Translate

Tuesday, July 26, 2011

PRU 13: Bila suis di petik.

Mereka ini akan mengundi PRU13 nanti. Apakah tanah mereka akan dikembalikan semata-mata mahukan undi mereka?
Ramai yang tidak sabar lagi menunggu saat suis PRU 13 di petik. Pakatan Pembangkang sudah mulai tugas membangkangnya dengan demo Bersih 2. Manakala SPR sudah mencadangkan formula penggunaan biomatrik dalam PRU13 nanti sebagai menyempurnakan tanggungjawabnya. UMNO juga tidak ketinggalan membuka seleranya berpilihanraya setelah mengadakan simulasi pilihanraya atau dry run atau unjuran PRU secara olok-olok.

Kegagalan Bersih 2 yang didokong Pakatan Pembangkang dan usaha Pembangkang menarik sokongan luar dilihat sebagai usaha terdesak Pembangkang menghidupan "reformasi" dan momentum sokongan rakyat dalam PRU12 yang lalu. Usaha ini dilakukan bagi menguji samada rakyat masih menyokong Pembangkang atau sebaliknya menjelang PRU13 nanti. Namapaknya momentum itu sudah jauh menurun. Kini pembangkang tercari-cari ramuan baru bagi menyambung talian hayat mereka. Apakah ini pertanda bahawa suis PRU 13 akan dipetik memandangkan pembangkang kucar-kacir?

Dalam Bulan Ramadhan kemungkinan besar suis PRU13 itu tidak disentuh. Selepas itu Shawal dan Deman Hari Raya. Masa itu kelak proses bermaaf-maafan berjalan; kemeriah berjalan; perpaduan diperteguh; hulu-menghulur berjalan dengan mudah; lampu berkerlipan menunjukkan hati-hati rakyat sudah tidak lagi terguris luka atau melupakan gurisan itu; rakyat lebih tinggi rasa "kemaafannya"..nah tunggu cuti sekolah (nak ambil hati ceku-cekgu); suis PRU 13 akan mula di tinguk tinguk...on off on off. Bersedialah...

Dari segi kemantapan dan kestabilan ekonomi Negara, Najib has done a very good job. Pembangkang pula cuba menyanggah usaha Najib agar ekonomi negara merudum..Pembangkan anjur Demo Bersih sebagai senjata menyanggah kemajuan ekonomi Negara...Tapi Bersih 2 gagal segagal gagalnya...

Kes Sodomi II dan video Panas bagaikan bangkai gajah. Bertolak di sini Pembangkan bercanggahan. Malah sesama sendiri dalam satu parti bercanggahan pendapat. PAS vs PAS berlaku. Pakatan Rakyat lebih jelas kelihatan kehilangan spirit "sepakat". Pemimpin pujaan Pakatan Rakyat sudah dianggap liabiliti kini bukan sahaja oleh lawan tetapi juga oleh kawan dan peringkat antarabangsa.

Polis dan Pasukan keselamatan sudah jelas tidak dihormati Pembangkang.... Tanda-tanda suis PRU 13 perlu dipetik sudah semakin jelas.

Arahan-arahan untuk menggerakan jentera puilihanraya sudah mula berkumandang di udara dan di alam cyber. PAS menekankan kehendaknya agar Undi Pos dijalankan dengan telus dan penggunaan "dawat celup jari" diberi laluan dalam PRU13. Nik Aziz ok jer pasal penggunaan BIOMETRIK. Hadi pula bimbang dia tak reti nak pakai.

Hi..Negeri-negeri di bawah Pembangkang nak juga PRU sama-sama dalam PRU13?Atau apakah DAP akan meninggalkan Pakatan seperti yang dilakukannya semasa Barisan Alternatif dulu?

So congak punya congak suis PRU13 sudah hampir pasti ditekan. Campur tolak kali dan bahagi...Lepas Raya+tenang sikit+cuti sekolah+..ON. Setuju. Tunggulah nanti....

No comments: