Translate

Thursday, March 4, 2010

PAS, Bila lagi?

Bila lagi hanya PAS sebenar dan tulin yang lebih mengerti.

Parti Keadilan Rakyat, PKR, mengalami kebocoran yang bukan alang kepalang. Kini, PKR "fighting for survival". Sebagai politicl fighter, DSAI, will fight to the last breath tetapi rakyat menyedari "fighting a losing battle is unwise". Pada saat-saat genting inilah DSAI dan PKRnya tergamak menggunakan segala kudratnya dan segala kesempatan, konon sebagai menutupi aibnya dan aib familynya.

Memang sukar PAS dan pemimpin PAS menerima budaya "konfrantasi" yang mendasari perjuangan politik DSAI. Sesukar seorang yang jujur melakukan pembohongan. Tak pandai berbohong jangan berbohong!!

Fundamental perjuangan dan ideologi PAS ialah Islam. Period.

Jika fundamental ini dilanyak dan dikesampingkan, wajah dan wadah PAS akan berubah. Sokongan dan dokongan setia ahli dan penyokong PAS juga akan berubah. Pendokong sebenar dan tulin PAS tidak suka dan tidak gemar dengan politik huha huha. Adapun mereka yang huha-huha itu adalah species yang sudah dirasuki dengan candu politik yang amat berbisa. Bilangan mereka tidak ramai berbanding penyokong silent PAS yang kebal dengan ideologi PAS yang tulin.

Apapun doa TGNA, bagi mereka yang sudah kecanduan politik, beranggapan itu hampir mendekati sabda. Tidak boleh dipersoal dan haram bagi mereka menentang atau mengkritik. Hitampun hitamlah!. Idea Tok guru pantang disanggah dan haram disergah. Bagi pendokong ideologi PAS yang silent Al Quran dan Hadis tetap menjadi pegangan. Islam is their way of life, BUKAN idelogi Pakatan Pembangkang.

Sampai mana PKR dan DAP menafikan ideologi dan nawaitu perjuangan PAS yang menjadi jiwa dan nafas perjuangan PAS dan ahli-ahli setianya? Mampukan Pakatan rakyat menyapu jiwa dan nafas perjuangan PAS itu di bawah hamparan permaidani?

Barisan Nasional sendiri tidak wajar menafikan nafas dan perjuangan asal dan tulin PAS ini. Malah pucuk pimpinan PAS sendiri tidak wajar menafikan matlamat perjuangan asal yang digariskan dan ditanam melalui tarbiyah Islam ini. BN sendiri tidak wajar bersandarkan semata-mata kepada "keyakinan Najib bahawa DSAI tidak berupaya menjadi Perdana Menteri". Mereka harus mnerima kenyataan mengenai kebenaran hukum hakam Islam dalam PAS untuk digalas sebagai keikhlasan mengikat silaturrahim. Secara terbuka dan tidak disembunyikan di bawah carpet. BN-UMNO seterusnya sedar dan berubah dengan menjauhi kemungkaran yang menghukum mereka dalam PRU12.

Kenyataan terang lagi bersuluh bahawa sebahagian kepimpinan PAS sudah diresapi fahaman politik yang asing dari fahaman asal PAS. Fahaman PAS itu Islam dan Islam itu PAS sering dimanipulasi dan dikaburi. Sehinggalah timbul fahaman PAS Untuk Semua, seolah-olah untuk semua termasuk mereka yang menyalahgunakan PAS!

Bukan sedikit penyokong PAS yang melihat bahawa keruntuhan PKR adalah disebabkan oleh "keruntuhan maruah dan moral" dan pengenepian hukum hakam yang murni oleh kepimpinan PKR. Hanya sedikit yang menyanyikan lagu "Kena Beli Oleh Najib-Rosmah". Dan terpenting, rakyat Malaysia menyedari nyianyian itu sumbang dan garau bagai suara setan.

PAS, bila sampai waktunya pasti tidak akan sanggup diheret ke kancah politik yang menafikan ideolgi dan kepentingan wajib yang digariskan dalam hukum hakam Islam. Hanya mereka yang ditanam oleh LKS dan DSAI dalam PAS terus bernyanyi sumbang. PAS sebenar pastinya tidak akan bertahan. Persoalannya hanya waktu yang menentukan. Bila lagi, hanya PAS sebenar yang lebih mengerti.

Biduk lalu kiambang pasti bertaut.

No comments: