Translate

Friday, June 25, 2010

Wartawan Australia Nikmati Taman Nirwana Di Mabul, Semporna, Sabah.

 Oleh Neville D'Cruz

MELBOURNE, 24 Jun (Bernama) -- Di dunia, hanya terdapat beberapa lokasi pelancongan yang betul-betul berbaloi untuk dilawati dan ini termasuk Mabul Sipadan Resort di pantai timur Sabah. Ini pandangan wartawan Australia Annie Hall yang baru-baru ini berkunjung ke negeri 'di bawah bayu' itu.

Menurut Hall, pelancong dari Eropah, Amerika, Jepun, China dan Australia gemar mengunjungi Mabul kerana ingin menikmati keindahan serta kedamaian pulau itu.

"Satu lagi sebab kenapa mereka mengunjungi Mabul kerana ia dekat dengan Pulau Sipadan yang terkenal di seluruh dunia sebagai lokasi menyelam dan yang dianggap mendiang Jacques Cousteau sebagai satu karya seni yang belum disentuh," kata Hall.

Hall merupakan timbalan ketua sub-editor dalam Kumpulan Akhbar Leader Group yang mempunyai 1.8 juta pembaca di sini.

"Kami tidak menyelam di Sipadan, tetapi melakukan aktiviti snorkel di tiga lokasi," kata beliau.

"Warna biru di Laut Celebes tidak menggambarkan khazanah yang terdampar di dasarnya. Tetapi anda sarungkan 'flipper' serta 'goggle' dan turunlah dari bot ke dalam air dan anda akan menjumpai sesuatu yang luar biasa".

MABUL

Terdapat juga kehadiran polis di Mabul dan resort itu juga mempunyai pengawal keselamatannya sendiri. Mereka ini merupakan benteng keselamatan di pulau itu tetapi tidak mengganggu ketenangan dan kehadiran pelancong.

Menurut Ben Loyola, pengurus Mabul Resort, masalah keselamatan 'tidak pernah timbul lagi'.

"Minum pagi serta makan tengah hari yang enak di sediakan Mabul Sipadan Resort," kata Hall.

Minum pagi merupakan pilihan kopi atau teh serta biskut manakala makan tengah hari ialah mi, hidangan utama, pasta, buah-buahan serta manisan.

Bot yang membawa penyelam serta mereka yang menjalankan aktiviti snorkel pulang ke Sipadan pada waktu petang dan ini menandakan berakhirnya satu hari dalam keindahan di bawah permukaan laut.

Penginapan di resort ini ialah banglo-banglo di dalam taman indah yang mempunyai pemandangan laut di kedua-dua arah hujung pulau serta juga di sebuah 'kampung air' yang dibina di situ.

AKTIVITI

"Terdapat beberapa tempat di resort yang sesuai untuk berehat. Kami menikmati minuman menyegarkan di hujung jeti, satu tempat yang sangat sesuai bagi menyaksikan matahari terbenam di ufuk barat," kata Hall.

"Antara aktiviti lain ialah sesi rawatan kecantikan serta urut. Kalau anda rasa amat bertenaga, anda boleh berkayak. Resort pula menyajikan makanan yang lazat jenis barat dan juga tempatan.

"Ianya satu tempat yang amat berbaloi untuk dilawati walaupun terpaksa terbang merentasi jarak yang jauh," tambah Hall.

Maklumat lanjut boleh didapati di www.sipadan-mabul.com.my. Read More

3 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Kami di Unit Media Permatang Pauh selama ini hanya berpeluang membaca dan juga memberi komen ke blog Tuan. Blog Tuan telah banyak memberi info dan juga penerangan berguna buat kami terutamanya tentang putarbelit pembangkang.

Hari ini, Unit Media Permatang Pauh telah menyahut seruan DS Najib untuk memperkuatkan lagi serangan terhadap pembangkang didalam ruang maya. Dan kami dengan rendah dirinya mohon ingin bersama Tuan serta para bloggers pro kerajaan lainnya berrganding bahu didalam usaha ini.

Kami telah linkkan blog Tuan ke list kami dan kami harap Tuan sudi linkkan blog picisan kami ini ke list tuan juga. Diharap, kami yang masih baru ini akan mendapat tunjuk ajar dari pihak Tuan. Semoga perjuangan kita diberkati.

Jutaan terima kasih dari Unit Media Permatang Pauh.

may said...

Inilah keistimewaannya di sabah yang terdapat banyak distinasi pelancongan yang boleh dilawati. Diharapkan pihak berkuasa dapat memastikan tahap kesalamatan para pelancong samada dari luar dan dalam negara sentiasa terjamin.

Unknown said...

inilah keindahan sabah yang tidak terhingga. memang sabah adalah tempat yang sangat sesuai untuk pelancongan. semau ada di sabah..aramaitii...