Mat Sabu dan Ambiga boleh kawalkan jika kemarahan pemilik senjata api ini meletus? |
Apakah goblok-goblok ASING ini lebih dihormati Pakatan Rakyat? |
Bila yang berkepiah putih ini dikebumikan? Mana Nisannya?. Nasihat apakah yang digunakan oleh Siva dan Ngeh sehingga penyokong sendiri dibohongi oleh media Pakatan Rakyat! |
Pasukan keselamatan khasnya polis lebih tahu akan akibat demonstrasi. Ternyata polis sebelum dan semasa lebih matang dan mempunyai sebab untuk mengawal keadaan sebelum dan semasa demo Bersih 2 demi keamana. Polis memang "Setia Berkhidmat"
Pasukan polis telahpun menunjukkan perkhidmatan yang exemplary berbanding dengan kualiti kawalan polis di peringkat antarabangsa dan negara yang maju. Sanjungan dan pujian patut diberikan kepada pasukan polis tanahair yang telah menunjukkan sikap professionalnya.
Pihak yang tidak puas hati dan mengecam pihak polis secara majoritynya ialah pihak penganjur dan Parti Pembangkang. Pihak pembangkang sememangnya menangguk di air keruh. Mereka mahukan absolute freedom dengan lepas bebas mengutuk dan mengapi-apikan sentiment politik demi kepuasan politik mereka. ternyata dan jelas kepada rakyat Malaysia bahawa demo bersih 2 membawa agenda yang menghancurkan negara dan keharmoniannya.
Kini rakyat Malaysia sudah memahami agenda Bersih dua yang didalangi parti pembangkang dan sokongan luar. JELAS dengan penyertaan kumpulan antarabangsa yang tidak bersopan dan melanggar etika dan norma rakyat Malaysia.
Warga polis kini lebih faham matlamat dan agenda bersih. Polis kini dihina Bersih sekaligus penghinaan datang dari Pakatan Rakyat. Fahamlah rakyat Malaysia kini bahawa warga polis sudah TIDAK PERLU menoleh ke belakang dengan bersimpati kepada Pembangkan. Lalu, PRU13 nanti, undi pasukan keselamatan jangan lagi di rayu Pembangkang!. kerana itu kita terdengar rugutan pihak polis:-
bahawa "mereka (pembangkang,) menghina kami... giliran kami menghukum mereka PRU13 nanti"."
Sesungguhnya lakonan penganjur bersih 2 sudah nyata di hadapan mata rakyat Malaysia. Nawaitu mereka jelas salah dan bertentangan dengan aspirasi nasional. Rakyat Malaysia telah memilih KEAMANAN DAN KEHARMONIAN DAN MENOLAK DEMONSTRASI JALANAN.
Peserta Demo juga semakin ramai yang "regret" tindakan mereka. Ramai yang merasa tertipu. Sebilangan NGO yang dikatakan bernaung di bawah bersih sebenarnya hanya memperalat bersih dan memperalat penyokong bersih. BAYANGKAN JIKA ANASIR KOMUNIS DAN ANASIR SURBERTIF BERSEKONGKOL DENGAN BERSIH DALAM DEMONSTRASI TERSEBUT!..Untungkah rakyat dan negara kita Malaysia yang tercinta ini?
Bagi SL berapapun demo yang bakal diadakan bersih ianya tetap akan gagal. Puncanya ialah Nawaitunya yang salah dan rakyat Malaysia semakin bijak menilai antara Intan dan Permata. Rakyat Malaysia semakin menjadi Jauhari..
Tabik kepada pasukan POLIS yang bertindak dengan berjaya..dengan berwibawa...Haramkan undi anda kepada Pakatan Rakyat...
1 comment:
Syabas Polis...Apa jg yg pembangkang nak ckp biar berkudis mulut...kami ttp menyokong polis...sendiri yg cari masalah nak salahkan orang lain pulak..
Post a Comment