Translate

Tuesday, April 5, 2011

TERUBUK DI ASAP DAN JAM OMEGA

Terubuk Diasap. bagai tak sah lawatan ke Sarawk kalo tak bawa ole-ole Ikan Terubuk.

Jika anda berkujung ke Sarawak tanpa membawa ole-ole Ikan Terubuk dan Kraftangan buatan tempatan Sarawak, lawatan itu bagaikan tidak sah atau kurang sesuatu. Kraftangan buatan penduduk sarawak memang hebat dan asli. Bukan buatan kilang, tetapi buatan tangan atau cottage industry yang bersifat SMI.

Seni kraftangan Sarawak memang sinonim dengan kehalusan budaya dan adat resam yang masih indah, yang tidak diresapi oleh budaya kuning dan "kasar". Di mana-mana jua anda temui "orang Sarawak" anda dapati, majoriti mereka berbahasa halus dan tidak suka meninggi diri walaupun banyak kelebihan.

Seni Tatoo yang semakin menjadi kegilaan anak muda zaman ini, telah lama diamalkan di Sarawak. Malah Seni Tatoo di Sarawak nampak lebih asli dan halus. memang seni Tatoo ini sudah lama sebati dengan majoriti Rakyat Asli Sarawak.

Pesan SL kepada mereka yang datang dari KL ke Sarawak sempena PRU Sarawak 2011 ini, jangan lupa beli barangan Buatan Sarawak. Terpenting jangan lupa beli Ikan Terubuk Diasap. Yummy, perah limau sikit capur cili api tumbuk...

Sesampainya anda kembali ke Kuala Lumpur, anda pasti  dihujani tanda tanya.."BAGAIMANA JAM OMEGA YANG BERADA DALAM SIMPANAN POLIS BERADA DI TANGAN DAN JAGAAN WAN AZIZAH WAN ISMAIL ?"..Sesungguhnya terlalu banyak perkara dalam Pelik Kerana Rakus (PKR) sejak akhir-akhir ini...Satu alabai yang kebudak-budakan kalo tidak desperado!

SL hanya tunggu bila DSAI yang banyak memecat orang ini, memecat dirinya sendiri dalam PKR serta  letak jawatan dalam politik amnya. Tobat bila pula?

DENGAN WARTAWANPUN WAN AZIZAH BOLEH MARAH. MANA KEBEBASAN AKHBAR?KENAPA WAN AZIZAH DAN NURUL MARAH?
Adakah ini menifistasi dari perbuatan menyembunyikan fakta? Tunjuklah jam omega itu.
“Tidak ada (kehilangan jam)... Ya, ia ada (dengan kami). Kami ada jam tangan tersebut,” katanya dalam satu sidang akhbar ketika menjawab soalan wartawan berhubung video seks yang dimuatkan di Internet semalam.

Seorang wartawan meminta jam tangan itu ditunjukkan kepada media, tetap soalan itu menimbulkan rasa tidak puas hati Wan Azizah, keluarga dan beberapa pemimpin yang hadir dalam sidang media itu.

Bahkan terdapat di kalangan mereka mempertikaikan permintaan wartawan tersebut.

“Adakah awak serius? Mengapa kami didakwa? Adakah awak pendakwaraya?” kata anak sulung Anwar, yang juga ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.

Kemudiannya Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mencelah dengan menyifatkan permintaan wartawan tersebut sebagai sesuatu yang “menjijikkan”.

“Saya fikir soalan ini juga mencerminkan bahawa kamu betul-betul tidak menghargai keadilan," katanya

1 comment:

anak sufi said...

mohon linkkan blog i di blog saudara/saudari. i baru nak berblog ni. tq...