Translate

Tuesday, July 26, 2011

SIAPA YANG SEMAKIN REBAH..

 Exit 533 ke Serambi Mekah ker?

Budaya "tunding jari" memang subur dalam arena politik. Namun rakyat yang menililai dan memilih ada budayanya tersendiri. Ramai yang memilih kerana memang haknya untuk memilih. Mereka memilih untuk kesejahteraan, keamanan, kestabilan dan sewaktu dengannya pada amnya.

Berubah atau rebah adalah menu yang sudah lama dihidangkan kepada kerajaan yang memerintah kini. Kerajaan Barisan Nasional, khasnya parti komponen utama UMNO. PAS juga sudah berubah dari berpaksikan Kerajaan Islam ke Kerajaan Kebajikan. Dengan perubah ini, ideologi PAS berputar 360 degree.

Soalnya, perubahan yang diinginkan oleh pengundi adalah perubahan yang bagaimana hanya diketahui selepas PRU13. Siapa yang sedang dimamah anai-anai kini dapat dinilai melalui tindak-tanduk mereka, ideolgi mereka yang kukuh dan tidak "sinking" seperti Titanic dulu... Siapa agaknya yang sering menimbulkan huru-hara di negera ini? Dari Perlis hinggalah ke Sabah? Singgah sebentar di Perak!..singgah sebentar di Selangor!

Nak singgah di Sarawak; dapat dilihat bahawa PAS sudah rebah di Bumi Kenyalang. PAS hanya tumpang sorak dengan DAP di Sarawak. Bangga ker PAS! Di Sabah hanya 1 MP dan 1 DUN milik DAP. Sekali lagi PAS hanya dapat tumpang sorak. INI REALITI.
“Ia tidak lebih umpama bangunan yang telah dimamah anai-anai, walau kelihatan dari luarnya kukuh, sebenarnya ia hanya menunggu masa untuk rebah menyembah bumi,”- Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
 Bagi SL, kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat, YM Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memerlukan review yang amat menyeluruh. Jangan sampai kena ke batang hidung sendiri. Menumpang kasih tidaklah seindah "paddling our own boat to the shore of success". PAS hanya menumpang kepada DAP. Kita tak pasti samada anai-anai suka bersarang di pokok menumpang! atau Pokok tempat menumpang juga menjadi sasaran anai-anai...

RELATED
-Bila DAP berkehendak PAS mengiya

2 comments:

anak X PKR.. said...

Dari: Abu Hashim Omar · Rembau
Pengikut pakatan terutama pas jangan lah asek mengata UMNO/BN zalim lihatlah tepi kain sendiri berkelim atau tidak kerana mencari kesalahan orang lain mimang senang bak kata perpatah "Kuman di seberang lautan nampak tetapi gajah di depan mata mata tak nampak" ingatlah wahai pakatan.

Jeffrey Chao said...

This was lovely, thanks for sharing