan, terutama sekali di Sabah.
Sabenar nya golongan ini lebih ingin untuk mengetahui tindakan untuk menengani kegawatan ekonomi sekarang ini dari asek-asek gunakan DSAI sebagai alasan.
Secara rasional dan ilmu logik , tak kan DSAI boleh rosak kan ekonomi negara hanya dengan cerita kosong belaka. Tak kan DSAI dapat mengubah harga minyak mentah dan barang-barang runcit kalau setakat menjawat jawatan ketua pembangkang. Kerajaan pemerintah juga yang berkuasa.
Soal umur kah, kurang sabar kah, bercita-cita untuk jadi PM kah, rampas kuasa kah dan lain-lain yang berkaitan; saya tidak mahu ulas. Kerana hal ini bertempat di luar kebolehan intellectual saya. Hal-hal saperti ini, saya serahkan kepada pendapat masing-masing. Kerana dalam era ‘global warming’ ini kita telah di ajar untuk menimbangkan mana yang betul mana yang salah
Tentang soal perkauman, saya serahkan kepada semua untuk menilai nya. Terutama kerajaan BN untuk menyelesai nya. Bukan DSAI yang memecah belah kan kita. Dalam ucapan-ucapan beliau di sabah, beliau lebih mengingatkan orang di sini untuk menyedari bahawa kekayaan negeri mereka telah di exploits kan oleh kerajaan BN.
Sama ada kita terima atau pun tidak, terpulang kepada kita juga. Pada hakikat nya Orang Sabah juga yang merasa dan menanggung nya, bukan DSAI .
Saperti biasa ‘political philosophy’ mu dan saya liza tetap berbeza saperti lagu ‘singkong dan keju’ jua.
Akhir nya saya setuju dengan JOMOSAMA 2 ARE RUN, saya belum memilih platform untuk memperjuangkan karear politik saya. As it is, susah untuk menempat kan masa depan saya pada parti-parti yang sedia ada. Kalau tidak berpolitik pun ok juga bagi saya. Kerana saya boleh meneruskan bidang saya sebagai ‘Developing Engineer’.

Anonymous said...

"Dia membela dirinya melalui video pas mengenai IMF tetapi skip krisis ekonomi 1997 dan 1998 yang menjadi asas utama."

Saudari menyatakan anwar menggunakan tv pas untuk membela diri. Saya hendak bertanya saudari kenapa media massa yang sepatutnya berkecuali digunakan sepenuhnya menjalankan propaganda buruk dan aib kepada Anwar tanpa memberi peluang kepada beliau untuk mempertahankan diri.

Saya jamin kalau liputan yang adil diberikan kepada pembangkang dan anwar (seperti pertandingan calon US Presiden) sudah lama rakyat dapat penjelasan yang sebenar dan mengakhiri pemerintahan Tun dan UMNO dari awal lagi.

Satu lagi masa anwar bercakap dalam parlimen kenapa ahli parlimen dan menteri keluar dewan?
Sedangkan mereka inilah yang membuat tuduhan2 jahat kepada anwar tetapi tidak mahu menerima penjelasan ataupun mencabar penjelasan anwar tersebut.

Bakal PM Najib pun tak berani nak berdebat dengan anwar ..cuma berani bercakap dengan media dikuasai UMNO sahaja.

Berani biar macam anak jantan jangan pandai berkokok sahaja.

Senjaliza said...

Senja Liza said...
Tq Solymone and Anonymous October 18, 2008 8:45 PM. Bagi saya yang benar kita pertahankan yang salah kita mesti bantah. Itu perana kita sebagai "wise citizen". Kepentingan kita sebagai rakyat negara ini perlu diletakkan di atas segala gala dalam perjuangan politik. 1997-1998 adalah "tahun memuncak "krisis Anwar-Mahathir. Di situ langkah Anwar mengiakan IMF yang hampir membankruptkan ASIA terutama Thailand, Indonesia yang menerima pinjaman IMF. Ini dia tak disentuh Anwar. Media: Anwar mendapat liputan dalam negeri dan luar negara dengan secukupnya. Sehingga ada liputan bias yang didalangi MEDIA BARAT. I guest all of us would agree that we know better about our county than the foreigners. TV jangan tanya; itu memang advantage GOMEN. Kalau Anwar jadi GOMEN, TV jadi advantage dia. Cuma perangai Anwar yang membalun will diminish pengaruh dia. Debat US dan cara leaders in US mengemukakan gagasan TIDAK mengutuk peribadi CUMA Sara Palin mula taktik kotor ini menyebabkan dia tidak popular. Di Malaysiapun, penggunaan taktik kotor amat tidak popular di kalangan orang yang PRO namun masih ada tempat di kalangan pembalun-pembalun jalanan yang melihat percaturan politik mcm sabung ayam.I dont believe that Anwar has the number to topple BN. His chance is on GE13. But do you see his actions such as making false and empty promises now diminish his chances? Thank for being professional guys.

