Translate

Monday, April 4, 2011

PROGRAM ANWAR TAWAN SARAWAK. APA BEZANYA DENGAN TAWAN PUTERAJAYA DAN JANJI 916...?

Semua nak ditawan orang tua ini. Puterjaya dengan janji 916 adalah pendustaan politik yang amat dasyat diabad ini. Nak tawan Sarawak!?. Malah Anwar akan membawa keruntuhan politik pembangkang di Sarawak.

Kehadiran Anwar di Sarawak sempena PRU 2011 ini dilihat tidak lebih dari "tukang balun" dan "tukang ucap". Misi untuk kemakmuran rakyat dan kesejahteraan nasional tidak langsung kelihatan. Sejak PRU12, kerja utama Anwar dan penyokongnya hanyalah "Merampas Puterajaya".

Dunia melihat bahawa igauan politik Anwar itu semakin jauh dan semakin tersasar. Masih terngiang-ngiang di telinga setiap rakyat Malaysia tentang perkataan popular Anwar dulu- "we have the number" untuk merampas Putrajaya. Apa yang terjadi adalah di sebaliknya. Number yang disebut Anwar semakin berkurangan kerana beberapa MP PKR meninggalkan PKR.

Kini Anwar merencana Program Menawan Sarawak. Apakah kita tidak melihat bahawa kerja MENAWAN MENAWAN ini bukan satu kegilaan dan agenda kemaruk.

Di kala PKR diancam Tsunami Politik dan mengalami kebocoran yang besar, nafsu politik Anwar semakin memuncak. Apakah Nafsu politik seperti ini mampu menungkah fakta politik yang terbentang di hadapan mata rakyat. Sodomi II, Video Sex dan janji palsu yang menggunung ditambah pula dengan tabii kepimpinan Anwar yang sudah menampakkan "tanduk", "pekung" dan arrogant. Sahabat-sahabat rapat Anwar sudah satu demi satu membuka mulut membuka pekung DSAI. Apakah wajar negara ini dipimpin oleh pemimpin yang bergelomang dengan kontravesi?

Apakah Rakyat Sarawak bersedia menerima pemimpin yang terpalit dengan noda politik, sedangkan Sarawak TIDAK BERSEDIA MENERIMA KEPIMPINAN PARTI LUAR!. PKR tak faham ker kemahuan dan gelagat pengundi Bumi Kenyalang ini?

Ramalan dan fakta politik Sarawak kini jelas menunjukkan bahawa kehadiran Anwar dan PKR sekadar mengeruhkan keadaan/suasana politik Sarawak dan meretakkan hubungan kaum yang telah sekian lama terjalin.

Ramai yang mengatakan bahawa kehadiran Anwar di Sarawak tidak ubah seperti 'QUEEN OF SPADE". Di mana saja dia berada "unsur permusuhan" dan kebencian ditiupkan di benar setiap rakyat Sarawak. Apakah kualiti pemimpin Nasional yang sebegini kita harapkan dan menjadi wadah dan tempat generasi muda kita sandarkan harapan ?

Atau Anwar memang begini...Dia tidak pedulu nasihat dan pandangan orang lain..dia hanya inginkan kemahuannya diketengahkan. "Follow or being shacked" by DSAI.

No comments: