Translate

Saturday, July 9, 2011

Kemenangan atau Pencabulan Terhadap Demokrasi.

Negara ini memang mengamalkan Demokrasi berpelembagaan BUKAN sosialisma Bukan Komunisma dan bukan juga Apartheid.

Amalan berdemonstrasi dilakukan sebagai menunjukkan perasaan ketidaksetujuan dan ketidak puasan hati terhadap dasar dan amalan pemerintah atau amalan organisasi. Menunjuk perasaan adalah langkah memberi makluman dan kesedaran kepada umum mengenai "keputusan" yang tidak menyenangakan dan tidak disetujui umum akan akibat dari dasar dan amalan yang diputuskan. Tunjuk perasaan ini dilakukan sebagai menyampaikan mesej kepada pembuat dasar dan keputusan. Bantahan disampaikan kepada umum agar turut membantah dengan harapan dasar dan keputusan itu dapat diubah ke satu dasar dan amalan yang dapat diterima umum.

Demo Bersih 2 dipandang oleh penyokong baju kuning sebagai "kemenangan kepada demokrasi". Seolah-olah negara ini sudah mati demokrasinya!. Penduduk negara ini lebih kurang 27 juta orang. Mereka hidup dalam negara yang mengamalkan demokrasi berpelembagaan yang sudah diterima umum sekian lama sebagai demokrasi "mengikut acuan Malaysia" dan dipersesuai dengan sifat negara ini yang dihuni masyarakat majmuk. Kita telah sekian lama menikmati keharmonian dan kemakmuran. Apakah kemakmuran dan pembangunan yang kita telah kecapi sejak merdeka ini hasil dari "apartheid, komunisma atau sosialisma?"

Umumnya demo bersih 2 ini gagal mencapai matlamat yang digariskannya . Sebab utamanya ialah kerana "NAWAITUNYA YANG SALAH". Dari hendak membersihan daftar pengundi sebagi nawaitu ke  agenda peribadi dan politik bagi MENCETUSKAN HURU HARA seterusnya MENJATUHKAN KERAJAAN yang sememangnya mengamalkan sistem demokrasi. Apakah ini "kemenangan kepada demokrasi atau pencabulan kepada demokrasi?

Apakah kerugian ratusan juta ringgit para peniaga dan orang awam akibat demonstrasi Bersih 2 sebagai satu kemenangan kepada demokrasi?

Selepas ini, tanyalah rakyat Malaysia, apakah keberhasilan demo bersih 2 dalam konteks kemakmuran rakyat dan negara? Apakah sistem, dasar dan amalan yang berubah akibat dari demo Bersih 2?

Apakah penganjur demo bersih 2 dan peserta demo akan membayar gantirugi kepada mereka yang mengalami kerugian akibat demonstrasi itu?

Apakah dengan mengumpul 10,000 demonstrants maka hak dan suara lebih kurang 27 juta rakyat Malaysia sudah diwakili? Apakah 10,000 sudah menunjukkan kemenangan demokrasi terhadap lebih kurang 27 juta  rakyat Malaysia?

Jika saban hari masyarakat sudah dihujani dengan mesej dan informasi melalui media dan media cyber, apakah terlalu relevent bagi bersih untuk berdemo sekadar memberitahu kerajaan dan rakyat bahawa daftar pengundi itu "KOTOR dan perlu diBERSIHkan?"

Atau demo bersih 2 mesti juga dilakukan kerana 'agenda yang tersembunyi" yang lebih besar kerana selama ini impian merampas puterajaya mengalamai kegagalan?

Again, kita tanya..Apakah menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi kerana sering gagal memenangi suara rakyat melalui pilihanraya merupaka "KEMENANGAN KEPADA DEMOKRASI"?

Menangkah demokrasi di Iraq? Menangkah demokrasi di Afghanistan? Menangkah demokrasi di Uganda?

Jika BUKAN KITA yang mengiktiraf demokrasi di negara kita, siapa lagi?

Apakah demokrasi hanya berlaku dan benar di Pulau Pinang, Kelantan, Selangor dan Kedah sahaja?

Masih terngiang-ngiang ditelinga SL bila PR memerintah Perak dikatakan demokrasi mantap di Perak. tetapi apabila sahaja PR jatuh kerana kehilangan simple majority maka pemimpin PR mula memekikkan di DUN Perak dan di jalanan bahawa "Demokrasi berkubur di Lembah Kinta"...Demokrasikah sikap begini?

Sesungguhnya Rakyat Malaysia semakin bijak dan rasional. Kerana itulah Bersih 2 gagal  mencapai matlamatnya. PRU13 bakal menghidupkan dan menyuburkan Demokrasi Berperlembagaan Mengikut Acuan Malaysia. Pastinya nawaitu yang kotor akan gagal dan pemimpinnya yang bacul dan tidak bermaruah akan kecundang......Takbir.

RELATED
-Perhimpunan Bersih Gagal, Rakyat Lebih Cintakan Keamanan 
-Peniaga Tutup Kedai, Pelanggan Tiada Ekoran Perhimpunan Haram  

No comments: