Translate

Sunday, February 8, 2009

2831 ATAU 3128 NOMBOR EKOR?


"Teh Tarik Satu Lagi"

NASI LEMAK. Not Available this week!

Hokkien Mee Panas-panas. Today's Favorite.

Barangkali ramai yang membeli "nombor ekor" dalam minggu ini. Nombor favorite 2831 atau 3128. Manalah tau, RM1.00 bertukar jadi RM10,000.00. Kalau tidak ...."haaangusss".

Bumi pahlawan Melayu Maharaja Lela membunuh J.W.W "Bitch" bergolak kerana tak dapat membuat keputusan mana yang majoriti antara 28 dan 31. Ini barangkali akibat dari keputusan Kementerian Pendidikan menjadikan Math dan Sains diajar dalam Bahasa Penjajah yang disebut oleh Prof. Hemiratus sejarah kita bahawa Negeri Melayu tidak pernah dijajah tetapi berada di bawah naungan Inggeris. Bagi Prof "Bahasa Penaung" lebih sesuai digunakan.

Lalu akan masyurlah Negeri Perak dengan segera kerana ada dua Menteri Besar. Negeri-negeri lain cuma ada satu. Satu menteri besar atau ketua menteri barangkali menyebabkan kemiskinan itu masih berleluasa di Negeri-Negeri lain. Kali ini dengan adanya 2 Mnteri Besar dalam satu Negeri barangkali masalah kemiskinan dapat di atasi?!.

Tapi kalo demonstrasi terus terus, ramai akan merasa lapar lalu singgah Makan Murtabak, Capati atau roti canai dan minum teh tarik. Yang lain akan makan "Hokkien Mee" dan minum buang panas "Lo Han Kao". Gerai-gerai PTI dari Bangla dan Acheh mesti buat RM yang banyak dan sedikit hari lagi lebih banyak RM di hantar pada keluarga di Negeri Asal. Maaf!, Nasi Lemak dan Nasi Kerabu tak dijual minggu ini sebab "cuti sempena Musim Demonstrasi di Perak".

Nasib baik harga minyak sudah turun, Kalo tidak, bertolak dari "Negeri-Negeri lain yang pernah berada di bawah "naungan" Penjajah Inggeris ( Seperti Prof Emiritus kata) ke Perak akan banyak makan wang (BMW). Maklumlah "Perayaan Musim Demonstrasi" masih panas-panas. Peserta-peserta Demonstrasi dari Johor dan Beaufort, Sabah mungkin tak dapat sampai merayakan Perayaan Musim Demonstrasi di Perak sebab banjir melanda lagi.

Barangkali kenderaan DYMM Sulan Perak kena "garis dengan paku seperti kerja anak-anak PTI di Sabah? Maklumlah ramai juga pengunjung Perayaan kali ini di Perak. "PTI" dari "luar negeri"pun ramai yang bekunjung. Mereka menderhaka. Barangkali kerana Negeri mereka hanya ada 1 Menteri Besar sedang Perak ada 2.

Barangkali inilah pemodenan baru dalam Negara Demokrasi seperti Malaysia, 2 MB. Tentu lebih baik dari 1 MB kerana mungkin banyak masalah mampu mereka selesaikan. Mungkin?

Saya terus bingong. Kalo dulu Sabah bergilir-gilir jadi Ketua Menteri. Kini formula 2MB pula. "Trial and error" barangkali?

2 comments:

Anonymous said...

Karpal Singh bilang "buang masa" fight the case of Perak YBs yang melompat against SPR. LKS bilang pula lain, mockery of our constitution. Anwar bilang 916 gagal tapi BN berjaya di Perak. DSAI "SHUT UP". Tok Guru Nik Aziz kata "berikan kuasa kepada rakyat" supaya di adakan Pilihanraya. Dulu Tok kata pilihanraya bukan cara Islam. Kini dia bagai mengatakan "Sultan Perak" tiada kuasa. Tapi PR Perak kini memang berkubur.

Anonymous said...

wah...itu numbul macam numbul kereta dan HP saya tu....???