Translate

Sunday, February 28, 2010

Ekonomi Malaysia Di Mata Anwar dan IMF Tak akan pernah baik Kecuali Anwar Perdana Menteri. (updated)

Pmbohongan Ekonomi Malaysia Retak dan Bakal Berkecai:  Anwar hanya mengungkapkan Bisikan Syaitan IMF sebagai muslihat yang teramat busuk dan meloyakan. Realitinya Pertumbuhan ekonomi Negara adalah positif.

Jika anda bukan Pakar ekonomi anda tidak boleh berbahas dengan DSAI kerana dia ditarbiyah oleh IMF mengenai ekonomi Malaysia dan ekonomi negara-negara ASEAN dan Asia. lengkap dengan stastistik yang amat mengelirukan.

Malangnya "tukang tarbiyah ekonomi" DSAI ini adalah "tukang tarbiyah ekonomi ajaran sesat" yang sekian lama telah menyesatkan ekonomi Asia sendiri dengan manipulasi data yang direkayasa untuk menyebelahi kehendak dan kemahuannya bagi menarik atau menghalau pelaburan. atau meminta bantuan IMFnya. Pelabur utama dunia tidak menenerima ketetapan statistik IMF kerana mereka tidak mempercayainya. Yang Percaya statistik IMF ialah Anwar dan kuncu-kuncunya di Malaysia. Itupun percaya untuk menggunakannya sebagai mengaburi mata rakyat BUKAN mempercayainya sebagai statistik yang signifikan dan valid dan legitimate.

Anda pasti ingat IMF. IMF ialah institusi yang telah cuba menjahanamkan ekonomi Malaysia pada tahun 1997-1998. Sebekum itu IMF telah mendesak DSAI sebagai Menteri kewangan masa itu supaya menaikkan kadar bunga sehingga mencecah 15%. Muslihatnya ialah membuatkan institusi peminjam/kewangan bakal bankrup atau menanggung kerugian yang tinggi apakala nilai matawang negara dijatuhkan dengan mendadak oleh penyangak matawang dan spekulator  buas dan ganas yang di ketuai oleh George Soros. Matlamatnya ialah supaya Malaysia meminjam dan meminta bantuan dari IMF.

Syukulah kita kepada Allah SWT kerana telah memberi petunjuk kepada Perdana Menteri kita masa itu Tun Dr. Mahathir Muhamad yang tidak tunduk kepada tekanan IMF dan dapat menundukkan George Soros setelah nilai matawang Ringgit Malaysia di Peg RM3.80 Vs USD1.00.

 
(Gambar) Anwar, Paul Wolfowitz dan George Soros. Anwar dilihat sebagai alat British Untuk Menjajah Semula Negara Malaysia [di sini]

Bayangkan seorang "tahi judi" yang tauke judi tahu akan kalah dalam perjudian dan dipinjamkan duit ratusan jutaan ringgit untuk dia berjudi oleh tauke judi. Tauke judi itulah IMF. Apakah akan jadi kepada si tahi judi..?

IMFlah yang menjadi sandaran Anwar dalam melihat Ekonomi Malaysia. Oleh itu Jangan terperangkap dengan TARBIAH SESAT IMF. Semua statistik perbandingan pertumbuhan ekonomi VS Ekonomi Malaysia adalah JANGKAAN (ramalan) menurut perkiraan IMF. Semuanya unrealistik ataupun bukan pada keadaan sebenar. DISITULAH BELANG ANWAR CUBA MENYESATKAN minda rakyat Malaysia. Ikutilah kata-kata hipokrit Anwar dan tanya pemikiran waras anda setelah membaca petikan yang dikatakan DSAI, hero pujaan hati DAP, dan 50 MP pendokong gay , lesbian, homoseksual dan sodomi dari Auatralia  ini:-
"Anggaran terbaru yang dikeluarkan oleh IMF pada Oktober 2009 menunjukkan bagi tahun 2010, Malaysia dijangkakan akan tumbuh pada kadar yang paling lembap berbanding kumpulan negara-negara tadi (Korea Selatan, Singapura, Taiwan, Indonesia, Thailand, Filipina, malahan juga Vietnam.)."Walaupun ekonomi dunia dijangka akan mula pulih. Vietnam dijangka akan tumbuh pada kadar 2 kali ganda lebih baik dari Malaysia dan negara-negara lain akan berkembang pada kadar yang secara puratanya 50 peratus lebih pesat dari Malaysia," Anwar bin Ibrahim.  Paparan penuh muslihat di sini

Petikan di atas ada penyataan yang penuh dengan muslihat kotor. Semuanya di dasarkan kepada jangkaan dan unjuran yang disembunyikan dari pengetahuan pembaca. Apa unjurannya yang anda nampak? Dijangkakan unjurannya ialah LUBANG SAIFUL?

Saudara, Pertumbuhan ekonomi sebanyak 4.5% adalah pertumbuhan yang realistik. Dari segi ekonomi, pertumbuhan ekonomi BUKANlah sebagai penentu TAHAP KESEJAHTERAAN RAKYAT. Pertumbuhan ekonomi adalah tahap kompotitifnya kepesatan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara yang menjadi daya penarik kepada pelaburan asing untuk masuk melabur.

 
Tian Chua, Ketua Penerangan PKR merapatkan diri dengan George Soros. Soros menyimpan dendam dengan Tun Mahathir yang "humiliate" Soros setelah dia mengatakan Peg Sistem Tun Kuno tetapi berjaya mengaggalkan niat busuknya menyangak Ringgit Malaysia dan ekonomi Malaysia. Kenapa Musuh Negara menjadi Sahabat mereka?

