Translate

Friday, March 12, 2010

KAMI SUDAH JEMU DENGAN PEMBOHONGAN DAN POLITIK MAIN KASAR"

"fake smile": Lihat senyumnya dan matanya-Tersembunyi Nilai Kepimpinan yang kian luntur.

Anwar sudah tidak lagi kisah dengan  tindakan polis  dan pihak keselamatan sejak dia "dikeluarkan" oleh Tun Pak Lah dari penjara. Dia sudah terlalu yakin bahawa dia "untouchable". Kerana keyakinan ini lah DSAI lepas bebas bercakap mengenai apa jua isu. Menuduh orang membunuh, mengecap polis sebagai anjing kerajaan, rasuah, perampok, perampas harta rakyat dan sebagainya. Tapi ucapannya disuburi dengan tuduhan bahawa orang lain pula memfitnahnya. Kenapa dia terlalu kecut menghadapi saiful jika Sodomi II itu sebenarnya fitnah?

Oleh kerana DSAI bercakap lepas bebas ini, sebahagian masyarakat yang sudah mula adopt peradaban yang serupa. Bayangkan seorang kanak-kanak semasa penamaan calon PRK Batang Ai, Sarawak, yang tidak faham apa-apa tetapi melaungkan "reformasi! dan altantuya!".

Media lepas bebas tanpa menghiraukan sesitiviti kaum dan agama. Tidak pernah keadaan seteruk ini berlaku sebelum DSAI bebas dari penjara dan semasa dan selepas PRU12. Apakah begini rupa bentuk masyarakat yang hendak dibina DSAI berpaksikan "human rights" dan tuntutan demokrasi yang dicanangkannya? Apakah rupa bentuk society yang ingin dibina DSAI? Apakah aman negara ini jika semua penduduknya bebas lepas bercakap seperti DSAI?

Perjumpaan parti tak perlu apply permit supaya dapat mewujudkan suasana huru hara apabila polis mula mengambil tindakan. Sekurang-kurangnya dapat dijadikan modal bahawa kerajaan menzalimi perjumpaan rakyat. Demonstrasi haram yang digunakan untuk meraih sokongan dan simpati tanpa memperduli kesan dan kerugian pihak lain. Selepas itu, diperguna suasana untuk membakar semangat supaya rakyat bangkit menentang kerajaan. Bila polis bertindak, mulalah menuduh pihak kerajaan menzalimi rakyat dan kerajaan gagal mengawal keadaan dan suasana. Siapa yang mewujudkan keadaan seperti itu? Najib dan Rosmah?

Kini "kuasa rakyat" sudah tidak lagi cenderung ke arah itu. Rakyat sudah mula muak. Pemimpin-pemimpin PKR juga sudah muak sehingga bertindak meninggalkan PKR dan Pakatan Pembangkang. Jika kita tanya rakyat kenapa mereka muak, pasti jawabannya "KAMI SUDAH JEMU DENGAN  PEMBOHONGAN DAN POLITIK MAIN KASAR dan GANAS ".

berikut adalah sekelumit dari amalan DSAI yang memakan dirinya dan melemahkan partinya:-
Saya melihat tindakan berterusan polis....ada usaha menakut-nakutkan dengan menggunakan polis. Saya terpaksa berurusan dengan tiga laporan polis yang difailkan oleh polis sendiri dan satu lagi oleh rakyat yang mendakwa prihatin,”....“Kami menentang keras tindakan menakut-nakutkan oleh polis yang berterusan ini. Kami juga menentang keras bagaimana polis digunakan oleh kepimpinan Datuk Seri Najib dan Rosmah dari Umno untuk menghalang proses demokrasi di negara ini. Jika ini caranya untuk menakutkan kami, maka saya boleh memberi jaminan bagi pihak Pakatan Rakyat bahawa ia tidak kisah langsung kepada kami,” Anwar Ibrahim. Paparan penuh di sini
Rakyat tidak lagi sanggup diperalat. Mereka sudah mula menilai kebenaran. Mereka sudah muak dengan berkarung-karung pembohongan lampau yang disangka mereka perjuangan menegakkan "kebenaran". Setelah mendapatinya bohong dan dusta belaka, mereka mula berpaling tadah, bukan menjadi pengkhianat tetapi tidak sanggup mengkhianati sesama mereka, kerana sebenarnya mereka ingin bangkit menentang pengkhianatan terutama terhadap agama, bangsa dan negara.

Mungkinkah DSAI bercakap lepas bebas kerana dia lebih bersedia terpenjara sekali lagi di bawah ISA dari menerima hukuman Sodomi II?

"anda mampu membohongi mereka pada sesuatu ketika dan beberapa masa. Tetapi anda tidak  akan mampu membohongi mereka sepanjang masa"

Imam Ghazali juga berkata,"Ada golongan ahli ilmu mengamalkan apa yang mereka ketahui, namun tujuan mereka bukanlah untuk mencari keredaan Allah tetapi untuk mencari pengaruh dan nama. Sehinggakan masyarakat mearasa ujub , taksub dan kagum terhadap mereka. Mereka asyik menghiaskan diri mereka dari sudut zahir sahaja sehingga mengabaikan perkara yang penting iaitu hati. Ketika mereka lupa musuh utama mereka adalah syaitan. Mereka mendakwa semua yang mereka lakukan bertujuan untuk memuliakan agama. Mereka bersama pemimpin yang zalim untuk memuji serta mendapat kasih sayang dan kelazatan dunia.”

1 comment:

YANG GAMBI said...

Salam SL, bagi dia, penjara sudah dalam permainan..... sebab itu biasanya banduan tidak akan pernah serik.....