Translate

Wednesday, February 25, 2009

SEMANGAT LEMBU.


"Lembu jantan tak akan sampai ke mana".

1. Apakah yang anda lakukan bila anda telah kekeringan idea?. Biasanya cari kawan agar percambahan fikiran menjadi subur; baca buku, menonton tv, film, blogging dan sebagainya. Amalan biasa orang yang "kaki golf" ialah ambil putter dan praktis di ruang tamu di carpet. Orang "kaki demonstrasi" biasanya akan peka kalau mau ada demo. Lepas tu balik rumah penat dan perut lapar, kaki lenguh. Semangat tak seberapa. Itulah "Semangat Lembu". Yang "gila pangkat" tuan lembu. Biasanya yang anti lembu ini ialah lembu , "petani" dan "pemandu yang selalu datang ke Kota Belud".

2. Rasanya gerakan AMK, "Semangat 46 lembu", sudah jauh tersasar dari matlamat perjuangan PKR, malah tergelincir dari landasan dan norma politik Malaysia. Dia mula meradu tanah simpanan. PKR sudah melampau. Mereka anti UMNO, anti MCA, anti MIC, anti PBS, anti PBRS, anti LDP, Anti PPP, anti BN Sarawak-sebab merekapun "Anti Kuching" sebab itu mereka tidak "welcomed" di Kuching. Di Perak mereka anti Sultan dan anti Setiusaha Kerajaan Negeri Perak. Sedikit masa lagi mereka barangkali jadi "anti rakyat"!.

3. Bila semua agensi dan organisasi awam mula dijadikan sasaran oleh mereka, nampaknya mereka mula jadi "lembu jantan mengamuk". Barangkali umur tuannya sudah lanjut dan teori R.A.H.M.A.N tidak menyebelahinya maka "sasaran" kini ialah public services. Mula-mula anti BN. Dulu polis. Selepas itu SPR. Diikuti institusi atau badan kehakiman. Kini mula jadi "lembu jantan" dan akan menanduk apa saja di hadapannya.

4. Masa depan "Negara dan bangsa" tidak mungkin terjamin bila semua agensi awam dijadikan sasaran. Kita akan bakal menjadi bumi yang berantakan kiranya situasi ini dijadikan budaya. Kita akan balik zaman batu. Maka itu "PEMUDA HARAPAN BANGSA, PEMUDI TIANG NEGARA", PENDIDIKAN DAN ILMU" yang kita tuntut ialah untuk kesejahteraan ummah. Gerak dan reaksi terkini menampakkan mereka mula menjelma jadi "lembu jantan".

5. Anak-anak bangsa yang telah menitiskan airmata untuk negara ini hendaknya jangan lagi terleka dan alpa. Jangan teralpa dan terleka. Kita buka Anak dan Generasi Pak Kadok. Ingat sumpah Melayu. Kita tidak akan menjadi lembu.


6. Realiti yang terbentang di hadapan kita ialah "kegilaan" dan "nafsu pembentukan negara republik". Ingatlah "Tak Kan Melayu Hilang Di Dunia". Kalau anda ke Ranau datanglah ke Nunuk Ragang. Di sana ada "Tak Kan Dusun Hilang Di Dunia". Oleh itu keharmonian dan muhibbah yang diguggat "lembu jantan" hendaklah kita pelihara dan pertahankan. Kita kini mula sedar "Yang dikata "permata" rupanya "kaca".
.
7. Biarkan lembu jantan mengamuk. Lambat laun ianya jadi "Mee u Chap". Janganlah terlalu bullduzz. Hormatilah sistem seperti manusia dan manusia bertamaddun. Berilah peluang kepada pihak berkuasa menjalankan tugasnya. Hargailah keadilan dan sistemnya. Bukan semata mata KeADILan. Jauhi dari menggunakan sistem "ring" dan "collisium". Ini bumi kita. Bumi kita bersama.
.
8. Bila anda anti kepada terlalu ramai, sudah sampai masanya anda perlu menyoal diri anda. Carilah soalan anda itu. (contoh: kenapa saya memusuhi terlalu ramai pihak?)

2 comments:

Anonymous said...

Salam sister Senjaliza,

1. Biasa bagi manusia, untuk menidakkan kebenaran demi menghalalkan kejahilan sendiri. Umpamanya parti PAS yang berselindung disebalik topeng agama Islam, untuk menutup kemungkaran mereka terhadap ajaran Islam. Tidak heran dan tidak `terkejut munyit' kita bilamana pada hakikatnya,golongan PAS lah yang paling banyak melanggar tatasusila ajaran suci Islam.

2. Semangat tinggi saja tidak cukup sekiranya usaha tidak sepenuh hati atau nawaitunya menyimpang dari matlamat sebenar sesuatu tindakan itu diambil. Pada am nya.. tindakan kebanyakkan orang sekarang tidak lengkap sepenuhnya dan selebihnya hanya untuk kepentingan nafsu-nafsi mereka sendiri. Kita ambil contoh apa yang berlaku diPerak, yang kini menjadi pentas wayang Mak Yong,bila pihak pembangkang sedang cuba untuk `test power'dengan pihak istana..!! Mencuba untuk menangguk diair keruh, melaga-lagakan Sultan dengan rakyat..agar pihak istana mendapat imej buruk dikalangan rakyat jelata. Sedangkan..penghujungnya,(semua sedia maklum) TIADA PEMENANG,TIADA PENGALAH(pinjam ayat Vince AF).

3. Tahun ini memang patut kita mempunyai SEMANGAT LEMBU (asalkan bukan penyakit lembu gila),agar kita dapat menepis dan menangkis tempias kemelesetan ekonomi dunia. Hanya dengan mempunyai semangat itu,kita akan kekal bersaing dalam dunia yang penuh dengan dugaan ini.

Wasalam.

locket necklace wholesale germany said...

Tahun ini memang patut kita mempunyai SEMANGAT LEMBU (asalkan bukan penyakit lembu gila),agar kita dapat menepis dan menangkis tempias kemelesetan ekonomi dunia. Hanya dengan mempunyai semangat itu,kita akan kekal bersaing dalam dunia yang penuh dengan dugaan ini. swarovski necklace australia , swarovski necklace chile ,