Translate

Monday, July 25, 2011

PSM: SOKONG MEMBAWA REBAH

Lebih baik PSM membantu mereka yang tersisih dari arus pembangunan dan kemakmuran dunia di India.
Arutchelvan, STOP!. Berhentilah mengharap "kuasa rakyat"....kucing tak akan bertanduk...
Penganjur Bersih 2 sedar akan kegagalan mereka kerana gerakan mereka disusupi anasir-anasir yang sering mengambil kesempatan melemahkan kekuatan negara sosially dan economically. Pakatan Rakyat lebih ketara memperkuda Bersih. Namun ada anasir yang sekian lama tidak bertempat di hati rakyat Malaysia mengambilan kesempatan menonjolkan diri mereka di tengah-tengah  demonstrasi Bersih 2.

Sokongan PSM ke atas Bersih 2 sekadar sokong membawa rebah. Membawa rebah kepada pakatan Rakyat dan  membawa rebah kepada PSM sendiri. Namun setidak tidaknya, PSM dapat menhebahkan kepada umum bahawa PSM masih bernyawa walaupun nyawa-nyawa ikan dan bak rumut di tepi jalan.

Dokongan bersama pakatan rakyat dan PSM ke atas Bersih 2 jelas mengiakan dan membawa mesej kepada umum bahawa pakatan rakyat juga sehaluan dengan PSM yang berfahaman sosialist dan anti demokrasi. Mereka menyebut "KUASA RAKYAT" tetapi sebenarnya kuasa itu tiada di tangan mereka. Malah meletakkan mereka pada keadaan "taking the law on their own hands" tetapi dalam masa yang sama mengucapkan dan mengatakan bahawa  seolah-olah "kuasa rakyat" ada ditangan mereka atau dalam jangkauan mereka.

Apa yang lebih jelas kepada Rakyat Malaysia ialah mereka hanya menyalahgunakan nama "Kuasa Rakyat" kerana dengan ideologi yang mereka anuti ialah amat sinonim dengan ""autocratic", kuku besi, dan kehidupan subsistance kepada rakyat. Mereka bernawaitu  jelas yakbi sekadar bermuslihat menggunakan istilah kuasa rakyat sedangkan sebenarnya ideologi anutan mereka TIDAK memperdulikan kebajikan dan kehendak rakyat. Itulah sosialis seperti PSM.

SL lihat, mana mungkin kuasa rakyat dapat membantu mereka sedangkan ideologi dan inti pati perjuangan asas mereka ialah "PAKSAKAN KEPADA RAKYAT" apa yang mereka dan pemimpin mereka kehendaki.
Ideologi Sosialist di dunia sudah mengalami keruntuhan...Maka, mustahil ianya akan hidup subur di bumi Malaysia ini.

Pakatan Rakyat plus sosialist sudah menjadi momokan umum, Kemunculan sebenar PSM bersama-sama Pakatan Rakyat dalam Bersih menyemarakkan dan menyuruh terang lagi pandangan umum bahawa Pakatan Rakyat adalah parti sosialist. PAS mahu ke mana? Makin tersepit?  Cakap-cakap terbuka bahawa PAS akan kehilangan ramai penyokong diehardnya kerana persekongkolan PAS dengan DAP dan PKR. semakin jelas kedengaran.  Dan yang terbaharu  PAS bersama Parti Sosialist Malaysia.

Apakah tidak jelas lagi di pandangan pemimpin-pemimpin PSM bahawa "kuasa rakyat" yang mereka impikan sebarnya semakin jauh digapai mereka.  Apa yang kita lihat , Rakyat Malaysia semakin  bertambah murka terhadap mereka, dulu dan kini.

Arutchelvan, STOP!. Berhentilah mengharap "kuasa rakyat"....kucing tak akan bertanduk...

No comments: