Translate

Wednesday, May 6, 2009

PERAK: Rampasan Kuasa atau Kalah? Dan Hak Demokrasi?

(Gambar: Kalau tak ada akta Hasutan maka kita mudah saja mengarahkan penyokong kita supaya membawa Parang Kota Belud, Sabah ini ke jalan raya)

Karpal Sing sudah mengatakan bahawa Anwar perlu diganti kerana telah banyak melakukan “kemusnahan” apabila tiga ADUN di Perak melompat menjadi BEBAS dan menyokong Barisan Nasional. Ini berpunca dari gara-gara Anwar ingin merobah politik Malaysia dengan mendabik dada bahawa 31 MP, terutama dari Sabah dan Sarawak, akan melompat menyokong dia mengambil tampok pemerintahan Malaysia. Anihnya bila tiga orang ADUN Perak melompat dan menyokong BN Anwar melebel tindakan itu “merampas kuasa” Apa sudah jadi dengan Anwar? Adakah tindakannya, 916, bukan usaha merampas kuasa?

Bila Karpal mengancam Anwar, logiknya Karpal telah merasakan bahawa kerajaan Pakan Rakyat di Perak telah jatuh dan sebabnya ialah gara-gara Anwar. Mana tidaknya; BN telah mendapat “simple majoriti” namun gagal diiktiraf Anwar dengan mengunakan kaedah “demokrasi ciptaannya”.

Di Sabah, bila Anwar mengambil alih teraju Pengerusi Perhubungan PKR Sabah, mulanya ramai yang “excited”. Mereka mengharapkan perubahan dalam PKR Sabah akan berlaku. Malangnya PKR Sabah semakin lesu kerana Anwar semakin membelakangkan Sabah terutama setelah keputusan PRK Batang Ai yang nyata memusnahkan impian PKR menawan Sarawak dan Sabah. Ramai yang seakan mengejek “kerusi baru satu di Sarawak dan kosong di Sabah mau cakap besar. Mana PKR dan Pejabat Perhugungan PKR Sabah?”. Ini ejekan yang “common” di Sabah.

Di Negeri Di Bawah Bayu ini, ramai yang melihat dari jauh bahawa Anwar dan PKR hanyalah diperkuda DAP. Dalam masa yang sama PKR dan Anwar sendiri hanya diperalat untuk mendapat sokongan PAS. Ternyata apabila PAS seakan terbahagi dua kumpulan yakni Kumpulan Ulama yang menyokong kepimpinan dan corak Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan kumpulan yang berpaksi kepada kepimpinan Anwar, Kumpulan Erdogan. Di sini juga ramai yang meragui kesungguhan dan “loyalty” pemimpin-pemimpin seperti Tian Chua, Elizabeth Wong dan lain seperti Santiago di Klang, terhadap PKR. Apakah mereka benar-benar PKR atau bayangan DAP?
.
Mana kabinet Bayangan dan Wacana Perjuangan Nasional Anwar? Apakah kita cukup berbangga dengan hanya "Turun Pak Lah dan Turun Harga Minyak? Bagaimana dengan "turun Fairus, manantan TKM Pulau Pinang, dan heret PRK sampai berdarah ke PRU13?

Terkini Anwar diperalat lagi dengan mengeluarkan kenyataan supaya digugurkan tuduhan ke atas Wong Chin Huat yang ditahan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan. Anwar cuba pulas tangan pihak polis dan terus menyerang Najib!. Kenapa Najib, apa salah Najib? Seolah-olah Anwar jaguh dan raja pulas. Ini ternyata BUKAN kredibiliti sebuah” kepimpinan besar”. Kenapa tidak diberikan peluang kepada “due process of the law”. Bukankah polis bertindak kerana adanya prima facia? Apakah ini satu lagi “evidence” bahawa Anwar diperalat? Apakah hak demokrasi seseorang itu adalah lesen untuk berbuat sesuatu seperti menghasut rakyat untuk menentang semata-mata kerana mereka kehilangan “simple majoriti” atau menjadi lesen untuk mereka mengheret undang-undang yang ada di sepanjang jalan raya? Putera-puteri negara harus berdiri dimahkota kebenaran jika benar "Pemuda harapan bangsa dan pemudi tiang negara".

1 comment:

MD. Suffian. said...

Ada pihak yang tidak senang bila kita bercakap benar. Barangkali mereka mahu kita berbohong seperti mereka. An War pun bersikap demikian. Berwajah ulama bila bersama PAS dan menukar idealisma menjadi liberalisma bila bersama yang lain.