Translate

Saturday, July 16, 2011

BILA DAP BERKEHENDAK PAS MENGIYA!...

Berjayakah PAS menghalang mereka!
Bila kehendak DAP cuba dihalang di kawasan penduduk Islam, PAS dan pucuk pimpanannya diperguna DAP. Dulu dalam kes perdagangan BEER di Shah Alam menjadi panas kerana ditentang pemimpin PAS, Mantan Pesuruhjaya PAS, Dr. Hassan Ali, kepimpinan PAS hampir memecat Hassan Ali kerana menentang DAP khasnya Ronnie Riuh. Hassan Ali terpecat jua akhirnya!

Kini DAP sekali lagi berkehendak di Kedah. DAP mahu supaya pusat-pusat hiburan yang menjadi sebahagian dari punca matawang pencacai DAP terus beroperasi di Kedah walaupun di Bulan Ramadhan. MB Kedah, YAB. Datuk Seri Azizan Abdul Razak, yang membuat keputusan agar DAP menghormati Bulan Mulia, Bulan Ramadhan dan mengarahkan Pusat-pusat itu dihadkan kerana Kerajaan negeri memutuskan untuk melaksanakan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 sepenuhnya tahun ini. Namun DAP menentang. Ini bermakna DAP tidak menghormati bulan Ramadhan , Bulan Mulia orang Islam.

Tentangan DAP disalurkan kepada pemimpin-pemimpin PAS. Patuh dengan arahan DAP, PAS sendiri meminta supaya MB Kedah menjelaskan larangan tersebut.

Nampaknya, dalam bab kemahuan DAP, PAS sudah tidak lagi mengenali soal buruk dan baik, soal haram dan halal. Arahan DAP mesti juga PAS turuti sekalipun terpaksa berdepan dengan Menteri Besar PAS sendiri! Sekalipun terpaksa mengorbankan jawatan MB Kedah sendiri!

Adakah PAS menggugurkan dasar perjuangan "mengujudkan Negara Islam dan Sistem pemerintahan Islam" itu adalah atas arahan DAP atau semata-mata menuruti kehendak DAP?  Benarkan PAS dapat mengislamkan Lim Guan Eng atau Theresa Kok?

SL nampak, walaupun langkah kerajaan negeri dipertahankan oleh Dewan Pemuda PAS pusat dan Persatuan Ulama Malaysia, Kehendak DAP tetap akan dituruti PAS akhirnya lebih-lebih lagi bila sampai ke bab LKS membawa isu itu ke meja rundingan Pakatan Rakyat, Meja Rundingan Pakatan Rakyat di mana PAS  sering dicucuk hidung.

"Ustaz Azizan will not back down! That is his stand on this issue,” said Sanusi in the statement carried by PAS website Harakahdaily. “I am sure that all Muslims will stand firm behind him in handling this issue,” he added.  Read More
Ini kata orang MB Kedah..Kata putus PAS lihatlah nanti!

RELATED
-Pusat hiburan: Karpal beri kata dua kepada Pas Kedah

No comments: