CALON BN, Mohd Isa bertanya khabar kepada pengundi ketika menghadiri Majlis Pemimpin bersama Rakyat di Ladang Siliau, Port Dickson. |
Hasil semakan SPRM menyangkal dakwaan Pas mendapati pertindihan pengundi di Bagan Pinang tidak berlaku. Maknanya percubaan injunksi PAS mempunyai muslihat tersembunyi. PAS cuba untuk menghalang "mandat rakyat" apabila cuba memfailkan injunksi supaya PRK Bagan Pinang ditangguhkan. Apakah ini pertanda awal yang lebih jelas bahawa PAS sudah mengetahui bahawa calon mereka di Bagan Pinang akan kecundang lalu mereka cuba bertindak menghalang PRK dijalankan?-Senjaliza-Noreen.
BERITA berikut:-
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan tidak wujud pertindihan nama dalam senarai daftar pemilih di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, kata Timbalan Pengerusi Datuk Wan Ahmad Wan Omar. Beliau berkata hasil semakan yang dibuat SPR semalam mendapati tidak wujud penggandaan nama di kawasan itu seperti yang ditimbulkan Pas.
“Kita beri jaminan selepas semakan dibuat hari ini, tidak wujud penggandaan nama di DUN Bagan Pinang yang akan menghadapi pilihan raya kecil. Ini bermakna kerisauan tidak berbangkit,” katanya ketika dihubungi Bernama. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai ura-ura Pas yang ingin memohon perintah injunksi bagi menghalang 253 pengundi pos daripada mengundi esok atas dakwaan wujud pertindihan nama dalam senarai daftar pemilih SPR di DUN Bagan Pinang.
Terdahulu, Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali mengadakan pertemuan dengan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan ahli-ahli SPR lain di Ibu Pejabat SPR di sini. Wan Ahmad berkata dalam pertemuan itu, Pas turut menyerahkan senarai nama yang didakwa bertindih. Beliau berkata SPR juga akan membuat pemeriksaan menyeluruh senarai daftar pemilih bagi memastikan tidak berlaku penggandaan nama, yang mungkin berlaku apabila anggota tentera mendaftar sebagai pemilih awam sebelum menyertai perkhidmatan itu.
Sementara itu, Mustafa berkata permohonan untuk mendapatkan perintah injunksi itu akan mengambil kira dari segi praktikalitinya kerana undi pos akan dijalankan hari ini. “Kesannya daripada ini, kita akan lihat. Saya akan bincang dengan peguam lagilah,” katanya. Ditanya sama ada Pas akan mengemukakan petisyen pilihan raya jika Barisan Nasional (BN) menang dalam pilihan raya kecil itu, beliau berkata: "Kita belum tahu lagi. Kita tengok suasana dan keadaan. Kita akan bincang apa tindakan selanjutnya.” - Bernama

4 comments:
Pala hotak hang. Aku tentera kat PUSASDA aku tau lah. Hang gi caya kat SPR wat pa. Awat hang tak tanya kat tentera kat kem sirusa
Pala Hotak hang tak betui. Draw. Apasal pula SALAHuddin nak fail injunksi. Pasal PAS didapai tak bole menang kee?
isu pertindihan nama berkenaan sengaja dibangkitkan kerana mereka tidak yakin untuk menghadapi pilihan raya DUN Bagan Pinang yang akan diadakan Ahad ini lantas menimbulkan isu berkenaan sebagai batu loncatan.
Hujah ini boleh dibahaskan kerana ia menimbulkan keraguan kerana mengapa isu pertindihan nama tersebut dibangkitkan pada hari keenam berkempen sedangkan Pengarah Induk PAS bagi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, Salahuddin Ayub sendiri mengakui perkara berkenaan sudah di kesan sejak sekian lama dahulu.
Salam semua.
Astaga..sudah ada bahasa kesat, pala hotak! di sini. Siapa yang mulai?.
Apa hal pula PAS ungkit soal undi bertindih pada hari ke6 jika dia yakin dia menang?
Beusahalah dengan penuh tawakal juka yakin bahawa Allah SWT bersama orang yang beriman. Janganlah pula guna bahasa yg tak professional di sini. I ingat tentera berdisplin dan berwibawa!
Post a Comment