Translate

Monday, March 8, 2010

Parti Self Destruct-Sulit akan dideclassify Ke Sungai Buloh?.

Saya percaya kalau sikap ini berterusan, bukan sahaja impian ke Putrajaya akan musnah, malahan saya khuatir peta perjalanan akan berubah ke Sg. Buloh pula!

Ramai yang menyedari bahawa YB. Zulkifli Noordin adalah team pasukan pembelaan DSAI dalam Sodomi I. 12 tahun bersama mengharungi pahit manis bersama DSAI dan keluarganya namun berakhir dengan tragis. YB Zul dipecat dan disesak mengosongkan MP Kulim Bandar Baharu.

Selama ini para blogger dan ramai lagi di luar sana mengatakan bahawa PKR hanyalah "alat" yang diperguna pihak lain untuk mencapai angan rakus politik mereka. Kini kenyataan itu disahkan sendiri oleh YB Zul setelah dia dipecat. Malah mengsyorkan Presiden PKR meninggalkan perjuangan PKR jika dia benar-benar berpegang kepada prinsip kepimpinan bertanggungjawab dan demokrasi.
Malahan makin lama makin terbukti beliau sekadar menjadi alat penghias mukadepan bagi Fir’aun-Fir’aun Kecil yang mengelilingi beliau. Kalau benar DSWA memegang kapada prinsip kepimpinan bertanggungjawab dan demokrasi, beliau tidak akan menunggu walau sesaat untuk meletakkan jawatan sebagai Presiden PKR. Saya percaya kalau sikap ini berterusan, bukan sahaja impian ke Putrajaya akan musnah, malahan saya khuatir peta perjalanan akan berubah ke Sg. Buloh pula! [Selanjutnya di sini]
Penyataan YB Zul ini bukan sekadar menggambarkan PKR semata-mata Ia juga jelas menggambarkan kedudukan PAS dalam Pakatan Pembangkang. walaupun Zul tidak menyentuhnya Terlalu ramai yang melihat PAS sebagai "alat dan diperalat". Baru saja kita melihat Mustafa Ali mengampu LGE di Pulau Pinang sempena perayaan Ulang tahun ke II Pr di Pulau Pinang. Apakah itu hanya "a tip of iceberg"?

Apakah juga dalam PAS Fir'aun kecil bermaharajalela? Apakah para penyokong dan pejuang sanggup dikuasai Fir'au-fir'aun kecil ini semata-mata kerana pangkat duniawi dan memenuhi tuntutan berahi ke Putrajaya yang kepastiannya terlau jauh dan semakin jauh kini?

Kita akan nantikan kerisauan YB Zul mengenai "Perjalanan yang khuatiri berubah ke Sungai Buloh. Sebagai team Sodomi I dia pasti menggenggam segumpal informasi yang "sulit" bagi Sodomi II. Apakah dia akan dipaksa PKR untuk declassify informasi sulit itu?

No comments: