Translate

Monday, March 8, 2010

Parti Self Destruct Melampau: Apakah NILAI dan KEMANUSIAAN seperti ini yang anda harapkan untuk memimpin negara?

 
Gambar Kenangan Zulkifli Noordin dengan Keluarga DSAI meskipun jasa dan pengorbannya kepada mereka tidak lagi dikenang.
PKR president Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail has challenged Kulim-Bandar Baharu MP Zulkifli Noordin to quit as MP and prove he is still wanted by the voters...“If he is a man of principle, he should vacate his seat and allow the electorate to decide on his fate. If you want to fight, if you want to criticise, then criticise the rivals, not colleagues,” she said in her speech at the Selangor Pakatan Rakyat Convention here yesterday.-[more]
Melampau sungguh budaya PKR ini!. YB. Zulkifli Noordin, MP Kulim Bandar Baharu, selepas dipecat, didesak pula lagi untuk mengosongkan kerusi MPnya. Tidak Zalim kah perbuatan yang melampau ini?. Di mana NILAI dan KEMANUSIAAN insan yang bergelar manusia dan pemimpin? Tidak fahamkah mereka bahawa kerusi MP itu masih Hak Legitimate YB Zul mengikut  hak demokrasi dan sistem perundangan Malaysia dan antarabangsa. Kenapa main rembat dan hentam keromo saja?

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR sendiri sudah terpalit dengan perbuatan yang melampau dalam politik, tanpa peri kemanusiaan, tanpa setiakawan dan sikap tidak mengenang budi. Rupanya politik PKR membuat manusia hilang pertimbangan yang waras.  YB. Zul mengeluarkan kenyataan berikut:-
"Dan kini, setelah menzalimi saya dan menjadikan saya mangsa mainan Fir’aun-Fir’aun Kecil ini, DSWA mahukan saya mengosongkan kerusi Parliment kononnya atas dasar prinsip demokrasi dan keadilan. Look who’s talking!?.....Jawatan Presiden yang beliau pegang sekadar menghalalkan Fir’aun-Fir’aun Kecil bermaharajalela di dalam PKR untuk menjahanamkan Islam dan institusi Islam. Sudahkah beliau lupa bagaimana Fir’aun-Fir’aun Kecil ini menyebabkan beliau sampai menangis dikerjakan mereka. Dan siapa yang sentiasa mempertahankan beliau, menjadi ‘the shoulder for her to cry on’ beliau kalau bukan saya!"-[Selanjutnya di sini]
Kejadian yang menimpa YB Zul ini perlu dijadikan iktibar oleh pemimpin yang lain. Lihatlah pengorbanan YB Zul yang dikorbankan PKR semata-mata ingin mengekalkan sokongan tertentu terutama yang disebut "Fir'aun kecil-Fir'aun kecil" oleh YB Zul. Bandingkan pengorbanan anda dalam parti dan keluarga DSAI dengan pengorban YB Zul. Apakah anda kalis untuk dikorbankan? Apakah tindakan Presiden itu mengenang budi?. Apakah NILAI dan KEMANUSIAAN seperti ini yang anda harapkan untuk memimpin negara? 

Kacang sudah lupakan kulitnya...Bravo Amigo atas ketegasan dan  kesabaran anda YB Zul. Sesungguhnya tidak ada siapa-siapa dan apa-apa yang dapat mengambil dari darimu apa-apa hak yang dikurniakan Allah SWT dan ditakdirkan Allah SWT untukmu dan ke atasmu.

3 comments:

CINTA DUNIA said...

Sdr.Liza..,

Jika sekiranya terdapat pemimpin UMNO yang mengkritik parti dan presiden UMNO secara terbuka, apakah pemimpin itu dijamin tidak akan diambil tindakan atau dipecat dari UMNO ?

Mordecai Kucai said...

Budak budak pun tau tu. Azizah buat kenyataan budak budak....

Umpama perkataan: "Kalau kau betul betul kaya cuba beri aku sejongkong emas!"

Malu betul fikiran lemah.

PKR Adalah parti untuk Anwar sekeluarga.

PKR = PARTI KELUARGA ROSAK

Anak X-PKR said...

Datu Sulaiman jangan berpura-pura tak tahu. YB Zul bertegas kerana pendiriannya mengenai Kalimah Allah dan dan ancaman terhadap agama Islam. Dia tak kritik Azizah sebelum dipecat dan diancam Azizah utk mengosongkan kerusi MPnya. Apa Datu tak pandai membaca kee?.

Datu belajarlah membaca sikit sikit lama-lama jadi bukit. Kalau tidak bekulah otak seperti sekarang ini,sempit.

Tak apa barangkali sebelum PRU 13, PKR Sudah meninggal dunia!