Translate

Tuesday, October 6, 2009

Lagi...Naib Presiden PAS Tak Hargai Hati dan Perasaan Tentera..


Provokasi ini adalah kredit awal kepada calon BN TS Isa Samad. Apakah Pengarah Induk PRK DUN Bagan Pinang mahu menambah kredit itu dengan mengenepikan hati dan perasaan tentera darat di Bagan Pinang?

Tentangan terhadap keputusan Perdana Menteri mengisytiharkan Port Dickson sebagai Bandar Tentera Darat oleh Naib Presiden PAS, Sallahuddin Ayub, selaku Pengarah induk PRK DUN Bagan Pinang dilihat satu percaturan politik yang silap.

Di saat-saat PAS memerlukan simpati dan sokongan tentera , dia pula membuat kenyataan yang menidakkan kepentingan tentera. Mungkin kerana yang ditentang dan disanggah pendapatnya ialah Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak maka Sallahuddin merasa gah dan setanding pemikiran Perdana Menteri. Dia lupa, dia berada di Bagan Pinang kerana  ingin "membeli hati dan perasaan" pengundi Bagan Pinang yang dikatakan mempunyai pengundi yang ramai dari kalangan tentera, BUKAN untuk mnyaingi kuasa Perdana Menteri.

"Bukanlah datang di saat Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang dan terus isytihar ini bandar tentera darat," katanya kepada media di Markas Induk PAS bagi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang di Batu 4 dekat sini Isnin.

Kiranya Salahuddin menyedari bahawa pengisytiharan itu untuk menarik pengundi, mengapa ianya ditentang? Bukankah lebih baik baik kiranya ianya juga diisytiharkan Bandaraya Tentera Darat dan sekaligus sebagai  kawasan "Pelancungan Si Baju Hijau". Andainya ia pula diisytihar sebagai "Pusat Pelancongan  Terbaik Dunia" seperti yang Salahuddin cadangkan, itu sudah keterlaluan kerana masih terdapat pusat pelancongan  di dunia yang lebih layak mendapat tittle sebagai pusat pelancongan terbaik dunia  yang perlu kita akui.

Barangkali ini kaitannya dengan soal ego. Namun ego yang sebegini merugikan PAS dalam konteks PRK Bagan Pinang. Inilah pertanda bahawa apa saja yang dicadangkan oleh kerajaan walaupun baik dan menguntungkan rakyat, PAS mesti tentang. Lebih-lebih lagi bila idea datang dari Perdana Menteri sendiri.

Apakah menafikan perasaan Tentera Darat ini sebagai pertanda dan isyarat awal bahawa PAS mula memberikan kredit dan kelebihan kepada calon BN untuk menang dengan mudah di Bagan Pinang? Atau mereka sudah mula melakukan kesilapan kerana "terlalu takut" akan kalah?

3 comments:

Anonymous said...

dia menentang sebab khuatir cadangan PM itu hanya tinggal cadangan kosong saja.. lagipun dimasa PRK semua nak janjikan sesuatu yang mendatangkan faedah jikalau mengundi mereka.

Tindakan Naib Presiden Pas itu hanya ingin menyedarkan orang ramai khususnya rakyat Bagan Pinang agar tidak mudah terpedaya dengan janji2 palsu yang ditaburkan semasa PRK.. (pas sendiri pun ape kurangnya?)

Memang benar kata Liza, kalau dia menentang cdgn PM, habis tu apa pula yang dia cadangkan?

Empty.... PAS is full with a fake ulama... mempergunakan Islam utk politik sempit mereka.

Anonymous said...

Selayaknya nama Bandaraya Tentera Darat itu di beri kepada PD. sejak berzaman bila di sebut PD 2 perkara akan terlihat disana, pertama pusat pelancungan kedua kem tentera. Naib President PAS semasa Ketua Pemuda pun pernah mempersoalkan Ketua Angkatan Tentera dalam menentukan keselamatan Negara.Salehuddin jangan ingat dia pemimpin PAS boleh cakap semberono. Salehuddin jadi ketua demontrasi bolehlah pengikut kau kat depan kau lari ke belakang. Ketua Angkatan Tentera dia tak sama dengan peranannya dengan pemimpin Pas macam lu Salehuddin. Aku tengok kau kat KL jalan sesorang tak ada orang yang nak menegor dan bersalam dengan kau tu sebab kau bukan pemimpin tulin kalau banding dengan isa samad lu outlah bro.

Senjaliza said...

Apa sebenarnya kerugian PAS jika menggalakan PD jadi Bandaraya Tentera darat? Nak buat facilities di PD pakai duit PAS ke? Atau konon Puat Pelancungan terbaik di Dunia, mampu ke PD lawan tempat lain seperti Hawaii atau Langkawi?