1. Pengungkuhan KLSE dan kebangkitan semula ekonomi dunia, terutama ekonomi Amerika dan Timur Jauh menjadi petanda dan petunjuk awal kestabilan ekonomi dunia semakin cerah. Penurunun pengimpotan barangan utama negara-negara Amerika Latin seperti Venezuela sudah menjadi petunjuk dan petanda bahawa peredaran ke arah petumbuhan ekonomi dunia yang positif semakin hampir.
2. Prestasi Presiden Amerika, Barack Obama, yang lebih cenderung kepada keamanan dunia dan cuba melenyapkan konspirasi kezaliman dan jenayah antarabangsa menjadi satu motivasi bagi negara-negara di dunia untuk bergerak ke arah kemajuan dan pembangunan.
3. Kejayaan melemahkan gerakan perlanunan perompak Somalia di Teluk Eden salah satu petanda bahawa pergerakan perdagangan antarabangsa akan kembali rancak semula.
4. Di Malaysia, sejak Dato Seri Mohd Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri, Index Bursa Saham Kuala Lumpur mula menunjukkan perkembangan positif. Indek Komposit KLSE ditutup Isnin lepas 4 Mei, 2009, pada angka 1009.36. Kali terakhir KLCI mengatasi jumlah 1000 point ialah pada bulan Oktober tahun 2008. Perkembangan positif ini ada kaitannya dengan peralihan kuasa Perdana Menteri dari Dato Seri Pak Lah (kini Tun) kepada DS Najib Tun Razak yang berjalan licin dan permasyuran gagasannya Perdana Menteri baru, gagasan 1Malaysia dan rakyat didahulukan. Keyakinan rakyat mula bersinar dengan sebuah harapan bahawa Najib akan menjejaki kepimpinan Allahyarham ayahndanya Tun Razak yang terbukti berjaya menyatukan semula masyarakat Malaysia yang majmuk setelah keretakan hubungan kaum dan peristiwa 13 Mei tercetus akibat agenda tersembunyi pihak-pihak tertentu yang mencetuskan dan meniupkan "semangat perkauman yang ultra".
5. Pihak tertentu tentu saja gusar dan bagai terdesak akan keadaan ini. Lalu mereka mula meniupkan isu-isu kaum dan hak asasi yang lebih ultra di zaman moden, zaman civilisasi yang diperkuat dengan kemudahan IT. Ada pihak-pihak yang meniupkan semangat "property liberalisation" setelah kerajaan mengambil langkah membatalkan 30% equiti bumiputera dalam 27 perkhidmatan sub-sector tertentu bagi memberi ruang kepada tarikan pelaburan asing dan liberalisasi Perdagangan antara negara-negara ASEAN-AFTA dan pergerakan liberalisasi perdagangan antarabangsa-WTO. Pihak-pihak yang menyarankan "property liberalisation" ini ternyata "diberi betis nak paha" dan tidak mengira soal hak istimewa kaum bumiputera.
6. Benarkah bumiputera bersedia berkongsi hak ini? Apakah mereka mula menyerahkan hak NT mereka ke atas tanah-tanah milik bangsa mereka? Apakah bumiputera mahu melepaskan 30% hak mereka ke atas pembangunan perumahan? Apakah pihak yang lain sudah benci dan bosan dengan "bumiputera"? Apakah bumiputera juga telah rela dan bersedia menggugurkan taraf "bumiputera" mereka?. Apakah dengan adanya taraf bumiputera ini kepada bumiputera maka pihak bukan bumiputera telah mengalami kepayahan atau kesukaran hidup di negara ini? Apakah bumiputera telah bosan dan malu dengan istilah bumiputera kerana DAP menuduh bahawa istilah itu sama dengan "apartheid"?

.
7. Apakah bumiputera akan bersatu membuka mata mereka, mempertahankan hak mereka, maruah mereka dan tidak lagi rela dihina dan dirampas hak mereka yang hak? Dan nanti siapa lagi perlu gusar? Atau
.
8. Petanda dan petunjuk sudah mula kelihatan bahawa perubahan ke arah 1Malaysia dan rakyat didahulukan telah mula mengisi ruang bagi menyinari semula keharmonian dan perpaduan yang tulin yang diancam pihak tertentu yang membimbit agenda semata-mata untuk memperolehi "kuasa' dan "pangkat".
READ.........
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Ekonomi/20090504234154/Article/index_html
No comments:
Post a Comment