Translate

Thursday, October 23, 2008

STIMULUS USD700 BILLION-DIAM; STIMULUS MYR5 BILLION -BISING: INCONSISTANCY?

Wang Rasuah atau Stimulus?
(Gambar Hiasan)
Stimulus USD700 billion: Diam
Stimulus MYR5 Billion: Bising.
“inconsistancy”?.


Bila Ahli Parlimen Sg Burong jolok sarang isu exco Kerajaan Perak yang terlibat dengan rasuah, Ahli Parliment Gombak, Anak Emas DSAI, YB. Azmin Ali, mula melenting dan telinganya mula berdiri lalu dengan hujah yang tersusun indah dan dengan wajah serius mengatakan bahawa Exco Kerajaan Perak yang rasuah itu adalah permainan BPR dan dia ada bukti kukuh. Itulah intipati perkataan Azmi di Parliment Malaysia. Seolah-olah bila orang KeAdilan melakukan rasuah ianya “Halal”. Seolah-olah bila orang keadilan menerima “sedekah sex” ianya “diluluskan” dan yang salah ialah BPR. Inconsistancy?

Barangkali bagi Azmin Ali, selaras dengan isu di atas, akan mengatakan bila manusia digoda oleh hawa nafsu dan syaitan dan tewas oleh godaan, yang salah ialah hawa nafsu dan syaitan bukan manusia yang melakukan perbuatan terkutuk itu. Di manakah kitab rujukan Azmin Ali ini?. Adakah Azmin Ali memperkecilan dan membelakangkan para alim ulama negara dengan penyataan demikian semata-mata kerana membela sahabat seanutan parti politik yang 100% menerima “sedekah sex” seperti yang dia sendiri akui? Demikianlah pendirian seorang “anak emas”. Inconsistancy?

Nah, ini inconsistancy besar. USD700 billion diluluskan oleh kerajaan Amerika untuk meyelamat institusi-institusi kewangannya. Demokrat dan sebahagian Republikan mengutuk langkah itu. Kepimpinan dunia, sebahagian besarnya mengkritik langkah Amerika itu kecuali Presiden Filipina Gloria Macapoagal Aroyo yang memuji dan menyanjung tinggi langkah itu. Fasal duit memang GMA pasti akan puji. Inconsistancy?

Di Malaysia orang pertama yang saya terbaca pandangannya ialah Tun Dr. Mahathir Mohamad. Tun kata bahawa suatu waktu dulu US mempersoal tindakan “bail out” Malaysia khasnya oleh Petronas, kini kita lihat USD700 billion diluluskan oleh orang yang menuduh Malaysia suatu waktu dulu, sebagai mengamal “bail out”. Inconsistancy?

Orang pertama yang saya harapkan untuk membuat komen ialah DSAI. Dia adalah orang pilihan pertama Margaret Thatcher, bekas Perdana Menteri British, untuk dijadikan sebagai Menteri Kewangan British kiranya keadaan mengizinkan. Malangnya, dalam kes USA ini, DSAI tidak menonjokan diri. Pakar kewangan dan ekonomi dunia bagi Margaret Thatcher ini sepi seribu bahasa. Seolah-olah dia telah menutup mata dan hatinya mengenai isu bail out Amerika yang berjumlah USD700 billion. Barangkali bila ada berita di dada akhbar mengenai bail out USD 700 billion ini, DSAI skip, “tak nak bace”. Inconsistancy?

Bila Menteri Kewangan Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak mengemukakan stimulus ekonomi dengan suntikan modal sebanyak MYR5 billion, DSAI, pilihan no.1 Margaret Thatcher ini mula bangkit mengaum dan mengatakan bahawa “kerajaan tidak bertanggungjawab”. Tapi kerajaan US tidak pernah DSAI kata tidak bertanggungjawab. Nampaknya bila stimulus US700 dia diam, Stimulus MYR5 billion dia bising. Nampaknya inilah persamaan “Anak Emas dengan Bapa Emas”. "Bapa Borek Anak Rintik" atau "trademark". Bagi Bapa emas, kalau sahabat, USA, buat stimulus ekonomi USD700 billion dia “thumb up”, Malaysia buat, dia “thumb down. Bagi anak emas, kalau pemimpin PKR melakukan rasuah, belum sempat siasatan dibuat, dia kata yang salah BPR, kalau orang BN, belumpun dibuktikan bersalah dicop sebagai “Pengkhianat Negara”. Inconsistancy?

5 comments:

Ajin b. Gagah said...

