Kalo PAS nak sabungkan dua manusia ini, PAS kena kidnap Mat Hassan, pasang Kepiah, spek hitam dan bubuh janggut putih kemudian bubuh arang ke mukanya. Lepas tu kunci lidahnya.
Mulanya Pembangkang memang menuduh bahawa bila Isa Samad dicalonkan di Bagan Pinang, Isa bakal menjadi ancaman kepada MB Mat Hassan. Inipun nyata-nya bahawa Pembangkang sudah meramal bahawa Isa akan menang. Sebab kalo kalah takkan menjadi ancaman kepada Mat Hassan.
Tapi bila Mat Hassan kata "sayalah orang pertama mencadangkan Isa Samat", PAS "mati duduk", check mate, hilang isu dan kena tuduh pula "main sabung". Tapi Isa dan Mat Hassan bukan ayam walaupun ada yang menyatakan perjudian dan pertaruhan berlaku antara majoriti atas 2,000 undi vs bawah 2000 undi kepada Isa Samad.
Pilihanraya Kecil kali ini bukan PRK wira kampung. Ini padang permainan Isa samad. Pengundi Bagan Pinang harus melihat bahawa sesungguhnya Isa dan BN di Bagan Pinang adalah melawan untuk menumbangkan DAP dan PKR yang "diwajahkan" dengan PAS kerana itulah calon PAS ini diimpot.
Tugas Isa dan BN kini tinggal untuk meningkatkan majoriti BN dan tugas PAS mengurangkan majoriti itu. Tentera darat dah diparahkan Salahuddin, komunis pula nak dibawa balik Anwar ke Malaysia...Nak tunggu apa lagi. Orang Bagan Pinang jangan pula salah sebut "s'orang; Sebut seerranng. Say No also to "komunis" and No to DAP's
7 comments:
SalamLiza,
Sebenarnya saya agak lucu melihat usaha terdesak UMNO/BN. Bila Tun Dr.M bagi pandangan supaya tidak mencalonkan TS Isa ,maka bukan main gelabah BN, muju juga mereka tidak lagi berani mengecam Tun Dr.M. Saya sebenarnya menunggu apa komen Nazri Aziz selepas itu tapi nampaknya bila YAB Najib, bos barunya agak 'rapat' dengan Tun Dr.M maka nampaknya tidak berani Nazri Aziz beri apa-apa komen kepada Tun Dr.M.
Sebenarnya untuk menang pilihanraya PAS tidak perlu melaga-lagakan sesiapa pun, termasuklah antara TS Isa dan YAB Datuk Muhammad Hassan.Apa yang diperkatakan orang adalah realiti. Sebenarnya juga yang suka menggunakan taktik melaga-lagakan ini ialah UMNO/BN , dibantu oleh suratkhabar dan TV yang pro mereka. UMNO/BN bersama suratkhabar lama mereka dan TV, cuba melaga-lagakan PKR-PAS-DAP. Lihat saja dakyah mereka untuk memecah-belahkan kerjasama tiga parti ini di Selangor, Kedah dan P.Pinang.
Kata orang "mengata dulang paku terserpin..." ..mengata, biarlah jujur....
PAS khawarij sudah turu temurun melaksanakan kerja-kerja jijik di kalangan umat Islam dan bangsa Melayu seperti, memaki hamun, futnah dan menghasut. Apa nak dihairankan, memang itu juadah yang menjadi hidangan harian mereka.....
Dia tahu orang Melayu Malaysia amat sensitif dengan agama Islam, mereka gunakan ciri-ciri agama dalam melaksanakan kerja-kerja terkutuk mereka. Itulah sifat-sifat kaum khawarij yang kerjanya mengkafirkan umat Islam lain....
setakat gambar macamni dah biasa dah. tapi makan dalam juga. alah, macam DSSK dan DMA. macam pak lah dan najib dulu dan macam mahathir dan musa hitam macam mahathir dan DSAI. susah nak percaya. dia menyokong tapi orangnya yang takut hilang tempat bergantung macamana?
kalau isa menang mampuih la mat hassan..taktik jahat isa tkkan terhenti..diluar nmpak ceria didalam pas ajer yang tau...kah..kah..kah
Kenapa UMNO pilih Isa??
