Translate

Thursday, April 23, 2009

DSAI: Lindungi Saudara Kita Dari Burma.

Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian, harmoni dan perpaduan, sudah pasti setiap kita ingin melihat penindasan tidak mendapat tempat dan ruang di bumi Malaysia. Demikian juga keinginan dan hasrat kita selalu mendambakan untuk mewujudkan suasana masyarakat sihat yang tidak terjerus ke lembah hina. Saranan "yang ditegaskan" oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim agar kita melindungi rakyat Burma yang terpaksa meninggalkan negara mereka kerana ketidak stabilan politik ditindas dan dizalimi hendaklah kita berikan perhatian yang sewajarnya atas dasar peri kemanusiaan dan kebertanggungjawaban.
Gambar hiasan: Lawatilah laman yang mempaparkan kisah dan keperitan hidup rakyat Burma. Pasti menghiris hati. Tindakan proaktif pihak keselamatan negara semestinya mendepani masalah yang terjadi di Malaysia (jika ada). Kenapa harus menunggu lapuran rasmi?

Dalam posting blog DSAI yang meyarankan agar di Lindungi Saudara Kita Dari Burma!. Bagaimanapun, saranan DSAI ini berbaur wasangka bahawa pegawai-pegawai yang dipertanggungjawabkan mengurus dan sepatutnya melindungi mereka, terutama gadis-gadis dari Burma ini, sebaliknya telah mengambil kesempatan dengan melacurkan dan memperdagangkan mereka.
.
Sebaiknya laporan kepada pihak berkuasa dan berwajib perlu dilakukan oleh mana-mana pihak yang merasa diri mereka bertanggungjawab supaya siasatan dan tindakan yang lebih sistematik dapat dilakukan dan "evidence" dapat dikumpulkan dan seterusnya pihak yang di syaki melanggar undang-undang dan melakukan kezaliman dapat dibawa ke muka pengadilan.

Masalah yang timbul di sini ialah apabila sebilangan rakyat kita "bernafas-politik, minum-politik, makan-politik, pejam mata-politik, tidur dan bangun-politik, hatta, hampir segala-galanya berbaur politik. Kerana itulah DYMM Sultan Perak Sultan Azlan Shah pernah bertitah bahawa sebenarnya "Malaysia mengalami politik berlebihan". Kenapa tidak DSAI mengarahkan orang-orangnya untuk membuat lapuran pihak berkuasa misalnya pihak polis agar tindakan dapat segera dilakukan jika apa yang "ditegaskannya" itu berasas. Atau barangkali laporan media asing, Financial Times, itu lebih "sentimental" pada DSAI maka diperguna untuk membalun penjawat awam Malaysia dan kerajaan Malaysia? Kenapa media tempatan tidak melaporkan kes ini?. Kenapa Suara Keadilan tidak membuat liputan mengenai perkara ini supaya dapat meletakkan kelemahan kepada polis yang sering dituduh PR sebagai serigala BN?.
.
Pihak keselamatan khasnya polis dan imigresen pula sepatutnya tidak menunggu lapuran rasmi dari individu atau kumpulan baru bertindak merancang dan memulakan siasatan. Sepatutnya pihak keselamatanlah yang mendahului tindakan setelah menerima atau mendengar saranan yang ditegaskan seperti DSAI ini. Mereka seharusnya sensitif dan proaktif dalam mendepani masalah seperti ini jika ingin menjadi penjawat awam atau agensi yang cemerlang. Sekurang-kurangnya mereka dapat menghindari tomahan seperti ini, tomahan seekor kerbau membawa lumpur semuanya terpalit.
.
Lebih jauh dari itu, kita juga merayu agar rumah-rumah dan sarang-sarang pelacuran ini terus "dimusnahkan" agar gadis-gadis seperti gadis-gadis Burma ini tidak "dilindungi" dan dipelihara oleh para pemilik "perniagaan pelacuran" atau rumah-rumah pelacuran seperti yang belaku di Hotel Chile, Pucong di mana seorang YB menghadapi tuduhan menghalang penjawat-penjawat awam melaksanakan tanggungjawab mereka mencegah kegiatan pelacuran. Kita juga mahu pemilik perniagaan ini dihukum.
.
Sesungguhnya apa-apa yang kita lakukan itu hendaklah disertai dengan nawaitu yang ikhlas dan jelas.
Wallahuwallam.
READ....
Malay officials accused over human trafficking.
By Demetri Sevastopulo in Washington
Published: April 22 2009 16:41 Last updated: April 22 2009 16:41

An influential US senator has accused Malaysian officials of complicity in the human trafficking of Burmese refugees who have been sold into prostitution and other kinds of forced labour in recent years.

Richard Lugar, the top Republican on the foreign relations committee, on Tuesday handed the Malaysian government a report on a year-long investigation into allegations that refugees who fled the Burmese junta for Malaysia had been handed over to traffickers on the Malaysia-Thailand border.
Link....
MALAY OFFICIALS ACCUSED OVER HUMAN TRAFFICING.
“[Burmese women] are sold at a brothel if they look good,” recounted one refugee. “If they are not beautiful, they [the traffickers] might sell them at a restaurant or house-keeping job.”
By Demetri Sevastopulo in Washington, Financial Times
Watch this video:

No comments: