Translate

Sunday, April 3, 2011

HWP - Semakin terserlah.

Lakonan ini penyebab utama HWP PKR Di Sarawak.

Kemahuan memang tidak terbatas. Tetapi keupayaan terhad. Kuasa minda sahaja yang dapat menyelesaikan kekurangan dari keupayaan yang terbatas ini. Jika kuasa minda gagal dan kemahuan tidak dibendung terjadilah "kecatatan" dan kesilapan manusia-"human error"- akan berterusan. Perbuatan belakon, berpura-pura, hipokrasi dan seumpamanya akan berlaku. Pokok pangkalnya ialah "kemahuan yang tidak dibatasi oleh kuasa minda". Akan rosak binasalah individu yang mengejar kemahuannya itu.

Kemahuan PKR untuk menguasai setiap ruang lingkup politik di Negeri-negeri di Malaysia ini adalah kerana didorong oleh "kemahuan" DSAI untuk menjadi Perdana Menteri. Rakyat Malaysia AMAT SEDAR AKAN KENYATAAN INI.

PRU Sarawak memperlihatkan tabii kemahuan yang tidak terbatas ini. PKR ingin menguasai politik Sarawak kerana konon DSAI adalah Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Bakal PM dan Manusia Anugerah Tuhan. Oleh itu SEMUA KEPIMPINAN PARTI POLITIK PEMBANGKANG DI SARAWAK MESTI TUNDUK DAN PATUH KEPADA KEMAHUAN ANWAR. Tetapi keupayaan ANWAR TERBATAS. Kekotoran terlalu banyak terpalit di wajah dan wadah perjuangannya!. Kerana itulah SNAP menguburkan "wajah dan wadah PKR dan Anwar di Sarawak. Sekaligus memberitahu Rakyat Sarawak bahawa PKR TIDAK MENGHORMATI KEMAHUAN PARTI YANG BERTUNJANGKAN BUMIPUTERA/PRIBUMI SARAWAK. Apakah alasan mengatakan bahawa PKR dan DSAI menghormati Rakyat Sarawak? Atau sekurang-kurangnya mendengar rintihan rakyat Sarawak?...

Jika momentum PKR dan DSAI seperti ini berterusan di Sarawak sehingga pembuangan undi dalam PRU Sarawak, jelas dan teranglah lagi bersuluh bahawa CALON-CALON PKR DALAM PRU SARAWAK TAHUN 2011 INI AKAN MENDAPAT HWP......

HWP ialah Hilang Wang Pertaruhan aka Hangus Wang Pertaruhan.

RELATED:
-Video Seks wajar ditayang di Parlimen
-SENARAI CALON-CALON BN dalam PRU 2011-Sarawak, Bumi Kenyalang.
"Agi idop Agi Nelaban"

1 comment:

anak X PKR.. said...

Anwar Bakal Pulang Ke Permatang Pauh dengan bakul kosong. Barangkali akan terus lari ke Turki atau German atau Israel untuk mendapatkan sewaka politik.

Baik Tahan Passport Si NuWar ini