Translate

Friday, March 12, 2010

SODOMI II DAN PENGARAH LUCAH

PENGARAH FILEM LUCAH.

LONDON - Seorang pengarah filem lucah, Anna Arrowsmith (picture)  mengumumkan akan bertanding bagi kerusi Parlimen Britain pada pilihan raya akan datang, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita itu yang menguruskan agensi filem porno Easy on the Eye, menyatakan bahawa dia akan bertanding atas tiket Parti Liberal Demokrat di Gravesham, Kent.

Arrowsmith, 38, ialah pengarah filem lucah wanita pertama di Britain dan telah menerbitkan lebih 300 filem porno selain dinamakan pengarah terbaik Anugerah Filem dan Televisyen Dewasa Britain pada 2008 dan 2009.

Wanita itu yang memiliki ijazah sarjana muda Seni Halus dan Sarjana Falsafah berkata, dia bertanding untuk membersihkan politik Britain daripada pelbagai skandal terutamanya kontroversi tuntutan perbelanjaan melampau di kalangan anggota Parlimen.

"Kepada penduduk Kent, saya berharap anda tidak menilai saya berdasarkan kerja saya. Saya melibatkan diri dalam industri filem lucah untuk menjadikan filem itu lebih mesra wanita," kata Arrowsmith.

"Pada era ini, orang ramai yang hidup dalam masyarakat demokrasi sepatutnya diberi pilihan untuk menonton apa yang mereka mahu," tambahnya. - Agensi
  
 TERTUDUH SODOMI II
Seorang aktivist pro gay dari Australia pernah memberikan komen mengenai kes Sodomi II yang dihadapi DSAI. katanya:. ".. if he did it, so what!! he still against the rotten government of Malaysia...". Begitulah sedikit suntingan komen tersebut. Sekurang-kurangnya kita tahu bahawa samada DSAI melakukan sodomi atau sebaliknya, pihak asing, terutama GHLS (Gay, Homosexual, Lesbian dan Sodomi) rights, masih tetap tidak menyenangi Malaysia kerana kita menolak budaya GHLS. Apakah meraka yang menyokong camputangan asing ini pro GHLS?

Kita sudah dapat menilai bahawa camputangan asing bukanlah bermatlamat menghukum "peliwat'. Mereka hanya "BENCI Malaysia" atas sesuatu sebab dan agenda yang hanya meraka yang tahu walaupun kita rakyat malaysia dapat membaca matlamat di sebalik cemuhan mereka terhadap Negara kita. Apakah mereka yang menyokong dan bangga dengan camputangan asing ini juga bangga negara ini disebut rotten? atau meraka tetap menyokong apa-apa dan sesiapa juga yang anti kerajaan Malaysia?

Bila Pengarah Filem Lucah, Anna Arrowsmith, dari Britain mengumumkan bertanding kerusi Parlimen, jelaslah kepada kita bahawa "if he did, so what!!", perkataan yang diungkapkan aktivist GHLS Australia, tidak menjadi masalah kepada mereka yang subscribe kepada budaya Barat.

Jika DSAI really did it, berapa ramaikah rakyat Malaysia yang masih juga memilih DSAI sebagai pemimpin mereka? Adakah TGNA akan menjadi insan yang tetap berada di sisi DSAI dan membelanya dalam segenap isu?

2 comments:

Anonymous said...

Heeee

SO WHAT?

Anonymous said...

Macam yang mereka tu cakap... SO WHAT?? DSAI pun awal-awal lagi dah tahu dia akan didapati bersalah.. SO WHAT??

Pada parti pembangkang.. semua yang salah dan haram itu TIDAK SALAH dan HARAM bagi mereka.. SO WHAT!!!