Translate

Thursday, March 4, 2010

PAKATAN RAKYAT MALAYSIA: self-destruct?

 
Pakatan Rakyat Malaysia (PRM): Sarat dalam kandungan namun diancam keguguran.
A self-destruct is a mechanism which causes a "device" to destroy itself under a predefined set of circumstances.
Sebelum mencapai Mei, 2010, tarikh dijadualkan kelahiran PRM, kini ianya diancam keguguran. Mesyuarat Agung PRM yang dijadualkan pada suatu tarikh Mei, 2010 itu terpaksa berhadapan dengan masalah baru. Demam exodus PKR melanda yang sukar dibendung.

Dalam keadaan rumah PKR semakin condong dan menanti roboh, ada pihak yang masih menganggap PRM adalah pembela keadilan dan kebenaran. Mereka sebenarnya lalai dengan slogan ini, sedangkan tindak-tanduk lebih menggambarkan pengenepian terhadap keadilan Mahkamah dan perjuangan tidak lebih dari penafian kebenaran secara tersusun dalam gerakan organisasi.

Mana mungin menjadi kebenaran jika kumpulan ini terus menanamkan disanubari rakyat di merata pentas dan jalanan bahawa Mahkamah Malaysia tidak adil!. Mana mungkin kita berlaku adil jika yang kita harapkan untuk mengadili mahkamah kita ialah 50 MP Australia, Bekas PM Canada, Amerika, IMF dan mereka yang disogok regim Israel.

Mana mungkin kita dapat menegakkan kebenaran dan keadilan jika kita berapi-api membalun dan mengkritik pihak lain, kerajaan dan badan siasah lain, jika kita sendiri enggan dikritik dan menjadikan diri kita kalis kritikan, kalis tatatertib dan kalis tuntutan rakyat.

Kepimpinan PRM kelihatan dikuasai seorang individu yakni DSAI sendiri. Rata-rata ungkapan politik DSAI hanyalah untuk "please" dunia dan pemimpin asing yang tidak menyenangi kemakmuran dan kesejateraan Malaysia. Apakah rakyat dapat diakurkan dengan tindakan memaksa ini?

Apabila pemimpin PRM mengkritik kepimpinan mereka dan idea pemimpin , mereka diberi amaran "patuh atau dipecat". Ini tampak jelas sebagai dasar "kuku besi". Apabila mereka ditinggalkan pemimpin mereka sendiri, mereka anggap proses "cleasning" atau membersihkan PRM sedangkan yang bertahan di dalam PRM lebih busuk. Mereka yang meninggalkan PRM didoakan berhambus! tanpa etika kemanusian dan kebebasan memilih. Tanpa rasa terima kasih, tanpa rasa hormat langsung, tidak mengenang budi etc..!

Tindakan pucuk pimpinan dan perangai konfrontasi pemimpin parti ini sendiri yang merosakkan parti mereka, pemimpin mereka dan asas/fundamental perjuangan mereka yang konon freedom of choices, freedom of speech, human rights dan yang sewaktu dengannya. Apa kah panggil yang sesuai kalau bukan "self-destruct"

Lagu boring "kena Beli Oleh UMNO-BN" sering dikumandangkan tetapi belum ada yang masuk penjara berkaitan lagu ini. Dalam kesibukan menyanyikan lagu ini, PRM semakin longlai, lemah dan dirasuk hayalan ke Puterjaya, berpecah sesama sendiri. Ini menjadikan PRM "a Perfect example of SELF-DESTRUCT". No questioning is allowed in PRM, just listen and follow. Toe the line or get fired. Seolah-olah No Mercy!!.

Whatever you call it, the elements of a self-destruction are occupying almost all PRM's political world. You're watching it and you they're living by it. Once its full blown, a blast of self destruction is unavoidable. Just who to blame?

1 comment:

Anonymous said...

Warning-Warning.. sila tinggalkan PAKATAN ini, akan musnah dalam beberapa saat lagi...10,9,8,7,6,5