Jadi kalau IMF mengatakan bahawa DIJANGKA EKONOMI MALAYSIA BUSUK anda tahulah niat dan muslihatnya. Pelabur akan menghindari Malaysia dan ekonomi negara akan terbantut dan rakyat Malaysia akan berontak maka PERDANA MENTERI, DS NAJIB TUN RAZAK akan disanggah rakyat dan ANWAR IBRAHIM DENGAN TARBIYAH IMF JADI PERDANA MENTERI.  Akhirnya ekonomi Malaysia akan diletak dihujung jari IMF dan cita-citanya bersama DSAI pada tahun 1997-1998 dapat direalisasaikan.

Gara-gara politik DSAI sejak pra PRU 12 hinggalah ke hari ini, banyak dilihat sebagai faktor yang menghalang dan mengurangkan pelabur untuk ke malaysia kerana takut ketidak stabilan politik Nrgara ini. DSAI adalah "main contibutor" terhadap ketidak stabilan ini kerana NIAT nya melemahkan kerajaan. Bukankan ini pengkhianatan?

Apakah kita mahu ekonomi dan politik kita dijajah?

SL sayang negara ini. Kita tidak ada negara lain. Malaysialah negara kita.

Ya Allah Ya Rabbi..selamatkan Malaysia dari para pemuslihat professional yang memperbodohkan rakyat sambil menyimpan niatnya yang buruk. Tumpaskanlah mereka yang bersekongkol dengan fahaman syaitan dan iblis yang menjadi seteru sekelian manusia dan anak cucu Adam. Amin. .

7 comments:

Anak X-PKR said...

Tahniah atas tulisan ini SL, Dapat menyedarkan saya mengenai keadaan ekonomi yg disebut siNuwar..

Saya fikir siNuwar terlalu sibok dengan SODOMI II maka dia hanya membaca skrip IMF. Betulkah di ada masa membuat menilaian pristasi ekonomi Thailan, Singapore, Vietnam, Philippine, Indonesia, Korea dan Taiwan? NO WAY...

Mordecai Kucai said...

Pertumbuhan kadar ekonomi setiap negara adalah pada nisbah 70% aktiviti ekonomi dalam negara dan 30% aktiviti ekonomi luar negeri.

Oleh itu jelas lah bagi negara yang penduduknya ramai pertumbuhan ekonominya mempunyai daya mampan lebih dari negara kecil seperti Malaysia.

Indonesia dengan rakyat seramai 200 juta, Vietnam 90 juta serta Thailand 60 juta sudah pasti mempunyai kekuatan aktiviti ekonomi dalam negara.

Anwar dengan curangnya menyembunyikan fakta ini. Sudah pasti pertumbuhan yang kita nikmati sekarang sudah cukup baik.

Singapura sendiri merana dan merudum dengan cepat semasa krisis ekonomi baru baru ini kerana ianya banyak bergantung kepada perdagangan luar negeri.

Anwar, Anwar. Tak sudah sudah selama 24 jam sehari memikirkan bagaimana untuk menjahanamkan negara sendiri.

Allah sahaja lah membalas budi baik kamu kepada negara kamu sendiri.

adf55650 said...

Anwar membuat kenyataan demikian sebab dia tau, pengikut2nya bukan tau dan tak kan faham tentang IMF. Dia tau pengikut PKR semuanya bodoh, ikut aje apa yang dia cakap. Yang mereka tau, setiap baris ayat Anwar cakap, mereka jerit'reformasi'.
Lebih kurang dalam kelas 'down syndrome' la. ikut que aje.

Unknown said...

Sejak bila anwar ni bijak. General degree, mengajar tingkat 6 di yayasan Anda tak berani.Ilmu retorik dia memang hebat, ilmu jenis ini dipraktikkan oleh senator dan ahli politik rom. Bab IMF ni, ini adalah jelmaan East Hindia Company.Jajah tanah nusantara dgn jalan dagang.Sedarlah.

kunyit hitam said...

Wa caya lu lah SL,Wa tak tahu lah si Anuar ni dulu ambil jurusan apa samasa di UM dulu wa terbaca juga anuar ni ambil jurusan kesustraan melayu itu pun tak lulus macam mana dia tahu pasal ekonomi.

YANG GAMBI said...

Salam SL, bukankah sudah selama-lamanya si AnuWar ini telah menjadi barua Yahudi dan penyangak ekonomi syaitan untuk menghancurkan ekonomi negara-negara miskin dan membangun...

Orang macam AnuWar inilah yg sangat-sangat dikehendaki oleh mereka, lebih-lebih lagi kalau datang dari negara Islam......

Rakyat perlu sedar dengan si gay ini... banyak sahabat2 yg satu spesis dengan AnuWar berkeliaran seluruh negara yg sekarang menjadi tulang belakang kepada si gay ini...

Sri Sangkir said...

Salam SL,
DIJANGKA PKR akan mengalamai kemarau panjang kerana ramai pemimpin utamanya, pemimpin sayap pemudanya dan wanita bakal menyusal, menyebabkan PKR DIJANGKA akan karam. Melihat akan keadaan ini DIANGGARKAN PKR terlalu sukar untuk mencapai ambang PRU 13.

(Lihatlah apa yang berlaku di Permatang Pauh- Ali-ahli Pemuda PKR meninggalkan PKR)