Aku kecewa apabila UMNO memilih Isa, sebahagian keluarga aku menaruh harapan yang tinggi terhadap UMNO, hancur berkecai.
UMNO tidak pernah belajar dari kesilapan memilih calon yang imej tercemar bermula di Permatang Pasir melarat ke Bagan Pinang.UMNO tidak memperdulikan lagi imej calon asal kemenangan memihak kepadanya.
Walau pun Tun Mahathir dan Tengku Razaleigh tidak mahu UMNO memilih Isa sebagai calon. Tapi nasihat veteran UMNO ini ditolak mentah dengan alasan kehendak rakyat memilih Isa.
Ujud juga budaya kuno mengugut dari ahli-ahli UMNO sendiri untuk memboikot PRK jika Isa tidak dipilih. Budaya Melayu yang menjejekkan. Begini corak pemikiran Melayu yang dihasilkan oleh UMNO setelah lebih 52 tahun memerintah, setia membabi buta.
Kekalahan demi kekalahan menjadikan UMNO terdesak untuk menang.
Pemilihan Isa sebagai calon BN menunjukkan UMNO secara tidak langsung mengiktirafkan politik wang. Walaupun kehendak rakyat menolak politik wang, UMNO lebih mementingkan kemenangan. Jika Isa benar-benar mementingkan masa depan UMNO, dia sepatutnya menolak pencalonan tersebut. Isa lebih mementingkan diri sendiri.
Pemilihan Isa sebagai calon BN menunjukkkan sikap kepimpinan DS Najib dan TS Muhyiddin yang lemah dan tidak berani membawa perubahan kepada UMNO. Mereka lebih takut kepada desakan dan kekalahan BN dari masa depan UMNO. Beginikah kepimpinan yang diperlukan untuk memimpin Malaysia?
Demi masa depan UMNO , saya tidak dapat menerima Isa Samad sebagai calon BN di Bagan Pinang.
Dan saya berharap UMNO dapat dikalahkan lagi di Bagan Pinang supaya UMNO benar-benar dapat menghayati makna perjuangan parti.
Pada penilaian umum PAS lemah kerana terlalu tunduk dengan kemahuan DAP dan tidak dapat menidakkan dan menolak kehendak DAP. Kerana itu memilih atau mengundi PAS di Bagan Pinang serupa memilih dan mengundi DAP.
Terima kasih Datu Sulaiman,Yang Gambi, Watasikadi (anak haji), Cuping Merah dan MUZ. Pandang anda dinilai dan diberi perhatian.
Keraguan masyarakat umum kini hanyalah pada kestabilan yang lebih berpanjangan. Keberantakan hubungan antara parti-parti dalam PR menjadi tumpuan umum sejauh mana mereka dapat mengatasi BN. Keran itu PRK di Bagan Pinang akan dilihat sebagai salah satu penentu bagi kekuatan BN dan PR di masa akan datang. Saya tidak ada masalah dengan PAS kerana ahli keluarga saya kebanyakan kami orang PAS tetapi gara-gara persengketaan PAS denga PKR dan DAP kami menjadi kurang yakin bahawa PAS akan menjadi peneraju utama dalam PR. Mereka kelihatan sebagai tunduk dan vulnerable kepada kehendak PKR dan DAP dalam hal dan isu-isu yang banyak pertentangan dengan ideologi PAS dan Islam.
Hukum-hukum banyak dinutralise dan PAS dan pemimpinnya bertelagan dalam hal ini. Ingat..Dulu TGNA dan TGHA plus camp Nash cuba ditenggelamkan oleh erdogan dan kumpulan fanatik TGNA. Ulamak dalam PAS yg tidak dapat menerima "gara-gara" DAP hanya mnanti masa untuk meletup. Ini nyata diperhati umum termasuk kami. Apakah masa depan PR terjamin bila DSAI sendiri sudah kehilangan taringnya dan menjalin hubungan dengan msuh Islam.
Ini yang perlu difikirkan. Mahukah kamu semua jawatan utama seperi Ketua Hakim, Ketua Polis Negara, Bank Negara dan duta-duta Malaysia dibolot oleh orang yang mengancam kedudukan Islam dan Melayu?
Post a Comment