Translate

Wednesday, March 3, 2010

PKR Semenanjung yang runtuh: PKR Sabah masih sebuk dengan ujikaji.

 
Praktikal PKR di Semenanjung gagal Parah semakin parah. PKR Sabah masih banyak bersandarkan kepada ujikaji Dr. Jeffrey Kitingan.

DSAI tidak melepaskan Datuk Dr. Jeffrey Kitingan kerana DSAI menyedari bahawa Dr. J adalah pakar tukang teori pada perjuangan PKR Sabah. Masih ramai pemimpin PKR Sabah yang bergiat  politik dan berpolitik sekadar menjadi Pak Eko teori politik Dr. J atau idealisma yang mempunyai trade mark dan patent Dr. J.

Dr. J pula masih tidak jemu-jemu membuat uijikaji, sesuatu yang sudah menjadi bidang pengkhususan yang diminatinya. UMNO, PBS, PBRS, UPKO, SAPP dan PKR dicampur tolaknya dalam sebagai ramuan ujikaji dalam pergelutan politik Malaysia. Sehingga kini belumpun mambuahkan hasil yang dapat dilihat sebagai kejayaan yang signifikat. Apakah teori dan ramuan Dr. J sukar diterima? Atau terorinya yang tidak dapat dipraktikkan untuk diterimapakai umum?.

Kemasukan Datuk Kalakau Untol, penentang utama Dr J dalam era PBS; lebih dilihat kini sebagai orang lama yang menjadi Pak eko dan katalist kepada ideologi politik Dr. J dalam PKR. Point 20 dan hak rakyat dan Negeri Sabah dalam Pembentukan Malaysia adalah idea dan teori yang mempunyai trade mark dan "patent" Dr. J. Sekurang-kurangnya kita boleh katakan bahawa idea dan pemikiran Dr. J kini sudah diterima Kalakau.

Trade mark dan patent yang diketengahkan Dr,. J telahpun digunapakai dalam ere PRU 12 dan dalam PRUI 12. Ternyata PKR masih tidak berjaya memenangi sebarang kerusi di Sabah. Apakah dengan bang on ke atas trade mark dan patent ini mampu memenangkan Kalakau dalam PRU 13 di DUN Tamparuli atau MP Tuaran?

Selepas PRU 12, landskap politik Malaysia berubah. Ramai yang melihatnya condong kepada membawa UMNO rebah di Malaysia. Namun setelah transisi kepimpinan negara berubah ke tangan Mohd. Najib Tun Razak, yang menangani isu "berubah atau rebah' dengan bijaksana, sekali lagi mengubah landskap politik Malaysia. Banyak lagi faktor lain yang turut menjadi penyeri kepada kepimpinan Najib sehingga landskap politik ini berubah dengan drastik.

Norma dan budaya konfrontasi yang menjadi amalan pembangkang menjadi punca keruntuhan pembangkang akhir-akhir ini. Budaya itu lebih kelihatan dalam PKR dan DAP. Budaya itu cuba diterapkan ke dalam PAS melalui TGNA, namun ia kelihatan agak canggung, ganjil dan tidak berkesan, malah negatif terhadap perjuangan dan ideologi PAS dalam jangka panjang.

Tindakan meninggalkan PKR oleh pemimpin-pemimpin utama PKR jelas melumpuhkan PKR di seluruh negara. Sodomi II menjadi faktor tambahan yang menekan pengaruh PKR ke kancah kemerosotan yang sukar dikawal. Keadan inilah yang berlaku kepada PKR di Semenanjung Malaysia.

Kemerosotan penguh PKR di Semenanjung Malaysia , secara tradisi akan membawa impak yang amat besar kepada pengaruh politik PKR di seluruh tanahair, termasuklah Sabah dan Sarawak.

Komposisi dan keadaan PKR Sabah kini, melihat norma konfrontasi politik PKR, tidak mustahil PKR VS PKR dan kemungkinan Parti Pembangkang yang lain amat cerah akan berlaku menjalang PRU 13. Kendatipun Dr. J semakin menumpukan sepenuh masanya dengan ujikaji politik mengikut formula dan ramuannya, dia dan teorinya semakin dipintas waktu dan akan ketinggalan kerana landskap politik lebih cepat berubah bagi teori Dr. J dicuba.

Jika Dr. J gagal mencapai ramuan yang mujarab bagi menyelesaikan kemelut dalaman Partinya, PKR, adalah amat tidak signifikan mengkatakan bahawa Dr. memiliki ramuan yang terbaik untuk penyatuan seluruh parti Pembangkang di Negeri Sabah. Persoalannya, adakah bijak DSAI mengekalkan Dr. J dalam PKR, yang addicted dengan teorinya, yang telahpun bertindak meninggalkannya kerana terorinya? Apakah pula mereka yang menjadi Pak Eko teori dan idealisma perjuangan Dr. J lebuh berkesan menjayakan dan menjaja gagasan Dr. J itu dari Dr. J sendiri?

No comments: