Rintihan dan celoteh "pekebun Kecil yang menyatakan pendapatnya" dalam paparan Dato Seri Anwar Ibrahim merupakan senario sebenar memandangkan pekebun itu mendokong dan menyokong perjuangan Parti KeADILan Rakyat. Semestinyalah umum perlu Berkongsi Keprihatinan dengan Dato Seri Anwar Ibrahim terutama para pemimpin akar umbi dan masyarakat umum yang turut menilai malah terlalu ghairah dan berbangga dengan kejayaan PKR khasnya dalam Negeri-Negeri yang di perintah Pakatan Rakyat.
.
Saya garap dua fakta yang penting dari paparan itu untuk dilihat dan dinilai oleh semua yang berminat. Tabik pada DSAI kerana menerima teguran dari rakyat biasa (bagi saya pengirim ini adalah rakyat yang ada kelebihan dan pendirian). Saya melihat dua fakta yang dipaparkan seperti di bawah ini yang menerangkan keadaan PKR di Selangor (Negeri Terkaya di Malaysia dan suatu waktu dulu amat yakin mencapai Wawasan 2020 pada tahun 2015) amat menepati keadaan PKR Sabah yang diketuai sendiri oleh DSAI sebagai Ketua Perhubungan Negeri. Paparan itu seperti berikut:-
.
Bahagian - Ada bahagian yang tiada pejabat, menumpang atau sewa tidak terbayar, setengahnya sudah ada bahagian yang telah dihalau oleh tuan punya bangunan. Program parti tidak berjalan, cawangan dan ahli tidak digerakkan, tidak ada aset yang dibangunkan, alasan ketiadaan dana. AJK kucar kacir atau berpuak puak, mesyuarat bukan untuk merancang tetapi menjadi medan perang dan pelbagai lagi kelemahan yang jelas dilihat.
.
Perhubungan Negeri - Mesyuarat tidak fokus, hanya berkisar kepada agenda jangka pendek dan semasa, tiada dasar yang dikupas bagi menasihati kerajaan negeri sebagai parti yang memerintah. Keadaan pejabat yang sungguh mengecewakan, tidak dimanafaatkan dengan pelbagai perbincangan mesyuarat mahu taklimat secara aktif, malah yang tidak tahu dimana lokasinya pun ada. Tiada sistem komunikasi yang berkesan. Sistem penyampai yang amat lemah, tiada sebarang sebaran propaganda atau hebahan mahu dalam bentuk media atau blog.
.
Sesungguhnya keadaan dan kenyataan inilah yang disebut DSAI sebagai bahaya kepudaran idealisma. Bagi rakyat Negeri Sabah, inilah kenyataannya di sebuah Negeri yang diperintah Pakatan Rakyat. Pihak yang mendapat keuntungan dari perjuangan merobah lanskap politik negara ialah pihak yang dapat memperkuda PKR dan penyokongnya. Ternyata "Melayu dan bumiputera" masih jauh ketinggalan dan ditinggalkan. Apakah keadaan ini yang masih kita bangga-banggakan? atau masih adakah yang dapat dan perlu dibanggakan?
.
Selanjutnya.......
http://anwaribrahimblog.com/2009/04/29/berkongsi-keprihatinan/
1 comment:
SenjaLiza,
Kesusahan rakyat yang liza cuba ‘highlighted’ kan dalam blog ini, sabenarnya ada lah isu pokok dan serious. Ia nya terdapat di mana-mana di bumi Malaysia ini.
Maksud nya, sama ada negeri itu dibawa perentah BN atau Pakatan Rakyat ia tetap ujud , terutama sekali di Sabah atau pun di Sarawak.
Kalau dikaji dengan terperinci, bukan setakat Melayu dan Bumiputera sahaja yang berhadapan dengan kemelut ‘kesusahan hidup’ ini, mala bangsa-bangsa yang lain saperti Indian dan Cina pun terpaksa berkonfrontasi dengan hal ini.
Justru itu, maka Najib ketengahkan konsep ‘ One Malaysia’ agar kekayaan Negara ini dapat diagi-agikan kepada semua kaum.
Dalam kontek yang norma ini, agak tidak lah adil kalau kita terlalu taksub untuk mempersalahkan sesiapa sahaja yang memerentah. Sama ada BN atau pun Pakatan Rakyat.
Soal kelemahan pentadbiran PKR diperengkat Bahagian dan Negeri sudah tidak releven. Terutama nya di negeri saperti Sabah.
Kerana kalau ada nya pun perubahan dalam pemerentah dimasa akan datang, para pengundi yang akan menentukan nya bukan PKR atau Pakatan Rakyat.
So untuk ‘maju kehadapan’ Pemimpin-Pemimpin masa kini terpaka berubah sikap dan berkerja keras untuk mengubah nasib rakyat.
Rakyat atau pengundi sudah matang, terutama sekali pengundi dari golongan muda yang baru berdaftar sebagai pengundi.
Golongan muda yang dimaksudkan, ada lah mereka yang berpandangan rasional dan tidak mudah dipengaruhi oleh ‘ Politik Wang’ dan ' Politik Waris'. Kerana pendirian mereka berpandukan kepada pengalaman, sentimen dan situasi yang berlaku disekitar mereka.
Selanjutnya golongan belia ini, bukan nya fanatik kepada mana-mana ideologi parti. Mereka lebih bersifat terbuka ( non-political oriented) dan hanya percaya kepada kebenaran…Itu lah yang akan menentukan ala-tuju politik masa depan kita.
Salam
Post a Comment