Translate

Thursday, November 19, 2009

Sokongan Generasi Muda Ke Atas PAS Merosot?



Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasaruddin Hassan. Dia memikul tanggungjawab yang amat berat setelah isu keganasan Pemuda berlaku di Bagan Pinang. Apakah dia sendiri adalah punca sokongan pemuda merosot ?

Dewan Pemuda PAS membentuk kumpulan khas bagi mengenalpasti punca persepsi negatif dan kemerosotan sokongan dari kalangan generasi muda .Ketuanya, Nasrudin Hassan (Gambar) berkata, kajian tersebut dikendalikan oleh sebuah institut kajian dasar dan isu-isu semasa bawah dewan itu, Institut Kajian Polisi (IPS)."Kita telah tubuhkan satu kumpulan pengkaji dalaman. Pandangan ahli akademik luar itu satu aspek. Tetapi kita mahu dapatan lebih terperinci dari sudut angka, faktor dan kedudukan generasi muda sekarang," katanya.

"Kalau faktornya disebabkan politik, maka kita ambil pendekatan politik. Kalau disebabkan imej, kita betulkan imej," tambahnya.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Nasrudin berkata, pertemuan dengan beberapa ahli akademik terkenal seperti Prof Dr Abdul Aziz Bari, Prof Dr Abu Hassan Hasbullah dan Prof Dr Mohammad Agus Yusoff merupakan sebahagian usaha mendapatkan maklumat untuk membantu kajian tersebut. Seterusnya....

senjaliza.blogspot.com

Saya tertarik dengan kenyataan berikut: "Kalau faktornya disebabkan politik, maka kita ambil pendekatan politik. Kalau disebabkan imej, kita betulkan imej,".Ketua Dewan Pemuda PAS.

Soalan saya pula ialah: Kalau faktornya ialah kerana PAS terlalu bersekongkol dengan DAP dan PKR sehingga menjadikan PAS terikat dengan idelogi kumpulan erdogan  dan dakyah politik DAP, lalu bagaimana? Adakah PAS akan meninggalkan kumpulan itu? Atau PAS bersedia meninggalkan dan membiarkan golongan muda yang dinamik pergi dari PAS semata-mata mempertahankan kemahuan DAP dan PKR? Ini adalah fakta yang terbentang di hadapan mata PAS masa kini yang menjadi cabaran kepada pucuk pimpinan tertinggi PAS. Walahuwallam.

No comments: