Rakyatlah yang merasa keperitan dari kezaliman Komunis. PSM dan Pakatan Rakyat hanya telah membutakan matahati mereka memahami sejarah lantaran nafsu serakah politik dan kuasa.
Tugu Negara kebangaan kita pernah di serang dan dimusnahkan Komunis dan pendokong komunis. Apa perasaan Pembangkang? Berapa sumbangan Pembangkang mengembalika imej tugu ini?
Perjuangan bersenjata Komunis yang banyak didokong oleh Pembangkang dalam sejarah silam negara tidak pernah dijadikan sebagai teladan Pembangkang di Malaysia. Malah pembangkan, dalam penjelajahan politiknya merampas kuasa lebih jelas rakus menggunakan apa saja kesempatan untuk memenuhi serakah politik mereka.
Kerjasama Pakatan Rakyat dan PSM jelas BERTENTANGAN DENGAN HASRAT RAKYAT berbilang bangsa di negara ini. Bagaimanapun, media pembangkang terus saja memenugi ruangan cyber memuji dan menyanjung fahaman sosialis dan komunis. Soal menghormati hasrat nasional dan keinginan rakyat ditolak ke tepi oleh Pembangkang. PSM tetap juga di sanjung-sanjung Pembangkang sebagai wadah yang konon atas nama kebebasan memilih, hak demokrasi (demokrasi apa?) dan human right tetap meneruskan pencarian mereka "mendapat kuasa". Haram dan menyalahi hukum sudah lumrah di"tabrak" mereka. Hukum ditolarate mereka sehinggakan "syaitanpun sanggup diterima sebagai rakan".
Kembalinya jasad Pahlawan-Pahlawan, Wira-Wira Iban ke Sarawak satu peristiwa yang sebaiknya menjadi iktibar kepada kita semua rakyat Malaysia yang majmuk bahawa sesungguhnya komunis telah menzalimi, menyeksa dan membunuh "bangsa" kita. Dalam dunia yang serba canggih kini, Pendokong komunis @ Pembangkang yang ghairah di cyber, bila sampai masanya, akan kita kuburkan sebagai satu lagi sejarah buruk negara kita. PRU 13 adalah masanya yang amat tepat. Bacalah kezaliman pembangkang komunis berikut: -Wira Iban Kembali Pulang Bersemadi Di Kampung Halaman
No comments:
Post a Comment