Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
PENAMPANG, 29 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa menegaskan belum sampai masanya memutuskan sama ada pengagihan kerusi Barisan Nasional (BN) di Sabah dikekalkan status-quo nya ataupun tidak menjelang pilihan raya seterusnya.
"Belum sampai masanya kita buat apa-apa keputusan, kenapa orang nak melatah dan terlalu banyak riak pada masa sekarang.
"Saya belum membuat sebarang keputusan tentang apapun ... Serahkan pada saya untuk memutuskan apa yang terbaik bagi Sabah. Pada masa ini, kita jangan terlalu teruja tentang apapun," katanya ketika ditanya sama ada beliau mempertimbangkan untuk sebarang perubahan dari segi politik di Sabah.
"Terlalu banyak politiking dalaman tapi walau apapun ia, nasihat saya ialah tumpukan untuk berkhidmat kepada rakyat... Kita mesti tunjuk, kita sebuah parti yang prihatin dengan rakyat di Sabah, itu yang penting sekali," katanya kepada pemberita selepas program tinjauan mesra beliau ke Pasar Lido, dekat sini. Paparan penuh di sini
10 comments:
Komponen2 BN di Sabah tak perlulah nak berbalah untuk berebut kerusi di Sabah. biarlah Dato Najib memutuskan perkara ini.
Rakyat Sabah perlu memberikan Najib peluang untuk membuktikan kenyataannya. Saya percaya Najib akan membuat yang terbaik buat Sabah.Diharapkan ahli-ahli mendengar nasihat beliau.
Perlu ada perubahan politik.
Leave it to him to decide. It is much more awaited.
parti2 komponen Bn Sabah seharusnya bersatu, bukannya berbalah untuk merebut kerusi. hai ini boleh melemahkan BN, harap PM akan memutuskan perkara ini dgn adil.
Dato Najib akan membuat keputusan yang terbaik untuk Sabah. harap parti komponen BN dan rakyat dapat menerimanya.
beliau masih belum buat kenyataan atau keputusan. oleh itu, elakkan persepsi negatif dan berikan ruang untuk beliau memikirkan yang terbaik untuk Sabah.
As usual, too much politicking going around like whirlwind. Not surprise about it anyway. Wonder when will the time comes. :)
Betul urangulama. Biar Najib tentukan... Komponen BN yg lain tu better buat tugasan yg telah diamanahkan utk rakyat - lagi banyak manfaat :)
Ya Jacinta. Memang patut pun kita bagi peluang kepada Najib. hehee
Harap2 pimpinannya memmberikan sinar baru :)
Post a Comment