Translate

Thursday, March 11, 2010

PAS: Bersama UMNO VS Bersama DAP.

Kenapa kita sering mencari perbezaan dan melupakan persamaan dalam persaingan?
“Berpandukan pengalaman lepas, PAS pernah membuat persetujuan masuk BN, maka ada yang menyokong dan menentang, sehingga ada kecelaruan dan munculnya golongan yang menentang kemasukan PAS dalam BN seperti mana munculnya Bebas Bersatu sebagai serpihan PAS. “Akibatnya lagi muncul pula Berjasa ketika PAS diambang kekalahan selepas diganyang Umno melalui peristiwa darurat 1977. “Semuanya adalah nilai dan kesan pengorbanan besar PAS atas semata-mata ingin bersama Umno,” TGNA.-Read more
-------------VERSUS------------
 However, the strain increased after PAS's election victory and the minority parties' realization that they were losing votes to the fear of an Islamic state. Shortly after the September 11, 2001 attacks, the DAP announced its withdrawal from the Barisan Alternatif on September 21, 2001. The split has led to infighting between the opposition parties in the 2004 general election. As they could not agree in the allocation of seats in each state, many seats had multiple contestants. Ties between Keadilan and PAS were also strained, as was evident in PAS' refusal to support Parti Rakyat Malaysia's bid in the Kota Bharu parliamentary seat.- Read more
Jika PAS menjadikan alasan bahawa UMNO pernah menyakitinya 24 tahun yang lalu (1977), DAP juga pernah menyakiti PAS 10 tahun yang lalu (2001). Menurut rekod, PAS dan UMNO dalam tahun 1977 berpecah kerana "pergelutan politik sesama pemimpin politik". Manakala DAP dan PAS berpecah pada tahun 2001 adalah "kerana perbezaan ideologi dan  matlamat politik".

Dari segi idelogi, PAS-UMNO mempunyai banyak persamaan. Perbezaan PAS-UMNO yang digembar-gembur kini oleh kedua-dua parti hanya lebih kelihatan sebagai desakan dan momokan persaingan politik semata-mata BUKAN pertentangan ideologi di kalangan pemimpin-pemimpinnya per se.

Persaingan merebut kuasa politik dan pola keahlian yang sama antara UMNO dan PAS menjadikan situasi saling mencari danmemberi penekanan terhadap perbezaan antara satu dengan yang lain sambil terus berusaha mengenepikan dan melupakan hakikat sebenarnya bahawa persamaan UMNO-PAS melebihi perbezaan, samada pola keahlian dan ideologi politik. Persaingan PAS-UMNO telah berjalan melebihi 24 tahun menyebabkan "kesumat dan dendam", sakit hati dan seumpamanya telah menebal dan terbuku dengan mendalam di kalangan pemimpin-terutamanya dan ahli-ahli yang fanatik khasnya.

PAS dan DAP pernah berpecah 10 tahun yang lalu. Tetapi mereka mempunyai persamaan objektif yakni menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional dan membentuk kerajaan atau mendapatkan kuasa. Well, ultimate goal sesebuah parti siasah ialah "mendapat kuasa". Ultimate goal inilah yang mendekatkan semula PAD-DAP yang pernah terpisah. Ditambah pula dengan kehadiran PKR yang berusaha sedaya upaya mengikat silaturahim antara PAS-DAP, walaupun nyatanya kedua parti ini mempunyai ideologi yang jauh berbeza.

PAS asalnya adalah dari "Tulang Rusuk UMNO". Sebahagian PKR adalah dari UMNO dan sebahagian besarnya lahir sebagai "bayi" dari didikan dan induktrinasi atau tarbiyah DAP. Sehingga kini PKR kelihatan sebagai perantara hubungan PAS-DAP kerana dalam darah PKR, mengalir idelogi PAS dan DAP. Justifikasi yang jelas ialah bekas-bekas calon DAP yang gagal dalam PRU 11 mampu meraih sokongan yang memenangkan mereka dengan majoriti yang besar di atas tiket PKR. Bekas ahli-ahli PAS yang bertanding atas tiket PKR juga mampu meraih sokongan yang kuat dan mengalahkan BN. Jelas dengan kesepakatan itu, BN kehilangan majoriti 2/3 dalam parlimen di tangan Pakatan Pembangkang an BN kehilangan kuasa di 4 Negeri di Semenanjung Malaysia..

Perbezaan ideologi tidak menjamin keutuhan hubungan parti-parti dalam Pakatan Pembangkang. Kenyataan ini adalah benar apabila 4 MP dan 6 ADUN Pakatan Pembangkang bertindak meninggalkan parti. Katakanlah apa saja mengenai peribadi mereka , namun fundamentalnya, mereka meninggalkan parti kerana "PERBEZAAN IDEOLOGI" sehingga berlaku krisis kepimpinan dalam parti yang sukar dikawal.

Perbezaan Idelogi inilah yang mendasari Pakatan Pembangkang sehingga sukar dinafikan bahawa mereka "very vulnerable" untuk berbalah dan akhirnya berpecah.

Adakah jaminan bahawa Pakatan Pembangkang yang berbeza ideolgi antara satu dengan yang lain dapat mewujudkan "KERAJAAN YANG STABIL"?

Kenapa PAS masih menggunakan insiden 27 tahun yang lalu sebagai alasan untuk tidak dapat berkerjasama dengan UMNO atau menjahanamkannya? Kenapa PAS dapat melupakan peristiwa yang berlaku hanya 10 tahun yang lalu dengan DAP sedangkan mereka mempunyai jurang perbezaan ideogi yang amat luas?

Theoretically, jika UMNO dan PAS bersatu dalam Barisan Nasional bersama komponen yang lain, anxiety politik tanahair akan berakhir dengan serta merta. Pastinya PAS akan lebih selesa menanamkan dan menyuburkan ideolgi Islamnya yang sebenarnya bersama orang Melayu dan Islam, tanpa perlu mentarbiyahkan masyarakat Bukan Islam dalam DAP dan PKR. Bukan Islam pastinya TIDAK akan selesa dengan Islamisasi ahli-ahli mereka yang Bukan Islam. Ke arah inilah Kerajaan Sistem Dua Parti lebih logikal untuk difikirkan. Barangkali Pakatan Rakyat-Barisan Nasional?.

Akan timbulkah seseorang, kumpulan atau organisasi yang dapat menghubungkan UMNO-PAS seperti bersatunya Kumpulan Muhajirin dan Ansar? Akan mampukah pemimpin-pemimpin di dalam organisasi ini menghimpun segala persamaan yang begitu banyak bagi menutupi perbezaan yang amat sedikit ini sehinga mereka dapat melupakan kepedihan yang berlaku lebih 24 tahun yang lalu?


Related
-PAS DALAM PAKATAN RAKYAT
-Pakatan Rakyat Malaysia-self-destruct 

2 comments:

Suri Rumah said...

Salam SL,

Yang menghairankan ialah Kenapa PAS terlalu tunduk kepada DAP sedangkan DAP adalah musuh ideologi PAS yang nyata?

PAS akan kehilangan penyokong sebenarnya jika ianya berterusan menyokong dan tunduk kpd DAP.

JomoSamaTuaran said...

PAS sudah diliwat teruk oleh DAP, tentulah kerana malu dan hina, mereka terlalu sukar untuk meninggalkan DAP.

Berkawan dengan kumpulan yang jelas dan nyata memusuhi ISLAM itu adalah JIHAD untuk anggota PAS Malaysia. Alhamdulillah.
Teruskan kemungkaran, ikutilah TGNA ke lubang NERAKA. Insyaallah..