Translate

Thursday, May 7, 2009

Apakah Menggerakkan Perhimpunan Tidak Sah Itu Solat Hajat?

Polis menahan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu di ibu negara kerana dipercayai menggerakkan usaha mengadakan perhimpunan tidak sah sempena perasmian sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak esok. Bagaimanapun, ada pihak tertentu yang terus mengerakkan usahanya mengatakan dan mempromosi bahawa Mohamad Sabu ditangkap pihak polis kerana "solat hajat". Ini jelas sebagai satu cubaan mengelirukan fakta yang kurang digemari masyarakat yang mendokong kebenaran.

(Gambar: Mohamad Sabu (MS) calon Naib Presiden dalam Muktamar Agung PAS. MS menjadi sasaran pihak polis. Apakah benar dia ditangkap kerana Solat Hajat?)

Mohamad ditahan di Jalan Pahang, berhampiran Hospital Tawakal Kuala Lumpur kira-kira 3.35 petang tadi. Ketika mendedahkan perkara itu di sini petang ini, Ketua Polis Perak Datuk Zulkifli Abdullah berkata, pemimpin PAS itu dipercayai mencuba meminta orang ramai menyertai perhimpunan memprotes sidang DUN yang bermula esok.

Sebagai rekod, pada PRU12, PAS memenangi 6 kerusi, PKR 7 kerusi dan DAP 18 kerusi. Barisan Nasional pula hanya memenangi 28 kerusi. Bagaimanapun dua orang ADUN PKR dan seorang ADUN DAP bertindak meninggalkan parti masing-masing dan menjadi bebas yang menyokong BN. Dengan demikian Pakatan Rakyat kehilangan "simple majoriti" dalam DUN Perak.

Walaupun PAS hanya memenagi 6 kerusi DUN, namun PAS kelihatan lebih agresif menentang dari berlangsungnya persidangan DUN. Kenapa Mohamad Sabu yang menjadi sasaran dan mangsa sedangkan PAS hanya ada 6 kerusi DUN?.

Persoalannya ialah apakah menggerakkan Perhimpunan menghalang dari bersidangnya DUN Perak itu adalah sama dengan "solat Hajat"?
READ MORE.....
MAT SABU DITAHAN POLIS KERANA SOLAT HAJAT? (tajuk lebih bermuslihat)
Mohamad Sabu Ditangkap Sebentar Tadi. (Tajuknya lebih berhemah)

4 comments:

Bujang_AlFongsuri said...

adakah perhimpunan memprotes sidang dun ini yang amat ditakuti oleh puak perampas BN erm..

Unknown said...

apakah PR akan jadi macam jepun dan komunis, mebunuh rakyat jelata membabi buta jika dibiarkan membuat protes....memang la .

Anonymous said...

Liza, Memanglah perrhimpunan itu BUKAN sembahyang Hajat. Pencetus asal berita itu di laman DSAI cuba menggunakan PAS dan Islam sebagai tameng dan alasan. Itu namanya "political manipulation". Terserah kepada siapa yang merelakan dirinya dimanipulate. Di samping itu ada pangkat dan kedudukan yg terpaksa dilepaskan dan terlepas. Pangkat dan kedudukan inilah yang jadi rebutan walaupun dimanipulasi. Soalnya kenapa pihak yg dimanipulasi sanggup membiarkan dirinya dimanipulasi..? Jawabnya "pangkat" dan kuasa..BUKANKAH ini matlamat politik?..YG mengunakan nama rakyat itu merapuuuuh no 1.

Anonymous said...

SALAM ZIARAH SDRI
PEMBANGKANG NI SENTIASA MENCARI ALASAN YG BOLEH MEMBAWA MAKNA KPD PERJUANGAN SEMPIT MEREKA. X KIRA LAH APA MAKSUD DAN ISI NYA ASALKAN TUJUAN UTK MENDAPATKAN SOKONGAN TERCAPAI.

KLU DULU ADAB PERSIDANGAN MASIH TERPELIHARA TP SEJAK AKHIR2 NI SEMAKIN TERUK PULAK. MUNGKIN PEMBANGKANG NAK TARIK PERHATIAN RAKYAT DGN MENGAMBIL CONTOH SEBAGAIMANA AHLI POLITIK TAIWAN BERGASAK DI DLM DEWAN