Translate

Thursday, May 7, 2009

HARI INI DALAM SEJARAH MODEN.


Saya tertarik dengan satu kejadian yang dilapurkan dalam media tempatan, Malaysiakini, mengenai peristiwa sebelum belangsungnya Sidang DUN di Perak 7 May 2009 (hari ini dalam sejarah). Rasanya, ingin saya melihat rakaman videonya tersiar dalam youtube untuk tatapan dan pedoman umum.

Saya teringat cerita seorang sahabat yang menceritakan kisah di zaman peralihan kuasa USNO ke BERJAYA. Ceritanya konon Datuk Karim Ghani, bekas Senator dan YB. USNO memetik sekuntum bunga dan meletakkannya di suatu tempat di hadapan Dewan Undangan Negeri Sabah (bangunan lama) dan berkata bahawa (lebih kurang) "bunga ini akan layu bersama-sama layunya demokrasi di Negeri Sabah". Walaupun demokrasi di Negeri Sabah tidak layu, malah menguntum seperti kuntuman bunga-bunga di Kundasang, Ranau, bumi kelahiran saya, namun peristiwa itu sungguh menggamit nostalgia dan mampu mengusik perasaan. Tidak sekalipun ia menyakitkan hati sesiapa.

Di Perak Darul Redwan pula kejadian seperti berikut dilaporkan:-

12.45 pm (7 Mei, 2009)-Thomas Su, ADUN Pasir Pinji, mengunjukkan sekeping wang RM50 ke arah timbalan Speaker, Hee Yit Foong, sambil menjerit "pergi mampus" dalam dialek Kantonis. ADUN Aulong, Yew Tian Hoe pula kemudian membaling dua keping wang kertas RM1 ke arah Hee, yang juga ADUN Jelapang. Bekas ADUN DAP itu, kini wakil rakyat bebas, mengambil wang itu dan mencarik-carikkannya. Wakil-wakil rakyat BN merakamkan gelagat dua ADUN DAP itu dengan video telefon mereka, sementara tindakan serupa dibuat oleh ADUN Pakatan.

Sesungguhnya peristiwa ini tetap akan terbuku di sanubari Hee Yit Foong, ahli-ahli keluarganya dan saudara-maranya, sahabat-sahabatnya malah rakyat Malaysia yang memahami secara mendalam tentang hati nurani seorang insan yang dianiahya dan kebebasan demokrasinya dipersenda.

Dulu Hee Yit Foong meninggalan DAP dan menjadi BEBAS yang menyokong BN...."denied she had received “rewards” for resigning, also said that she had not been in contact with anyone from Barisan Nasional. She maintained that she had issues with the DAP when her privileges were taken away by Perak DAP chief Ngeh Koo Ham. She also denied that she had asked for a Datukship or had applied for timber contracts.

Bagaimanapun, ramai pihak tertentu yang masih mengutuk Hee yang menuduhnya menerima rasuah. Malah ada yang mengatanya, oleh kerana dia OKU, bahawa jika dia telah berbuat sesuatu yang jahat, maka generasinya akan lahir tanpa "punggung". Ini satu penghinaan.

Apakah jenis dan kategori pemimpin yang melakukan penghinaan in ke atas sesama insan? Inikah yang dikatakan hilang pertimbangan dan kemanusiaan kerana kuasa dan pangkat atau memang budaya baru yang tidak beretika dalam amalan politik mereka?
.
Ingatlah bahawa kemenangan akan berada di pihak yang benar dan dianiahya. Dan bala akan turun kepada penganiahnya kepada orang-orang seperi Hee yang kurang upaya.

4 comments:

Ajin b. Gagah said...

SenjaLiza,
Panjang nya huraian mu fasal Hee Yit Foong, YB katak si lompat katak ni. Apa pun alasan Foong…yang pasti beliau telah menghampakan penggundi beliau.

Fakta nya, beliau menang atas tikit DAP… bukan tikit BN. So tidak heran lah kalau masyarakat yang mengundi beliau rasa tertipu dan marah...kerana dalam artikata sebenar, kuasa yang ada pada Foong, hanya lah di pinjamkan oleh pengundi.

Kecuali lah kalau beliau telah mendapat restu dari mereka( pengundi) untuk melompat parti…Setakat ini, restu yang beliau nanti-nantikan belum kunjung tiba.

Saperti yang selalu saya katakan, dalam dunia politik ‘ macam-macam ada’. Marah, benci-membenci, saying-menyayang, tipu-menipu dan banyak lagi.

So, apa yang Liza persoalkan dalam blog tu bukan nya hal baru dan mengherankan.

See what happened in DUN Perak. Selagi rakyat tidak diminta untuk menentukan kebenaran, sepanjang zaman lah kes ini berlanjutan. Enough is enough..

However, budaya pengundi-pengundi di Sabah, tidak sama dengan mereka di Perak dsn.Di Sabah maseh ada ruang untuk menabur bunga.
Salam

Senjaliza said...

...she had issues with the DAP when her privileges were taken away by Perak DAP chief Ngeh Koo Ham....Meaning kalau sekiranya ia sendiri dipilih rakyat dan mahu memimpin atas kehendak rakyat tetapi Ngeh mengongkongnya , agak sukar dia berkhidmat sebagai wakil rakyat. So kita lihat di mana sebenarnya dia lebih banyak dapat menyumbang khidmat kepada rakyat; dalam BN atau dalam DAP?

Senjaliza said...

Ponsikaou Solymone. Kopabasian tadau kekotuan.

Ajin b. Gagah said...

Ponsikaou om Kopabasian tadau kaamatan kawagu Liza.

Now, isu perslisihan faham Perak DAP chief Ngeh Koo Ham dengan Foong hanya timbul dan dibesar-besarkan satelah Foong sudah keluar DAP. Mungkin betul atau pun tidak hanya Foong dan Ham sahaja yang tahu.

Namun perkara peribadi atau conflict of interest selalu nya di ketepikan oleh para pejuang parti dan rakyat. Kerana hal-hal saperti ini akhir nya akan di selesaikan juga oleh pehak perunding dari Pusat.

Dalam BN pun hal-hal saperti ini berlaku juga. Namun mereka dapat selesaikan secara amicably...

Kesimpulan nya kenapa Foong tidak ‘quit’ dari DAP dan saterusnya bertanding dalam tikit BN ? Biar penyokong( pengundi) yang menentukan sama ada Ham atau Foong yang benar.
Kan Pakatan Rakyat akhir-akhir ini suka adakan Pilihan Raya kecil..

Akhir sekali, this weekend, I'll be in Ranau to celebrate my niece weeding in Tudangan.
Sekali lagi salam