Anonymous said...

Salam hormat saya utk Senja liza dan Sdr Solymone.....
Hebat juga kupasan-kupasan saudara dan saudari mengenai DSAI ini, yang memang menjadi duri dalam hidung saya selama ini.....

ANWAR IBRAHIM..... satu budaya baru dalam politik Malaysia, dari seorang pejuang bangsa bertukar menjadi pembelot bangsa..agama dan negara.
ANWAR IBRAHIM.... menjadi idola anak-anak muda dalam UMNO satu masa dahulu, kini menjadi idola kepada bekas-bekas banduan ISA dan musuh-musuh politik parti UMNO.
ANWAR IBRAHIM.... seperti yang ku kenal,memang hebat dari segala segi, namun..kerana kegopohan beliau hendak menjadi PM,dilempar keluar dari senarai nama pewaris-pewaris PM Malaysia, gara-gara hendak menjatuhkan Tun M....
Kini, DSAI mencuba lagi mengapai impian menjadi PM sebagai Ketua Pembangkang.. menerobos bermacam-macam rintangan, duri dan ranjau, halal dan haram, benar atau salah...demi untuk menjadi PERDANA MENTERI.
Kalau semua perkara yang sudah termaktub dalam perlembagaan negara ini boleh diubah,maka dia lah orang pertama yang akan mengubahnya. Yang dulu dikutuk dan dihina kerana musuh politiknya, kini menjadi rakan tidur sebantal. Yang dulu didodoi dan dimanjakan kerana rakan sejawat dalam parti, kini dimaki hamun dan dicaci kerana telah menjadi musuh politiknya.
DSAI mengaku ingin hendak membela nasib rakyat negara ini yang di tindas oleh KERAJAAN BN,mengaku ingin membebaskan rakyat negara ini yang merempat kerana KERAJAAN BN, dan macam-macam lagi aku-janji yang lebih manis dari isteri jadi `madu'... hanya untuk mencapai bulan dilangit.
DEMI KERANA HENDAK MENJADI PERDANA MENTERI...ANWAR IBRAHIM sudah hilang harga diri,hilang pedoman hidup, hilang segala-galanya dan tak lama lagi, beliau akan hilang pula jawatan MPnya...election lagiii..!! Apa punya cerita ni..macam cerita seribu satu malam, ndak pandai habis-habis...

Tapi,komen sdr Solymone di bawah ini yang menarik perhatian saya, sehinggakan terpanggil untuk memberi sedikit komen kepada abang saya ini.......
"Akhir nya saya setuju dengan
JOMOSAMA 2 ARE RUN, saya belum memilih platform untuk memperjuangkan karear politik saya. As it is, susah untuk menempat kan masa depan saya pada parti-parti yang sedia ada. Kalau tidak berpolitik pun ok juga bagi saya. Kerana saya boleh meneruskan bidang saya sebagai ‘Developing Engineer’."
Come on lah sdr Solymone.. tempat saudara sekarang bukan di mana-mana, tetapi dalam kumpulan yang menyokong kerajaan untuk membangunkan negeri dan kawasan kita, pilihlah mana-mana parti dalam BN untuk sdr jadikan landasan memperjuangkan idealogi sdr, kerana..tanpa landasan yang betul, suara-suara sdr hanya akan menjadi bunyi-bunyi nyamuk yang memecah hening malam.
Kenapa tidak memilih landasan yang mempunyai segala macam kemudahan / kelengkapan untuk membawa perubahan, berbanding yang serba tidak menentu hujung pangkalnya.. atau sdr hanya tahu `bercakap' tetapi tidak tahu buat kerja..!! itu teori saya. Maaf kalau kasar sikit bunyinya, yalah..jurutera, takkanlah tak tahu buat apa-apa pula....!!

Anonymous said...

Sdr Solymone,
lawa gambar you, gambar awak ke gambar anak tu..??? Nampak muda lagi..
Apakah salah Malaysia pada ANWAR?? Tiada...nahi, nyah ru'un, eleh..dan macam-macam lagi cara manusia menidakkan sesuatu...
Kepada yang pakai anonymouse a.k.a mikimause tu, ini jawapan saya padanya. Bukan main gagah lagi engkau berkokok..tapi, pakai nama samaran pun kau tidak berani.. bagus kau sembunyi dalam kubur..selamat sampai bila-bila!!
ANWAR IBRAHIM sudah di beri peluang, terlalu besar peluang untuk share the idea and knowledge untuk kepentingan negara dan bangsa. Tetapi, beliau failed, dapat `F' plus.....!
Nak bagi peluang macammana lagi,business must go on..brader,let's the next in lines to carry on the work.. jangan buang masa dengan lawak DSAI dan PAKATAN RAKYATnya itu..

Anonymous said...

