Translate

Monday, March 1, 2010

Lagu Wajib PR: "Telah Dibeli UMNO-BN"

 
Tiada siapa yang dapat menyangkal bahawa Fairus menunggu masa yang sesuai untuk menunaikan niat dan kemahuannya meninggalkan PKR.

Sejak berlakunya tindakan meninggalkan perjuangan pemimpin PR dan PKR dan seterusnya menyertai BN dan UMNO, Pakatan Pembangkang akan menyanyikan lagu wajib mereka "telah dibeli oleh UMNO-BN" atau "telah dirasuah dengan pangkat dan wang ringgit oleh BN-UMNO". Sumbang atau tidak sumbang, yang penting lagu wajib ini mesti juga didendangkan di corong-corong Youtube dan pentas-pentas terbuka.

Pemimpin-pemimpin PR khasnya PKR pula memang mempunyai kedudukan seperti YB. Ketua sayap dan sewaktu dengannya. Mereka meninggalkan PR dan PKR kerana hilang kepercayaan kepada perjuangan parti dan corak kepimpinan parti pembangkang yang sudah menunjukkan penindasan dan mengongkong.

YB Zulkifli Noordin pernah menuduh PKR menerima pemimpin "sampah UMNO". Namun BN tidak pernah menuduh mana-mana pihak dari PR menyertai BN-UMNO sebagai sampah Pakatan Rakyat. SL pasti YB Zul akan dihormati dan hargai setinggi gunung jika meninggalkan PKR dan menyertai BN-UMNO. Tetapi percayalah, Jika YB Zul meneruskan wadah perjuangan dan pendirian tegasnya dalam BN-UMNO dia pasti akan diberi tomahan wajib Pakatan Rakyat dengan lagu wajib, "Telah dibeli UMNO-BN".

Jika kita katakan Datuk Kalakau Untol yang menyertai PKR pada 28 Februari ini sebagai "telah dibeli PKR", walaupun tidak mungkin dibuat tuduhan oleh BN, lagunya memang terlalu sumbang. Dalam BN, lagu yang biasa kedengaran ialah "biarkan...biarkan....si luncai terjun dengan labu-labunya". Realitinya DSAI mungkin sudah dapat menilai samada dia telah memungut batu-batu kelikir, putera spade, atau permata di Sabah, specifically, di kampung Roun, Tuaran.

Khabarnya semakin ramai lagi yang akan meninggalkan PKR dan PR. Coming Soon. Agaknya PR dan PKR akan sebok menyanyi di Pentas dengan lagu "Kena Beli BN-UMNO". Merdu atau tidak bukan lagi perkara yang dinilai. Yang hampir pasti di perhati rakyat ialah Bahtera PKR semakin hanyut semakin menyusuli Titanic.

No comments: