Translate

Monday, July 20, 2009

Minum Arak: Model pelancongan didenda RM5,000 dan enam sebatan

KUANTAN: Seorang model pelancongan dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini selepas mengaku salah meminum arak.
Gambar Hiasan: Iklan minuman keras sengaja disensasikan untuk memabukkan minda.
.
Hakim Syarie Datuk Abdul Rahman Yunus memerintahkan Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, dari Sungai Siput, Perak menjalani hukuman penjara tiga tahun, jika gagal membayar denda itu. Tertuduh didakwa meminum arak jenama Tiger Beer di Cherating Bay Lounge, Hotel Legend, Cherating kira-kira pukul 11.40 malam pada 11 Julai tahun lepas. http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Mutakhir/20090720203142/Article/index_html
..............................................

Al-hadith :ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذييُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي .Ertinya : "Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

Oleh itu, orang Islam yang taat akan agamanya TIDAK akan meminum arak. Mereka yang jahil sahaja yang meminum arak. Ramai yang menyedari, samada orang Islam atau bukan islam, bahawa meminum arak akan menjurus kepada perbuatan dan kejadian yang keji. Namun demikian ramai juga yang masih terus melakukannya. Tidak syak lagi bahawa arak adalah raja kepada segala kejahatan. Kenapa perbuatan ini masih diteruskan?

Berkunjunglah ke pub, discotique di Ibu Kota besar dan sebagainya. Anda lihatlah perkara ini berleluasa.
.
Di negara majupun ramai yang menganggap bahawa "alcohol is drug". Alkohol dan dadah juga terus di "consume". Malah menjadi kebanggaan orang yang melakukannya. Aramaiti! sebuah lagu suku kaum saya yang sepatutnya menjadi pengajaran positif. Namun masih ramai yang yang menganggapnya sebagai satu senda gurau yang "funny" dan "hillarious".
.
" Don't drink and drive", anda mungkin akan membunuh orang yang tidak bersalah.

1 comment:

USD said...

Salam, tkini dr http://ustazsaid.blogspot.com/2009/07/imam-sabah-sertai-dap.html