Translate

Friday, March 12, 2010

PAS "in denial"-Minoriti Yang Jadi Tunggangan Ampuh

TGHH sudah melupakan konsep mengenali jamaah dalam ertikata yang sebenar-benarnya.
Kalau nak kata SL cuba melaga-lagakan ahli-ahli Pakatan Pembangkang, katalah sepuasnya. SL tetap akan mempaparkan kebenaran. "Selagi Kamu Berkata Benar" memang menjadi slogan SL. Kalo balaci-balaci Pakatan Pembangkang geram, geramlah sepuasnya. Di luar sana ada rakyat yang menilai dan sedang memerhati "KEBENARAN".

Walau sebusuk mana pandang "saudara-saudara" SL dalam PAS terhadap SL, pandanglah sebusuk busuknya, namun kebenaran akan tetap berdiri di mahkotanya.

Pemimpin PAS dan segelintir penyokong dan ahli-ahli PAS sedang berada "in the stage of in denial". Mereka cuba menafikan bahawa nereka menjadi individu yang tegas terhadap hukum hakam Islam tertapi sebenarnya mereka cuba menelan "pahit" kemusnahan idelogi mereka yang tergadai kerana objektif dan matlamat yang berubah. Matlamat PAS berubah dari "silidifying" ajaran Islam ke matlamat politik dan kuasa meskipun beberapa langkah yang kufar terpaksa ditelan dan dilayan. Mereka cuna mengatakan bahawa martabat Islam diangkat dan cuba menfikan bahawa maruah Islam diinjak-injak kerana matlamat kuasa politik dan gagasan merampas Putrajaya!

PAS ternyata cuba melanyak bekas pemimpin mereka yang dipecat dari PKR, Zulkifli Noordin kerana Zul mempertahankan "kesucian Islam dan menyanggah sebarang usaha yang mengancam ajaran Islam". Bila Wan Azizah mengatakan Zul dipecat kerana menjaga perasaan rakan pakatan dan sesuai dengan kehendak dan tuntutan sejagat, tida seorang rakan PAS yang membela Zul. Rata-rata mengutuk kecuali Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu sedia mempertimbangkan penyertaan Zulkifli ke dalam PAS. Itupun dia terpaksa berdiam diri menelan pahit setelah balaci-bali PAS mula "menembak" Zul. Bukankan Datuk Tuan Ibrahim kini "in denial"?

Amaran Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat,:Azman Shapawi Abd Rani. “Jadi, kepada mana-mana Ahli Parlimen yang masih bersikap demikian (kritik terbuka), segeralah muhasabah dan baiki diri supaya tidak dikenakan tindakan serupa dengan Zulkifli. Seolah-olah Azman lupa bahawa Zul hanya menegakkan Prinsip Islam yang menjadi pegangannya. Apakah Pemuda PAS sudah tidak lagi kisah dengan prinsip Islam? Atau Prinsip Islam pemuda PAS berbeza dengan prinsip Islam Zul?

Bila Zul menyatakan bahawa "Membiarkan panel Lembaga bukan Islam membicarakan seorang Muslim mengenai aqidah, syariat dan dan agamanya adalah satu penghinaan besar terhadap Islam". tiada seorangpun orang Islam PAS yang bersuara. Apakah mereka sudah melupakan ideolgi Islam seperti yang MD Nijar Jamaludin, mantan MB Perak katakan (lebih kurang) "bahawa tunjukkan dalam mana-mana manuskrip PAS yang PAS nak tubuhkan kerajaan dan sistem pemerintahan Islam".

Apa sudah jadi dengan "take beer" yang menyebabkan Pesuruhjaya PAS Dr. Hassan Ali diancam sendiri oleh pimpinan utama PAS kerana dia menyanggah keputusan Ronnie Liew (DAP)? Kenapa Elizabeth Wong yang "bogel" dan disyaki mengadakan hubungan sex rambang lebih dipandang mulia dan berada di pentas PAS berbanding Dato Shahrizat Abdul Jalil atau YB Datuk Shiriln Zulkifli? PAS nyata "in denial".
PAS pula kini menjadi kuda tunggangan PKR dan DAP malah sanggup mengikut jejak langkah rakan mereka walaupun terpaksa menggadaikan dasar yang menjadi pegangan parti itu. Ini terbukti apabila PAS Kelantan sanggup membatalkan sambutan maulidur rasul bagi mengikut jejak langkah kerajaan Pulau Pinang. (i"n denial") Malah PAS juga dilihat tidak konsisten dalam mempertahankan isu penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam. Ada kala PAS senada dengan apa yang dilaungkan Umno dan ada kalanya ia mengikut rentak rakannya daripada PKR, ini semua kerana mahu mengaburi mata rakyat yang kononnya mereka senada dan seirama. Sudah tiba masanya untuk pemimpin PAS sedar akan keupayaan mereka sebagai sebuah parti pembangkang yang tidak perlu menumpang mana-mana parti. Sepanjang usianya PAS mampu menghadapi segala dugaan dan tetap utuh bertahan walaupun beberapa parti sebelum ini seperti Semangat 46, berkubur. [paparan penuh di sini]
Di Pulau Pinang, nyata jelas bahawa keputusan merobohkan gerai-gerai perniagaan Melayu direstui LGE, KM Pulau Pinang. PAS pulau Pinang Pula sanggup menuduh bahawa keputusan meroboh Gerai itu ada dibuat Barisan Nasional. Naujubillah.

PAS perlu sedar bahawa gabungan DAP dan PKR mampu memaksa mereka untuk tunduk pada kemahuan mereka. Dalam PKR, terdapat pemimpin-pemimpin berkulit PKR tetapi berisi DAP. Selama ini PKRlah yang membujuk, memujuk dan merayu PAS untuk membuka ruang kepada tolerasi yang memusnahkan nilai dan ideologi PAS.

Jika TGNA mengatakan PAS tidak boleh bekerjasana dengan UMNO dan menolak Kerajaan Perpaduan kerana UMNO memisahkan politik dengan agama, Apakah DAP dan PKR menyatukan Islam dengan politik mereka? Apakah DAP dan PKR lebih menekankan Islam berbandng UMNO? Atau sebenarnya TGNA juga "in denial" semata-mata kerana termakan pujukan, rayuan DSAI dan kumat kami LKS mengenai putrajaya!

Jika PAS leka, kedudukannya yang memiliki minoriti kerusi Parliment berbanding PKR dan DAP ini sudah pasti PAS menjadi minoriti tunggangan PKR dan DAP. Jika PAS terus leka, Pastinya PAS akan hilang "kuasa negosiasi" berbanding DAP dan PKR dengan demikan jadilah PAS akur dengan kehendak dan kemahuan mereka (DAP dan PKR). Bila PAS terus in denial, at the end of the day, PAS akan mendapati bahawa kesepakatan itu menguburkan ideologinya.

RELATED:
-PAS-DAP KAWAN SETIA ? What the hell is this? Penduduk buntu diarah keluar dari tanah sendiri

No comments: