Gambar ini barangkali memadahi untuk menerangkan isu dan persoalan yang dihendak diketengahkan.. Jadi SL tidak perlu fikir menaip cerita yang panjang bagi mengemukan soalan-soalan yang SL perlu kepastian..
Selamat Menyambut Maal Hijrah.
(Paparan ini adalah paparan lama SL. Sekadar mengingatkan SL bahawa kita berada pada tahun baru namun isu lama masih releven hingga kini).
".....Ada apa dengan Pakatan Rakyat? DSAI adalah individu yang berjaya menimang telur di hujung tanduk dan menatang minyak yang penuh akan keberadaan PAS dalam Pakatan Rakyat. Tanpa PAS dalam Pakatan Rakyat, Pakatan Rakyat hanya menjadi mimpi ngeri. Mudah saja orang politik menafikan tiada persengketaan demi "strategi peperangan". Tetapi menyembunyikan hanyirnya bau bangkai gajah tidak semudah menyembunyikan jerawat di pipi.
DAP ada (adalah pemegang) rekod meninggalkan PAS dalam Barisan Alternatif kerana hubungannya dengan PAS masa itu tidak menguntungkan DAP. Hubungan DAP dan PAS pula di Bagan Pinang telah merugikan PAS. Dalam banyak perkara PAS dan DAP amat sukar berjalan seiring. Lakukanlah apa saja innovasi dalam PAS bagi keselesaan DAP atau Pakatan Rakyat namun hakikat perbezaan ideologi dan prinsip bukanlah satu perkara yang mudah dipandang remeh. Katakanlah apa saja, termasuk menuduh saya memperlaga PAS -DAP, namun hakikat tidak semudah ditolak...." Wallahuwallam

3 comments:
Malangnya UMNO/BN juga semakin ditolak oleh rakyat. Hanya PAS lah lagi sandaran kukuh untuk orang Melayu/Islam.
Bro, PAS jadi kerbau tempat DAP bertenggek, PKR jadi tangga reput tempat DAP memanjat untuk menghapuskan kuasa-kuasa Melayu di Malaysia..............
Pemimpin DAP pernah menyelamatkan seorang perempuan melayu daripada dinodai oleh seorang kenamaan UMNO pada satu masa dahulu sehinggakan pemimpin DAP ini dipenjarakan di penjara kajang hanya kerana menyelamatkan maruah gadis melayu tersebut. Inikah UMNO yang mengatakan memperjuangkan bangsa sendiri. Yang meluluskan 10 lesen judi yang nyata-nyata HARAM disisi ISLAM. hanya ulama-ulama fasik dalam UMNO yang tidak menentang kegiatan keji UMNO ini. Isu-isu RASUAH, KOMISYEN2 untuk KRONI2 umno, Aset-aset negara yang lesap, skandal penghantaran duit ke luar negara inilah yang menjadi daging dalam UMNO.
Post a Comment