Translate

Friday, March 5, 2010

Zaid bawa ulahnya dalam Pakatan Rakyat Malaysia

YB Zulkifli Noordin mengatakan bahawa Zaid Ibrahim adalah "Sampah UMNO". Alasan Zul mudah difahami kerana Zaid memang "pengacau" dlam UMNO. Selepas mengusahakan "pembayaran ex-gratia" dari wang rakyat puluhan juta Ringgit Malaysia dia mempertahankan kewajarannya walaupun ianya kelihatan seperti "pemberian percuma" dan bukan didasari usaha dari "titik peluh". Walaupun ianya ex-gratia tetapi amountnya extra ordinary.

Zaid, semasa dalam UMNO dan menjawat pangkat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dalam era Tun Pak Lah, pernah mengsyorkan supaya Tan Sri Muhyiddin dipecat dari UMNO kerana TSMY mensyorkan supaya "transisi kepimpinan UMNO dipercepatkan daripada Tun Pak Lah ke Mohd Najib Tun Razak. Kerana "ulah" Zaid ini, akhirnya Zaid sendiri "terpecat" dari UMNO. Akhirnya, TSMY menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Ramai yang melihat bahawa Zaid tidak pernah mensyukuri peranan yang diberikan Tun Pak Lah kepadanya dalam Kerajaan BN. Dia tidak memegang jawatan utama parti UMNO masa itu, tidak menang bertanding dalam PRU12 tetapi "hand picked" oleh Pak Lah menyebabkan dia berasa besar kepala dan ber"ulah".

Oleh kerana katanya "Sayapun Anak Melayu Juga" maka, setelah menyertai PKR, dia akhirnya sekali lagi "hand picked" oleh DSAI menjadi Pengerusi Penyelaras Pakatan Rakyat Malaysia. Ulahnya tetap ulahnya. Sekali lagi dia berulah!. Kali ini dia mendoakan YB Zulkifli Noordin supaya meninggalkan PKR.

Bagi sebilangan yang menghormati ketegasan pendirian dan pendokong Pakatan Pembangkang, Zul lebih berwibawa dan tegas berbanding Zaid kerana Zaid memang "sampah UMNO". Ulah Zaid ini sama dengan Ulahnya semasa mendesak TSMY dipecat dari UMNO. SL setuju sangatlah jika Zaid dimasukkan dalam senarai "Proses Penyucian" Syed Hussien Ali kerana sukar meninggalkan ulahnya. Apakah Zaid termasuk dalam senarai "Firaun Kecil" yang disebut YB Zul?

Zaid yang berulah agaknya terleka sedikit. YB Zul adalah salah seorang ahli pesukan pmbelaan DSAI dalam kes Sodomi I. Dalam memuncaknya kes Sodomi II, apakah DSAI mudah melucutkan atau memecat YB Zul? Apakah kerana Zaid didokong oleh DAP maka dia terus berulah dan besar kepala?

Pada pernilain SL, YB Zul lebih bersedia dan lebih ghairah dipecat oleh JK Desiplin PR dalam mempertahankan prinsip perjuangannya. Kerana itulah JK Desiplin itu kelihatan lebih kecut teloq menghadapi YB Zul. Apakah Zaid lebih besedia dan lebih ghairah menghadapi "proses penyucian" Syed Hussien Ali? Atau menunggu Mei 2010 bilamana PRM mengadakan Mesyuarat Agungnya. Jika Zaid tidak terpilih dalam jawatan "desired", dia akan memecat dirinya dari PRM seperti dia melepaskan keahlian dalam UMNO?

Fikir dulu sebelum kena. jangan terus berulah, nanti ulah memakan diri.

2 comments:

Mordecai Kucai said...

Ini pun satu lagi sesumpah yang langsung tidak boleh di percayai di mana saja dia pergi.

Dia sendiri nama macam melayu tapi tindakannya menunjukkan dia tidak fikir dia melayu.

Sebenarnya dia tidak berkaitan dengan demokrasi berparlimen. Dia di pilih oleh Dolah tidur. Apalah yang di harapkan sangat.

Dia ingat kalau dia senang anaknya 7 keturunan akan senang jadi hak istimewa orang melayu tidak penting bagi dia.

Kalau tersesat dalam hutan tinggal berdua dengan dia. Baik belah cari jalan sendiri dari bersama sama dengan dia. Dah tak boleh percaya... ini bukan melayu rupa saja macam.

Bagi saya sesumpah ni lambat masuk hutan jadi mana dia pergi orang pun tak percaya....

Anonymous said...

Benarlah DIA SESUMPAH, SAMPAH DAN MENYAMPAH.

Zaid ini murtad bangsa!