KUALA LUMPUR, 2 Mac — Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang Mansor Othman menjangka sekurang-kurangnya lima lagi anggota parti itu termasuk wakil rakyat akan keluar parti itu tidak lama lagi.
Tanpa menyebut anggota parti dari negeri tertentu, Mansor yang juga Timbalan Ketua Menteri I berkata terdapat sebilangan anggota PKR yang tidak berpuas hati dan tidak menunjukkan prestasi di dalam parti itu dijangka berbuat demikian beberapa minggu lagi.
“Saya nampak ada kira-kira lima anggota parti termasuk wakil rakyat akan keluar parti tidak lama lagi,” katanya kepada pemberita semasa Ketua Menteri Lim Guan Eng dan anggota Exco negeri yang lain melawat mangsa kebakaran di Kampung Sungai Nibong Tengah, Pulau Pinang hari ini.
Beliau mengulas tindakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Penanti Mohammad Fairus Khairuddin dan Ahli Parlimen Nibong Tebal dari PKR Tan Tee Beng, keluar parti itu.
Mansor juga meminta anggota parti yang kecewa supaya meninggalkan parti itu daripada mengeluarkan kenyataan negatif terhadap parti itu.
“Kami tidak bimbang dengan anggota yang meninggalkan parti kerana kami menerima permohonan kira-kira 30,000 orang untuk menyertai parti setiap tahun,” katanya. Read More...
-pasted by noreen PJ
NOTA:
30,000 orang setiap tahun? Burung terbang dipipiskan lada bro.-pasted by noreen PJ
1 comment:
KALAU ANWAR BETUL BETUL JANTAN SEKARANG DIA KENA LETAK JAWATAN DALAM PARTI DAN AHLI PARLIMEN, ANWAR TIDAK LAGI MENDAPAT SOKONGAN PADU DARI KAWAN KAWAN PKRNYA DI PARLIMEN DAN ADUN.RAMAI PEMIMPIN PKR PUN AKUI MEMANG ANWAR LIWAT SAIFUL.
KALAU ANWAR SAYANG PARTI PKR DIA HARUS LETAK JAWATAN.KERANA PERANGAI ANWAR SENDIRI PUNCA RAMAI LARI DARI PKR. SATU HARI PKR AKAN JADI PARTI LUDAHAN,KHIAAAAAK TUUUUIH.
NUAR KALAU HANG JANTAN HANG LAWAN JE KES HANG NGAN SAIFUL JANGAN LIPATKAN POLITIK..TAPI URA URA DENGAR ANWAR SENDIRI MERASAI YANG HANYA DS NAJIB AJA YANG BOLEH TOLONG KES BENAR NYA INI.SO MUNGKIN ANWAR AKAN MELUTUT DGN NAJIB. KITA TUNGGU.
SESUNGGUHNYA RAKYAT TAHU DERITA ANWAR SEKARANG ADALAH BERGANDA GANDA,TAPI MUNGKIN BENAR JUGA KATA DATO HARUN DIN SATU KETIKA DULU YANG ALLAH SEDANG MENGHUKUM ANWAR DIDUNIA LAGI.ATAU ALLAH AKAN MENGANGKAT DARJAT ANWAR LEBIH TINGGI DARI SEKARANG.BANGSA MELAYU HARI NI RAMAI CERDIK PANDAI FIKIR FIKIRLAH.
KASIHAN LAH RAKYAT, JANGAN ASYIK NAK NIPU PENGIKUT DENGAN NAK TUNJUK MINTA SIMPATI.
KALAU HANG TAK SALAH NUAR JANGAN CARI ALASAN TANGGUH KES BERDEPAN AJE DGN SAIFUL TU.ISU TANGGUH NI PUN JUGA SEBAHAGIAN DARI PUNCA KENAPA PEMIMPIN PKR RAMAI YANG LARI.TUNGGU 25 MARCH KALAU TANGGUH LAGI,MAKA RAMAI LAGI AKAN KELUAR PKR.
PASAI TU DULU AKU KATA NAJIB 'THE GREAT', DIA RELEX JE TAK PERNAH PUN DIA SENTUH ISU LIWAT NI.WALAU PUN DAH LEBIH 20 KALI TANGGUH.
NAJIB TAHU AHLI DAN PENYOKONG PKR SENDIRI AKAN TOLAK ANWAR.
Post a Comment