Translate

Saturday, March 13, 2010

Cukuplah DSAI, Enough is Enough.

"Tak Penat kee Anwar belakon. Bertaubatlah!". Cukuplah!!. Enough is enough.

Cukuplah. Enough is enough!. Kalo Tidak Dapat Behenti Berpolitik, Berhentilah Berbohong. September 16 tidak akan padam dalam ingatan rakyat. Ianya satu pembohongan politik yang maha dasyat. "I have the number", merujuk kepada lebih 30 MP BN, terutama dari Sabah dan Sarawak, yang kononnya menyertai Pakatan Pembangkang bagi merampas Kerajaan dari Barisan Nasional adalah sesuatu kenyataan yang memalukan.

Apabila Karpal Singh sendiri menyeru supaya DSAI bertaubat, digantikan dengan pemimpin lain, berikutan dengan kejatuhan kerajaan Pakatan pembangkang di Perak, sesungguhnya itu satu pelanggaran etika politik yang amat teruk, menghina dan memalukan bagi DSAI. Kenapa Karpal Singh tidak diambil tindakan tatatertib?

Tiada siapa yang dapat menyangkal bahawa "hutang budi" DSAI dan keluarganya terhadap YB Zulkifli Noordin terlalu besar. Dari gerakan reformasi, Sodomi I, sehingga menawarkan Kerusi MP Kulim Bandar Baharu untuk DSAI bertanding sebelum Permatang Pauh diserahkan Wan Aziziah sehinggalah ke hal ehwal peribadi "yang sulit", Zul telah berkorban. Kekonyong-konyong Zulkifli dipecat. Sudahlah dipecat, dicabar pula untuk mengosongkan kerusi MPnya, dan cuba diungkit serba serbi untuk memperkecilkan sumbangannya dan keperibadiannya.

Adakah di antara orang PAS yang sanggup berkorban seperi yang Zulkifli Noordin lakukan terhadap DSAI dan Keluarganya? Adakah jaminan bahawa PAS tidak akan dihumban ke lembah yang lebih hina oleh DSAI dan kuncu-kuncunya?

Rekod DSAI dengan PAS masih tersimpan dalam lipatan. Rakyat tidak dengan mudah melupakannya:-
“Para pemimpin PAS janganlah menjadikan diri mereka sebagai pelawak sarkas yang hanya menjadi bahan untuk orang lain mengaut keuntungan, sedang mereka hanyut dalam tepukan. PAS kini telah sedia diperalatkan oleh golongan pelampau yang bencikan Islam dan Bangsa Melayu serta mahu segala keistimewaan orang Melayu dihapuskan-ANWAR IBRAHIM, 22 MAC, 1987 Mesyuarat Perwakian UMNO Bahagian Parit, PERAK.
Cukuplah Kalo Tidak Dapat Behenti Berpolitik , Berhentilah Berbohong.Bukankah DSAI marahkan Utusan Malaysia dengan mengecap UM sebagai melakukan kerja "biadap dan jijik" apabila melapurkan kisah "Saya tidak sanggup diliwat lagi". Konon DSAI kata ini menghina mahkamah. Cukuplah DSAI. Tak sedarkah DSAI bahawa DSAIlah yang terus-terusn membawa Sodomi II di merata pentas di seluruh negara bahkan disetiap negara yang dilawati DSAI diluar negara.. Ini lagi menghina mahkamah. Bukankah ribuan risalah mengenai Sodomi II yang disebarkan oelh pencacai DSAI dan Azmin Ali? Apakah DSAI juga mengatakan dirinya "biadab dan jijik"?

Kenapa DSAI tidal lansung memberikan gambaran yang berkualiti dan berprofessionalisma  dalam menghadapi kemelur supaya generasi mudah dapat mencontohinya? Apakah DSAI sudah mengabaikan golongan muda dan mengamggap mereka sudah taksub dan seperti kerbau dicucuk hidung??

Apakah ini strategi DSAI supaya dia didakwa dengan kes yang lain, menghina mahkamah, supaya akan bertimbun lagi isu yang boleh dijaja di sepanjang jalan? Atau DSAI lebih trla ditangkap menggunakan ISA kerana itu dia tidak segan silu mengutuk dan memprovokasi kerajaan dan pihak keselamatan walaupun mengenai isu-isu yang melampaui batas?

TGNA dan TGHH lebih tahu DSAI perlu bertaubat. Karpal Singh sudahpun menyeru DSAI supaya bertaubat. PAS, TGHH dan TGNA bila lagi?

1 comment:

Pejuang Bangsa said...

DSAI tak akan penat bro ...

selagi tidak dpt jawatan PM dan berkuasa d Putrajaya , beliau sanggup buat apa sahaja dan sanggup menghalalkan yg haram ...