Translate

Tuesday, January 26, 2010

Pening Tambah Pening- Tiris, Tiris dan Tiris lagi....


"Akak dah Pening dah siang dan malam.. ok..ok 1Malayasia tu kira oklah".

Bila tutup lubang di sini, sana pula bocor, ketirisan tak henti-henti. Tiris, tiris dan tiris lagi. Segelintar masyarakat menganggap ini sebagai karma terhadap DSAI yang selalu bercakap dan mengutuk dengan menggunakan perkataan "tiris".

Nak dengar desakan segelintir pemimpin Pakatan Rakyat, pemimpin PKR sendiri terpaksa dikorbankan. Nak retain semua, timbul pula bermasam muka. Beginilah yang terjadi Di Sabah. Sekumpulan dalam sebuah perahu, sebahagian mendayung ke hulu dan sebahagian bendayung ke hilir. Bila nak sampai ke "puterajaya".? Begitulah kejadian antara Team Jeffrey Kitingan dan Team Thamrin Haji Jaini dalam PKR Sabah.

Di Tuaran Sabah, khasnya di kawasan Sulaman, aktivis PKR, Tuan Haji Omar Salleh dan ahli-ahli penyokongnya meninggalkan PKR dan menyertai UMNO dalam satu Program "Juara Rakyat" di Sulaman pada 24 Januari lalu yang disempurnakan perasmiannya oleh Ketua UMNO Bahgaian Tuaran, Sabah, Datuk Hajiji Mohd Noor, selaku Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Tuan Haji Omar Salleh memang mempunyai ramai pengikut di Tuaran. MP Tuaran Datuk Wilfred Bumburung-UPKO dan ADUN Tamparuli TB Datuk Jahid Jahim (PBS) turut memeriahkan program tersebut. Itulah mananya sepakat dalam BN.

Dengar-dengar cerita PKR Sg Besar, Selangor pun dah nak terkucil dan diancam Tsunami Politik ciptaan Kit Siang dan Khalid Gagap Ibrahim.

Belum dapat dipastikan setakat ini apakah tindakan PKR dan Pakatan Rakyat ke atas YB Zulkifli Noordin, MP (PKR) Bandar Baru Kulim. Kalu nak diambil tindakan dan dipecat, ini akan mengakibatkan ketirisan yang besar. Kalau dibiarkan akan membawa bahana yang panas dan panjang kerana pemimpin dalam PKR dan Pakatan Rakyat sendiri mendesak agar pemimpin mereka sendiri di pecat. Ajaib sungguh PKR dan Pakatan Rakyat ini. Jika demikian halnya yang pening tambah pening dan yang tiris akan bertambah tiris lagi. Macam lagu "tutup lubang gali lubang"...namun ketirisan menjadi terlalu sukar di kawal. Pening tetap pening...

Salam 1Malaysia.

RELATED.
1. MAHAGURU 58: Zulkifli Noordin-keseorangan menghadapi Serigala-serigala PKR
2. Ahli Parlimen PKR lepas dua jawatan
3. AMK Selangor desak Zulkifli dipecat dari PKR

2 comments:

YANG GAMBI said...

Salam SL, sudahlah kak wan tu pening dengan kegemaran laki dia, tambah-tambah pulak dengan perangai pemimpin-pemimpin yang dah sedar dengan putarbelit laki dia..... ini ubat penadol pun belum tahu boleh lega.....

Anak X-PKR said...

Salam Liza,
Sebelum PRU 13, PKR sudah hancur. Terakhir mereka akan menyertai PRU ialah di Sarawak. Di Sarawak akan menyaksikan PKR akan dapat OOOOO kosong kerusi. Joke akan berulang "Kerusi PKR tertinggal di Chan Furniture". Selepas Sarawak PKR akan tidak lagi menjadi relevent keran org P{KR Sarawak akan meninggalkan dan marah kepada PKR.

Di Sabah seperti biasa PKR akan dapat 0 kerusi. Kalo PRUY Umum Negeri Sabah akan di adakan lebih awal dari di Semenanjung..Alamat PKR Zero di Sabah dan di semenanjung masa itu sudah tidak lagi menaruh harapan kepada PKR..

So ZOOOOOM Tinggalkan PKR.