Translate

Wednesday, March 10, 2010

Putrajaya! Putrajaya! Putrajaya! Terpedaya!

 
Putrajaya! Putrajaya Putrajaya. Itulah perkataan yang melekat di bibir Kit Siang. Anda jangan terperdaya. Uncle Lim, Silap tu; itu bukan Putrajaya!
“DAP komited pada satu matlamat, (iaitu) menuju ke Putrajaya. Anwar akan terus menjadi ketua pembangkang sehinggalah beliau menjadi Perdana Menteri (Pada suatu masa nanti)..Veteran opposition leader Lim Kit Siang today predicted the Pakatan Rakyat will have an easier time at the next general election if the government jails Datuk Seri Anwar Ibrahim for sodomy"-Kit Siang
Itulah antara ungkapan LKS yang membuat DSAI pijak semutpun tak mati. Teruja dan cair. Inilah faktor yang menyebabkan PKR sudah terlalu ghairah kendatipun terpaksa mengorbankan pemimpin-pemimpinnya yang telah mengangkat nama PKR dalam arena politik Malaysia. Setakat ini 4 Ahli parlimen PKR dan 5 Ahli Dewan Undangan Negeri dari PKR telah meninggalkan parti itu. Manakala 1 orang Adun dari DAP meninggalkan parti itu. Macammana dapat ke Putrajaya?

Kerusi Parlimen
  1. Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed
  2. Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng
  3. Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu Zulkifli Noordin (dipecat)
  4. Ahli Parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri
Kerusi DUN
  1. Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi
  2. Adun Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu
  3. Adun Ngemah, Gabriel Adit Demong
  4. Adun Lunas, Md Radzi Salleh
  5. Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah
  6. Adun Jelapang Hee Yit Foong (DAP)
Ramalan akan ramai lagi yang meninggalkan PKR dan Pakatan Rakyat disebut di segenap ceruk. Jadi janganlah ada pihak yang kemaruk politik putrajaya sehingga terperdaya dengan ungkapan lali Kit Siang. Putrajaya! Putrajaya! Putrajaya! TERPERDAYA akhirnya.

2 comments:

Anonymous said...

Beberapa soalan kepada org2 melayu dari puak2 PR.

1) Jika mereka berjaya ke Putrajaya apakah kepastian yg mereka ada bahawa perlembagaan tidak akan ditukar untuk memansuhkan keistimewaan agama Islam sebagai agama rasmi, kedaulatan institusi Di Raja tetap terpelihara serta hak org melayu sebagai bumiputra terus dikekalkan
2) Siapa pengganti selepas Anuar? Kalipah dari Penag ke?
3) Apakan jaminan yg mereka ada bahawa janji2 puak2 tu akan dikotakan sedangkan di peringkat negeri pun belum berapa terlaksana

Sebenarnya byk lagi soalan2 saya tapi cukuplah setakat ini...

andakmaon said...

Kit Siang adalah seorang politikus yg licik . Strateginya mengangkat Anwar adalah untuk mempastikan Dinasti Lim terus kekal di Pulau Pinang. Itulah sebenar matlamatnya .Putrajaya tak penting baginya .Itu semua slogan untuk memancing rakyat untuk memberi perhatian kepada kerusi parlimen.
Kerajaan BN hari ini patut menyingkirkan orang-orang Pak Lah di Pulau Pinang jika berangan hendak mengambil semula Pulau Mutiara itu. Mereka ini hanya pandai bercakap tapi tak tahu buat kerja hingga negeri PM pun boleh kalah dalam PRU 12 yg lalu.