Translate

Tuesday, December 29, 2009

Setiausaha Akhbar Dan Setiausaha Politik Nik Aziz Letak Jawatan


(Gambar: Nik Aziz dalam sidang medianya petang ini. Di kiri dan kanan beliau adalah Datuk Mohamad Daud-ketua dewan Ulama megeri dan Nik Amar - Timbalan Pesuruhjaya III)-Harakah

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengesahkan setiausaha politiknya, Annual Bakhri Haron dan setiausaha akhbar beliau, Mohd Saiba Yaakub, telah meletakkan jawatan kerana masing-masing tamat tempoh kontrak dan bukannya kerana diberhentikan atas sebab tertentu ekoran kemelut politik dalaman Pas sejak kebelakangan ini.

Menurutnya kedua-dua jawatan itu adalah jawatan politik dan boleh diganti bila-bila masa dengan orang lain apabila sampai tempohnya.

"Saya boleh mengesahkan Annual Bakhri sudahpun menyerahkan surat peletakan jawatannya dan saya baru menerima pagi ini, begitu juga dengan Saiba," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Harian Pas Kelantan di sini hari ini. Selanjutnya

RELATED STRORIES:....
1. TGNA Serahkan Jawatan MB kepada Anuar Tan?
2. TGNA nafi Husam letak-jawatan dan dua pegawainya dipecat
3. Blog: Nik Aziz Mahu Gugurkan Dua Setiausaha.

1 comment:

Sulhairil Hafiz Bin Haji Sulaiman said...

Salam

Hairan bin ajaib apabila kontrak kanan tidak di sambung, sedangkan kita sedia maklum Setiausaha Politik & Akhbar umpama kaki & tangan kepada seorang Menteri Besar...Jadi mengapa kontrak tidak disambung?????