Translate

Tuesday, January 26, 2010

Zaid Ibrahim: Oopps! I did it again

Zaid Ibrahim (foto di kiri- atas) adalah mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Dia popular dengan kisah wang ex-gratia jutaan ringgit sebagai saguhati kepada bekas-bekas hakim yang "dipecat". Sebagai seorang peguam , konon Zaid faham benar hati budi seorang hakim/peguam. Maka dalam beberapa hari peguam-peguam/mantan hakim-hakim yang telah bersara ini menjadi jutawan atau extra jutawan. Tidaklah perlu dipersoal wang x-gratia yang diperolehi mereka  itu kerana mereka tak pun minta, Zaid yang beria-ia nak bagi!

Semasa jadi Menteri di JPM, Zaid rasa idea dia brilliant dan perlu didengar pucuk pimpinan kerajaan BN. Opps!.

Lalu bila diuar-uarkan PM masa itu Tun Pak Lah setuju untuk peralihan kuasa, Zaid merasa kedudukannya dalam kerajaan agak terancam kerana Tun Pal Lah yang "hand picked" dia menjadi Menteri di JPM. Dia tidak bertanding dalam PRU12, bukan juga Ketua Bahagian UMNO dan tiada jawatan  besar dalam politik. Bila kena pick, dia boleh gah. Dia merasa kebrilliantannyalah membantu dia jadi Menteri di JPM.

Hatta, selepas Tan Sri Muyihiddin Yassin melawat Singapura suatu ketika dahulu, TSMY membuat kenyataan mengsyorkan agar peralihan kuasa jawatan Presiden UMNO cum Perdana Menteri disegerakan. Maka berdirilah telinga Zaid. Orang yang bertanggungjawab menjadikan dia Menteri di JPM diminta segera mengosongkan kerusinya. Zaid mengsyork agar "TSMY dipecat dari UMNO" sekaligus dipecat dari jawatan yang dipegangnya masa itu sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Wahh! brianlliant sungguh idea Zaid ini. Maka kerana itu TSMY kini memegang jawatan TPM dan Menteri Pendidikan. Di mana Zaid?

Tak semena-mena Zaid pula "terpecat @ meletakkan jawatan sebagai Menteri di JPM yang akhirnya expire sebagai "Senator". Dia menyertai PKR. Jadilah Zaid brilliant "Anak Melayu" dalam PKR. "Sayapun Anak Melayu" katanya. So jika dia mengata dan mencerca Bangsa Melayu, Orang Melayu terpaksa menerima hakikat bahawa "Zaidpun Anak Melayu" maka bersoraklah Bukan Melayu dan berdirilah bulu roma Zaid merasa bangga dan teruja bila dia mendapat sorakan gemuruh kerana mencerca bangsanya. Brilliant!

"Oopps! I didi it again" Dalam PKR, Zaid sekali lagi cuba menonjolkan diri. Bermula dengan usaha mengenepikan arahan Azmin Ali agar dia tidak mengadakan road show dengan Bahagian-Bahagian/Cabang-Cabang PKR Sabah. Zaid silap walaupun merasa tidak silap kerana Azmin adalah anak emas DSAI. Maka bercutilah Zaid dan menemui beberapa ketua Cabang di Kota Kinabalu.  Namun  missi nya ke Sabah tiada yang 'accomplished". PKR Sabah "Tang tu jua"

"Opps! I didi it again". Kali ini, Zaid melakukan sesuatu yang sama seperti apa yang dilakukannya kepada TSMY. Kali ini, dia meminta supaya YB Zulkifli Nordin  (foto di sebelah kiri) dipecat dari PKR. Kali ini, Peguam VS Peguam. Kali ini, Zaid "langgar batu besar". YB Zul kata dia teguh berdiri seperti "menument" terhadap pendiriannya. Sebagai orang lama dengan DSAI, YB Zul tentu difahami DSAI. Dia mantan ahli peguambela DSAI dalam Kes Liwat 1. Brilliant lagi..Opps!

Peguam VS Peguam. Kita lihat siapa yang brilliant. Dan jangan lupa kedua-dua mereka pernah dicop orang Pakatan Rakyat sebagai "orang UMNO dalam Pakatan". Ramai yang pemimpin Pakatan rakyat yang menyokong supaya YB Zul diambil tindakan seterusnya dipecat. Namun YB Zul tetap tersenyum kerana pendiriannya teguh dan firm. Dia tahu apa yang dilakukannya.

Related:
1. YB. Zul: Dang-wangi-repot
2. YB Zul: "Firaun Kecil" cuba jatuhkan saya 

No comments: