Translate

Thursday, March 4, 2010

Proses Penyucian Syed Hussien Ali.

 
Kenapa PKR tidak memilih Elizabeth Wong untuk menjalani "Peroses Penyucian"
Tindakan korupsi mereka pasti akan menjadikan PKR lebih teguh dan mantap dan disokong rakyat ramai,” katanya lagi. Beliau menambah, peristiwa beberapa orang Ahli Parliamen melompat keluar dari PKR merupakan proses penyucian yang dialu-alukan.-Timbalan Presiden PKR Senator Dr Syed Husin Ali
Demikianlah "lagu wajib-Kena Beli UMNO-BN" dinyanyikan sendiri oleh Timbalan Presiden PKR, YB Dr. Syed Hussin Ali. Sumbang dan garau macam suara setan.  

Dulu Syed Hussien Ali pernah singgah sebentar di Sabah dalam perjalanan ke Manila. Dia pernah mengatakan dan menuduh bahawa MP BN disembunyikan di Taiwan oleh BN dan dihalang untuk berunding dengan DSAI atau "secret missionnya". Angin bertiup, khabarnya mereka ditawarkan untuk dibeli PKR dan Pakatan pembangkang dengan harga yang "No limit" lantaran sumber wang dari pihak asing melalui taycoon PR melimpah ruah asalkan BN jatuh!. Keadaan itulah membuat DSAI menjadi angkuh dengan mendabik dada melaungkan slogan "we have the number" dan gagasan 916. Syed Hussin lupakah? Where is the number? Where is 916?

Seandainya Elizabeth Wong yang keluar PKR, SL percaya bahawa itu benar satu "proses penyucian" kerana Eli bogel dan suspect melakukan kegiatan adultery dengan pelbagai partner. BTW, Kenapa Tian Chua marah sangat bila diajukan soalan: "Benarkah YB (Tian Chua) adalah kekasih Eli?". Senator Syed Husien ingat tidak peristiwa yang membawa Eli letak jawatan dan berpura-pura lari bersembunyi ke Thailand? Kenapa dia yang "kotor" dan patut menjalani proses penyucian tetapi diterima kembali sebagai EXCO Selangor dengan berdada lapang oleh PKR dan Pakatan Rakyat? Malah, Eli pula berbangga menyambut jambangan bunga dari Ronnie Liew (DAP) setelah kembali bertugas. Kenapa?

Sshhhh! terdengar bisik-bisik orang "political pro" bahawa ada pihak atau pemimpin UMNO di Sabah yang terpaksa menyimpan surat Tawaran DSAI ke dalam Safety box Bank kerana tidak mahu isu beli membeli PKR ini menjadi kecoh. Beranikah pemimpi UMNO ini membuka safenya di Bank dan tampil membongkar kes ini?

Jika Jeffrey Kitingan dan Christina Liew (PKR Sabah) yang meletakkan semua jawatan dalam PKR kecuali keahlian; seterusnya membakar jambatan dengan PKR dan menuduh pemimpin PKR Malaya memperalat mereka untuk "kuasa politik mereka (PKR Malaya)"; meninggalkan PKR dan keahlian barangkali akan diterima sebagai "peroses penyucian". Tambaha pula PKR Sabah menganggap dua individu ini sebagai duri dalam daging PKR Sabah. Tetapi kenapa mereka masih dikekalkan dalam PKR? Mesin basuh Syed Hussien memilih laundry kee?

 
Kenapa Bekas-Bekas Calon PKR dalam PRU 12 dan AJK Cabang PKR Sabah yang menjadi penaja Parti Cinta Sabah-PCS tidak menjalani "Proses Penyucian" PKR?

Tiga bekas calon PKR dalam PRU 12 dan beberapa ketua cabang PKR ternyata menjadi penaja PCS-Parti Cinta Sabah. Bekas Calon PKR ini ialah Daniel John Jambun (Inanam), Awang Ahmadsah (Tanjung Aru), Guandee Kohoi (Kuala Penyu) dan beberapa lagi AJK Cabang PKR. Kenapa "Proses Penyucian" tidak dilakukan PKR ke atas mereka ini sedangkan mereka dengan jelas melanggar etika PKR?

Barangkali Syed Hussien bersikap "biarlah semua lari dan dia dan segelintir saja tinggal" supaya potongan kek bahagiannya agak lebih besar?

 
Kenapa DSAI yang menghadapi tuduhan Sodomi II dan mendedahkan negara dengan campur tangan asing tidak menjalani Proses Penyucian PKR?

Jika PKR benar-benar menjalankan dan mengamalkan "Proses Penyucian", kenapa DSAI yang menghadapi tuduhan Sodomi II tidak dicuci PKR dalam proses penyucian mereka?

DAN, Jika benar PKR mengamalkan dan menjalankan Proses Penyucian, Beranikah PKR memecat YB Zulkifli Noordin MP Kulim Bandar Baru? Atau memang PKR Kecut teloq dengan YB Zul?

Jika dulu DSAI bermati-matian mendapatkan 30 MP BN dengan apa cara sekalipun, kali ini aneh dan ganjil bin ajaib bila kehilangan beberapa MP mereka dirayakan dengan "proses penyucian". Pemikiran sebegini hanya datang dari mereka yang benar-benar "miring" jika tidak desperado mencari alasan menutupi kebocoran!

Hendak CABAR SYED HUSSIEN ALI buktikan "proses Penyucian" PKR pun buang masa. Mereka memang species yang tidak berani menyahut cabaran.

3 comments:

YANG GAMBI said...

Salam SL, benar kata tuan, sepatutnya Syed Hussien perlu mengutamakan proses penyucian kepala otak Anwar dulu dan ramai lagi pemimpin-pemimpin PKR yg hidup kepura-puraan ditengah-tengah masyarakat......

Anonymous said...

Salam SL....

Nak `maintain macho'.... kenalah cakap macam urang miring-miring, makin miring utak durang, makin paning kepala urang yg membaca..bukankah??

Mereka sedang cuba untuk melawan arus `tsunami kisas' dari menghanyutkan mereka ke lubang jamban... kononnya `LAWAN TATAP LAWAN.'.. bah, apa lagi.. nakalabai nopo!!

Anonymous said...

aku setuju bahawa itu semua adalah 'proses penyucian'. Dalam proses ini yang dah dicuci bersih - keluar. Dan yang masih kotor -tinggal.

Ice