SenjaLiza,
Osonong kesuabon,
Topik yang susah, namun penuh bermaana kepada yang memahami. Oleh itu saya suntikan juga komen saya berdasarkan 'financial politic' tanpa mengaitkan nama -nama pemimpin yang terlibat dalam aktiviti ‘stimulation’ ini.

Di samping itu saya tertarik dengan komen blogger ‘SUARA SUKJ ‘ yangmana mempunyai pendapat saperti berikut ( mohon izin) ;
“Walaupun RM5b disuntik kedalam Valucap Sdn Bhd tetapi harga saham terus merudum juga. Gambar di atas adalah kedudukan aliran pergerakan 'KLSE' pada pagi ini.

Jika RM5b itu digunakan untuk menyelamatkan syarikat-syarikat yang berkenaan, maka sudah tentu pekerja-pekerja syarikat berkenaan merasa lega kerana terus dapat bekerja mencari rezeki.

Biasanya di syarikat yang besar seperti itu, adakah pekerja tempatan lebih ramai atau 'pekerja asing' lebih ramai?

Akhirnya pekerja asing dapat mengeluarkan wang dari negara ini berjumlah RM9b untuk tempoh Jan hingga Jun tahun ini. [Berita penuh]

Kesimpulannya, dana Valuecap Sdn Bhd kita punya..KWSP punya..akhirnya yang telan dan kenyang ialah pekerja-pekerja asing. Mungkin sedikit sahaja bilangan pekerja rakyat tempatan” .

Hal-hal yang di suarakan oleh bro sukj, perlu juga kita hayati bersama kerana wang yang di suntikan atau di perjudikan kedalam Valucap Sdn Bhd itu ada lah duit; rakyat am nya dan pekerja khas nya.

Kita sedar bahawa dalam sistem ‘money market’ ini kadang-kadang untung, kadang-kadang rugi. Kalau untung ok lah, kalau rugi? Macamana?
Apa lagi bilamana mendengar berita bahawa ‘financial turmoil’ dijangka akan melibatkan negara di Asia, termasuk Malaysia.

Kita tidak boleh bandingkan financial strategy Amerika dengan Malaysia. Kedudukan 'Financial Reserve'USA kuat dan terkukuh di planet ini(Itu pun, banyak juga masyarakat USA yang tidak setuju).Itu pun mereka mendapat kelulusan dehulu dari senate.
Manakala Malaysia pula kalau di bandingkan cuma ' suam-suam kuku' sahaja kata orang.Kelulusan Parlimen? - nil.

So, soal sejarah yang melibatkan siapa salah siapa pada masa kini, sudah tidak relevan.

Akhir sekali, mmohon maaf kalau terlanjur.

Senjaliza said...

TQ Soleymone. Saya lebih melihat dari sudut sikap dan responsi terhadap isu yang timbul seperti isu rasuah. Bila orang dia rasuah, dia tah komen. Malah dia pertahan macam kes "sedekah sex" Bila USA buat suntikan modal dia tak komen.. mengenai pinjaman kepada Valucape Sdn Bhd saya lihat itu bukan free. Ia kena dibayar balik. pinjaman dari institusi kewangan asing atau antarabangsa, risikonya lebih tinggi. Isu itu memerlukan penganalisaan ekonomi yang tinggi BUKAN politik yang serkap jarang. Anyaway, TQ Soleymone. I need more professional input from you. Solute.

Anonymous said...

mingsioSuntikan RM5 billion tu bukan untuk melonjakkan harga saham Valuecap Sdn.Bhd...cuma untuk menenangkan keadaan dalam kesusahan,dan dijangka akan pulih semula. Ianya bukan percuma, tetapi berbentuk pinjaman,akan dibayar mengikut jadual.....
Mana-mana institusi kewanganpun dalam situasi sekarang sedang berusaha untuk menyelamatkan diri masing-masing..by hook or by crook, kalau tidak..chapter 11 le ceritanya..kan brader Solymone??
Kita tidak boleh membandingkan kewangan negara ini dengan negara lain,kita ni memang masih suam-suam kuku saja berbanding negara-negara kewangan antarabangsa. kita harus yakin dengan jalan atau cara kerajaan menangani masalah-masalah yang timbul, kerana itu semua dibuat setelah mengambil kira semua aspek yang melibatkan NEGARA.Berilah kepercayaan kepada mereka menjalankan tugas mereka kerana mereka adalah dari yang terbaik dari yang baik...
Amin....

Kembara Politik said...

Bulleyes!!!

Anonymous said...

hermes
hermes outlet
jordan sneakers
off white
fear of god
off white hoodie outlet
kyrie shoes
fear of god
kobe
bape