Sepandai-pandai Tupai melompat..
SURAT SERUAN..
Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Walaupun jatuh ke tanah, sememangnya tupai akan terus melompat kerana itulah sahaja "kepandaian tupai". Sia sangka Tupaipun pandai main belakang!
Dengan kesedaran yang tinggi dan bangga terhadap kelembutan penduduk peribumi atau indigenous people of Sarawak, saya dengan rendah hati memohon kepada DSAI agar balik sajalah ke Semenanjung atau Ke Permatang Pauh. Kawasan itu perlu bantuan MP yang mereka pilih.
Kehadiran Dato Seri ke Sarawak bagai kehadiran pemimpin Yahudi atau Zionist yang bersorak riang memperlaga-lagakan penduduk di dunia Arab sesama mereka. Dato Seri pula memperlaga-lagakan penduduk Sarawak yang lemah lembut dan memiliki adat dan budaya yang saling menghormati antara satu dengan lain. Tolenrasi mereka amat agung. Keaslian budaya mereka TIDAK HARUS dikotori dengan kerakusan kuasa dan kemahuan politik yang ultra dan hyper.
Ku titipkan ini Dato Seri:-
Pulanglah Dato Seri.Tinggalkan Sarawak. Jangan tanamkan bibit-bibit kebencian sesama kami, rakyat Sarawak. Telah sekian lama terbina jambatan perpaduan pelbagai kaum di Bumi Kenyalang ini. Titik peluh darah dan pedih perih pemimpin dan moyang kami terdahulu tidak ternilai demi mewariskan kemakmuran kepada generasi hari ini. Jangan robohkan jambatan ini Dato Seri kerana tidak semudah itu untuk kami membinanya semula.
Pulanglah Dato SeriBawalah parti keramat bagimu, isterimu dan anak beranakmu. Aku tahu, Sarawak TIDAK biasa menerima campurtangan luar yang ganas. Rajah Brooke telah banyak mengajar rakyat Sarawak tentang garam usang...seusang perjuangan reformasimu yang dikaburi nafsu dan kerakusmu merampas puterjaya. Di bumi ini, menggapai agenda peribadi tidaklah semudah itu Dato Seri.
Pulanglah Dato SeriBawalah parti keramatmu bersamamu. Bumi Kenyalang memang menghormati kedatangan pelancong, tetapi BUKAN petualang yang TIDAK menghormati adat dan budaya warisan Anak Jati Bumi Kenyalang. Tidak juga seorang pelanggan pelacur di Carcosa atau pelakon dan pendusta yang petah memutar lidah.
Pulanglah Dato seri,Terimalah hakikat bahawa petang dan senja telah memamah usia dan perjuangmu. Bumi Kenyalang menolak jasad seorang petualang.
Pulanglah Dato Seri.Tak perlu menunggu sehingga aib menimpamu.Bumi ini milik kami.
~kenyalang asli~Baklalang.
No comments:
Post a Comment