Anonymous has left a new comment on your post "Apakah Salah Malaysia Pada Anwar?":

TV jangan tanya; itu memang advantage GOMEN. Kalau Anwar jadi GOMEN, TV jadi advantage dia. Cuma perangai Anwar yang membalun will diminish pengaruh dia


U wanna us to be professional but from your statement seems come from typical XXXX (tak bertatatertib untuk diutarakan) fan.

Ada beza antara kerajaan dengan UMNO. tv1 n tv2 mungkin hak kerajaan untuk menerangkan dasar but bukan semua media hak kerajaan UMNO untuk buat propaganda jahat kepada pihak lain.

Tak guna saudari bagi huraian panjang lebar kalau tiada keadilan bagi pihak satu lagi. Ingatlah kita akan ditanya diakhirat kalau membiarkan pemerintah penfitnah dan zalim.

Senjaliza said...

Anonymous October 20, 2008 10:01 AM, saya terpaksa bubuh XXXXX kerana perkataan yang anda gunakan di terangkan seperti di komen anda. PEMBETULAN FAKTA: Kerajaan Malaysia BUKAN KERAJAAN OLEH UMNO tetapi oleh BARISAN NASIONAL. Penyataan yang mempunyai FAKTA yang jelas BUKAN FITNAH. Kita juga akan ditanya Allah SWT bila kita MENOLAK FAKTA.
Terima kasih keran komen anda. Sila datang lagi dengan komen yang lebih bernas untuk menambah ilmu pengetahuan pembaca.. tidak semestinya untuk saya sendiri. Bahan-bahan di Blog saya ini adalah untuk bacaan UMUM/public consumption. Anda tidak SEMESTINYA setuju dengan pendapat di ruangan ini tetapi anda PERLU menyokong pandangan and dengan FAKTA. Misalnya saya kata DSAI berbohong: Fakta saya ialah 916 dan Fitnahnya Nampak Najib Di Singapore ngan "Mongolia" (Ini kalau tak betul jadi Fitnah; membuat fitnah adala seperti "memakan bangkai saudara sendiri") seterusnya...salam buat semua pecinta damai dan kebenaran seperti Jomo Sama dan Soleymone yang tidak bersembunyi disebalik Nama Anonymous. Gua 'caya you Jomo Sama dan Solymone. U r real gentlemen.

Anonymous said...

Yelah tu...
JomoSama memang berani kerana benar, tapi..masih malu-malu kucing nak tunjuk muka huduh ni untuk tatapan umum..kengkangan tugaslah katakan...
Tapi, percayalah...saya hanya menyokong yang benar,tiada yang benar selain kebenaran dan menolak segala kemungkaran..Amin.

Anonymous said...

tak payah la nak meremeh temehkan pasal kerajaan BN ker UMNO ker ..itu alasan shj ..semua org tahu UMNO tu la perancang utama.
916 tak jadi sebab disabotaj oleh Umno ..anwar hanya merancang tapi tuhan yang menentukan..sebab itu saya kata media ni main peranan utama buat propaganda jahat ..UMNO tahu bukan semua orang dapat menilai mana satu yang baik atau buruk. Jangan kata tv tu advantage gomen ...itu satu alasan yang tak ada fakta sekali.
Fitnahnya Nampak Najib Di Singapore ngan "Mongolia itu bukan anwar yang kata tapi terkandung dalam surat akuan sumpah balasubramaniam.

Anonymous said...

Anonymous
October 24, 2008 12:10 AM, pertahanlah DSAI dengan fakta. Kalau fakta kamu selewengkan orang jadi tak percaya pada kemimpinan DSAI termasuklah kamu yg menyokongnya.. Lihat youtube; semua DSAI sebut akan ambilalih kerajaan 16 sept, Oktober dan Aidil Adha. Dia perbesar-besarkan isu Mongolia dis'pore meaning Dia juga sebut. Di Malaysia DSAIlah "raja'dan johan sebut altantuya terlalu banyak. Bila 916, Oktober meleset org kata ANWAR BOHONG. You kata dia TAK BOHONG.. siapa percaya u. Dia kata ada 30 + MP BN lompat.. mana ade.. mana? Baru 1 orang sign partisen ISA MP BN Sarawak sudah keluar blog LIM KIT MALAM. Apa lagi kalo ada 30.. Ini semua DUSTA. SO Anwar BERDUSTA. Ini FAKTA yang SIAPA PUN TAK BOLEH TOLAK. ANWAR BERDUSTA DI MUKA BUMI INI. Kerana DUSTA itulah masih ramai yang percaya bahawa dia "LIWAT" Saiful.

Anonymous said...

Inilah faktanya. 916 = Bohong, 23 Oktobe=Bohong. 30 MP BN lompat PR=Bohong :. Menjelang Aidiladha=Bohong. Inilah faktanya. Orng Fanatik An War jee Tak pakai "brain". Sebab tak tahu FAKTA. So saya ada FAKTA maka layaklah saya komen An NOT PEACE BUT War.